"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday 30 November 2011

Fatwa mengharamkan ayat Quran sebagai nada dering

Majlis Mufti Arab Saudi telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan ayat suci Al-Quran sebagai nada dering adalah haram. Ini kerana ayat Al-Quran tersebut menjadi tidak lengkap apabila kita menjawab telefon dan sudah semestinya maknanya juga berubah dan berbeza dari makna yang sebenar. Al-Quran adalah untuk hidayah dan bukan untuk nada dering. Baca lagi DISINI.


- http://misteriousgrapersz.blogspot.com/

Tuesday 29 November 2011

PAS gelak ketawa bilamana MB Perak dilabel 'Haramjadah' oleh DAP

Inilah jadinya jika kemaruk gila kuasa hinggakan sudah jelas ucapan menghina oleh Nga Kor Ming disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli PAS. Yang dicaci dengan perkataan HARAM JADAH itu bukannya orang lain malah sama seagama dengan kita.

Adakah ini cara Islam sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin DAP laknatullah. Bagaimana rasanya ahli-ahli PAS kiranya saya mengatakan Nik Aziz dan Aziza Razak sebegai Menteri Besar 'HARAM JADAH' iaitu Menteri dari kalangan anak haram. Jika berlaku sedemikian, jangan mudah melatah sebab cara didikan seperti ini dimulakan oleh PAS sendiri. ( DISINI )



Bagi Nga Kor Ming mungkin itu cara orang kafir harbi dan soal Islam dipermainkan bukan menjadi perkara utama kepada mereka. Janji dapat melepaskan geram sudah cukup tetapi malangnya ucapan ini diutarakan dihadapan orang-orang Islam yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah.

Justeru tidak hairanlah, semasa sessi perbahasan Sidang DUN Perak yang lalu Nga Kor Ming turut melabelkan Timbalan Speaker DUN Perak sebagai 'PELACUR POLITIK'. Apa sebenarnya yang membuatkan Nga Kor Ming begitu marah kepada Datuk Hee Yit Foong saya pun kurang pasti.

Namun, realitinya inilah sikap sebenar DAP yang dipuja oleh PAS. Menjadi pak turut dan khadam haprak kepada parti rasis. Apapun syabas kepada pihak yang mebuat laporan polis berhubung isu ini khususnya masyarakat India yang turut merasa tempias apabila MB Perak ditempelak 'HITAM MELATIK' Oleh Nga Kor Ming. ( DISINI )



P/S : KALAU BAGI SEBIJI PELURU HIDUP DI DAHI MENATANG DAP NI OKEY KE???

Ayuh rakyat Negeri Perak sertai HIMPUN pada 17 Disember 2011

Pimpinan-pimpinan daripada ratusan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini berhimpun dalam satu gabungan mengajurkan HIMPUN yang berperanan sebagai platform penting dalam memperkasakan suara umat Islam di negara ini.

HIMPUN di sokong oleh antara lain, Pimpinan Majlis Agama Islam, Pimpinan NGO seperti Gabungan PEMBELA Islam, ACCIN, TERAS, PERKIDA, Persatuan Pengguna Islam, PERKASA, Pimpinan Parti Politik antaranya ahli dari PEMUDA PAS, PEMUDA UMNO, Wanita UMNO, Kumpulan PERSATUAN BEKAS PERAJURIT dan Persatuan Bekas Polis, Gabungan Persatuan SILAT dan Persatuan Bekas Polis, Dewan Perniagaan Melayu, Gerakan Pelajar, Gerakan Belia dan Wanita Islam serta Wakil wakil Rakyat beragama Islam dan lain lain penyokong.


HIMPUN menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat yang berdaulat dan Islam akan sentiasa dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Kini kedaulatan Islam di gugat oleh Gerakan Kristian dan sekumpulan bukan Islam yang berniat utuk menggugat kedaulatan Islam yang masih kekal terpelihara dibawah payung Perlembagaan Persekutuan.

Namun, sejak akhir-akhir ini golongan Kristian telah membuat desakan yang melampaui batas dalam isu Murtad, Bible Melayu, Khalimah Allah, JAIS (di Selangor) malah sentiasa menentang pentadbiran agama Islam dalam semua isu berkaitan Islam sepertimana orang yang tidak bertamaddun. Sikap dan cara mereka ( Kristian) dizahirkan melalui tindakan yang melampau serta berani mengeluarkan kenyataan kasar yang amat mengguris hati umat Islam di negara ini.

Ayuh rakan-rakan sekalian sama-sama kita berhimpun bagi menyatakan pendirian kepada pihak yang tidak betanggungjawab sengaja mencari jalan untuk mempersendakan agama Islam yang suci dan terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tarikh : 17 Disember 2011
Jam : 10 pagi hingga 1 petang
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Hebahkan..!!

Friday 25 November 2011

Kesian mangsa kebakaran beragama Islam dimaki ADUN DAP Komtar

Apa salah dia sampai begitu sekali dimaki dan dihina oleh Ng Wei Aik, ADUN (DAP) Komtar. Adakah salah wanita Islam ini yang mempunyai suami bertaraf kerakyatan Bangladesh yang sama seperti kita beragama Islam.

Tambah pula dituduh menyebabkan berlaku kebakaran di jalan Gurwada George Town pada 22/11/2011 yang lepas oleh Ng Wei Aik. Amat malang kepada pasangan suami isteri yang beragama Islam seperti kita dihina dan dicaci sebegitu rupa.

Ng Wei Aik - Perosak Melayu India Penang

Malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami mangsa kebakaran dengan perkataan 'berambus dari Malaysia' sudah cukup membuktikan bahawa DAP sebuah parti yang perkauman. Jelas sekali, hati pemimpin DAP begitu busuk dan cemburu melihat Melayu Islam berjaya di Pulau Pinang.

Soal suami mangsa kebakaran itu rakyat Bangladesh tidak perlu dipertikaikan DAP kerana tidak menyalahi undang-undang jika rakyat asing berkahwin dengan wanita tempatan jika cukup syaratnya. Malah sangat dialu-alukan oleh kerajaan kita apatah lagi mereka itu beragama Islam.

Pernah satu ketika ADUN yang sama ketika mana bertindak menghalau lelaki India muslim yang merupakan peniaga nasi kandar balik ke India. Tidak cukup dengan itu,DAP lahanat mengarahkan pihak berkuasa tempatan menyaman dan menyita kedai berkenaan. Namun, apabila isu ini kecoh menyebabkan DAP mengambil keputusan bersikap bermuka-muka seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tambahan pula mendapat campurtangan daripada Persatuan Peniaga India Muslim Malaysia.

Hal yang sama kini berulang kembali pada 22/11/2011 apabila ADUN Komtar secara biadap dengan gaya samseng memaki hamun seorang wanita Islam (pemilik) bangunan yang terbakar bersama suaminya.

Blog Pisau sebelum ini turut mengupas isu yang sama DISINI.

Awas orang Lumut ! Aziz Bari penderhaka akan bertandang ke tempat anda

Awas kepada rakyat Perak khususnya di kawasan Lumut dan Sitiawan kerana besok (26/11/2011, sabtu) anda akan dikunjungi oleh seorang Profesor belit bertaraf kangkung untuk menyampaikan ceramah. Ceramah ini merupakan anjuran PAS Kawasan Lumut dan serentak dengan itu, melancarkan 'DANA PILIHANRAYA'.

Kalau aku dekat sana pada malam besok, sure Aziz Bari akan kena penangan telur busuk tepat ke atas muka. Titah Sultan disanggah dan dipermainkan kononnya dia saja serba tahu dalam segala hal yang berkaitan dengan undang-undang dan perlembagaan. Cibailah...!!!!!


Tengok muka pun dah menyampah apatah lagi nak dengar ceramah. Dengar cerita PAS Lumut mensasarkan jumlah kutipan sehingga RM10 ribu pada malam besok bagi menampung keperluan persediaan menghadapi pilihanraya. Maknanya, paling tidak pun kehadiran dianggarkan dalam lingkungan 4ribu orang. Jika tidak sampai angka berkenaan, jelas sekali sasaran PAS Lumut berakhir dengan kegagalan.

Seperkara lagi yang menarik, kawasan Kg Koh merupakan kubu kuat DAP dimana ianya terletak dibawah naungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sitiawan iaitu kawasan yang diwakili oleh Ngeh Ko Ham, Pengerusi DAP Negeri Perak. Justeru tidak hairanlah sekiranya kehadiran majoriti kaum Cina di ceramah itu nanti.

INGAT DAP, INGAT KOMUNIS !!!!!MAKNANYA LAWAN PAS SAMA SEPERTIMANA LAWAN KOMUNIS KERANA MENJADI TALIBARUT KEPADA DAP UNTUK MENGHANCURKAN MELAYU DI MALAYSIA...!!!!

Muhasabah : Ya Allah cabutlah nyawaku dalam keadaan yang diredhai-Mu

Ya Allah..cabutlah nyawaku dalam keadaan hamba-Mu yang mendapat keredhaan dan jauhkanlah kematianku dengan cara yang tidak diredhai oleh-Mu ya Allah. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kerana itu kita jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia ini sehingga lalai dan lupa akan akhirat, sedangkan akhirat itulah tempat kekal abadi.

Sebenarnya tanda-tanda orang yang mati dalam husnul khatimah itu boleh dilihat semasa hayat atau hidup seseorang itu, iaitu mereka taat dan patuh kepada perintah Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi larangan-Nya, mengamalkan perkara berkebajikan dan menjauhi perkara yang menjurus kepada kemaksiatan.

Kubur tempat singgah sementara sebelum tibanya Hari Akhirat. Itulah tempat yang akan menjadi Taman Syurga bagi orang-orang yang beriman, tetapi menjadi lubang Neraka bagi orang-orang yang jahat yang ingkar perintah Allah Subhanahu Wataala dan yang menyekutukan Allah Subhanahu Wataala.





Lagi gambar-gambar DISINI.

Thursday 24 November 2011

Apa motif PAS dan DAP menganaktirikan PKR di Negeri Perak

Apa motif tiga sepupu sepapat pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Ngeh Ko Ham, Nga Kor Ming dan Nizar Jamaluddin mengadakan pertemuan tanpa memanggil seorang pun pemimpin dari kalangan PKR. Pertemuan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan pada PRU-13 akan datang.

Nampak gaya, PAS dan DAP sudah merancang awal untuk membuat percaturan mengenai kedudukan kerusi yang akan dipertandingkan tanpa pengetahuan pemimpin PKR. Apa muslihat mereka berbuat demikian? Sudah tentu, mengenal pasti kawasan yang dianggap selamat untuk diwakili oleh parti PAS dan DAP.


Selebihnya bagi kawasan yang dianggap tidak selamat berkemungkinan akan diberi laluan kepada PKR yang mula diketepikan oleh PAS dan DAP. Sebelum ini pun pernah timbul isu perebutan kawasan pilihanraya melibatkan PAS dan PKR iaitu di kawasan DUN Pangkor.

Kawasan DUN Pangkor yang kini dipegang oleh Dr Zambry Abd Kadir merupakan kawasan yang ditandingi oleh parti PKR tetapi kalah. Namun, selepas PAS membuat keputusan untuk bertanding di kawasan berkenaan, PKR Bahagian Lumut membuat bantahan kerana kawasan Pangkor termasuk dalam kouta parti PKR.

Ketidaksefahaman antara PAS dan PKR bukan hanya dikawasan Lumut bahkan turut melibatkan kawasan-kawasan lain di Negeri Perak. Tetapi mereka (PR) sengaja mencari jalan untuk menutup pergolakan dalaman yang berlaku demi menjaga hubungan baik antara ketiga-tiga parti kerana kita sedia maklum bahawa pilihanraya Umum sudah semakin dekat.

Wednesday 23 November 2011

Anwar! tolong jangan sesekali bawa budaya ini di Malaysia

Kes melibatkan manusia melakukan hubungan seks dengan binatang seperti kuda, babi, lembu dan lain-lain di Brazil hampir 35% berdasarkan kajian. Akibatnya, mereka yang terlibat tidak kira lelaki atau wanita terdedah kepada penyakit kanser alat kelamin sehingga boleh membawa maut.  ( Baca seterusnya DISNI. )


Di Malaysia, kes yang serupa jarang kita dengar meskipun pernah satu ketika kita dikejutkan dengan berita seorang pemuda di Kelantan yang suka melakukan seks dengan seekor kambing.

Justeru, peringatan harus diberikan kepada Anwar Ibrahim supaya jangan membawa budaya seperti ini di Malaysia. Cukup sekadar apa yang dikita tahu mengenai daya keinginannya terhadap lelaki 'jambu'. Jika ada, alamat Malaysia berada diambang kehancuran dan menunggu masa untuk didatangi bala Allah SWT.

Tuesday 22 November 2011

Selepas gagal isu NFC kini Saifuddin beralih kepada pakej umrah

Sekadar bercakap ada bukti jelas diperolehi tidak cukup untuk mengaitkan pakej umrah melibatkan pengarah eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran bernilai RM31,580.

Saifuddin sekali lagi cuba untuk mengaitkan Pengarah eksekutif NFC kononnya menggunakan dana NFC untuk pembiayaan pakej mengerjakan umrah bersama anaknya. Jika ada bukti cukup, dipersilakan buat laporan polis atau kepada SPRM untuk disiasat kemudiannya didakwa di mahkamah. ( Sumber : DISINI )


Sebelum ini kita pernah digembar gemburkan dengan isu ladang lembu melibatkan NFC di Gemas, Negeri Sembilan tetapi setelah diselidiki, kawasan ladang itu berjalan seperti biasa dan berjaya mengeluarkan purata daging mengikut piawaian yang ditetapkan.

Dakwaan kononnya ladang yang dibiayai NFC tidak berjaya ternyata meleset dan sekaligus memalukan tiga serangkai yang cuba meneksploitasi isu tersebut termasuk Rafizi dan Zuraida.

Monday 21 November 2011

Gambar ini memberi mesej betapa syukur hidup di Malaysia

'The Mine' merupakan tempat kerja paling merbahaya di Guatemala City. Semua pekerja di sini bertarung nyawa untuk mencari pendapatan setiap hari di sini. Mereka terpaksa mencari pelbagai besi buruk atau besi buangan untuk dijual daripada tempat pembuangan sampah ini bagi membiayai kehidupan mereka. Di sini mereka boleh dijangkiti pelbagai penyakit dari kotoran, tanah runtuh, kecederaan daripada besi dan banyak lagi.Ini adalah seperti di China di mana mereka bekerja di tempat pelupusan sampah untuk mencari makanan. (Sumber : DISINI )

Bayangkan tuan-tuan, betapa sukarnya kehidupan mereka seharian bagi mencari sesuap nasi. Berbeza dengan kita yang hidup aman di Malaysia sehingga ke hari ini meskipun adakalanya diganggu gugat oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan politik. Tidak kira samada UMNO, PAS dan PKR yang diwakili oleh orang-orang Melayu, janganlah kita menjadi manusia yang tamak haloba disamping kerakusan gila kuasa, kelak akan dihitung di hadapan Allah SWT.









Peringatan jelas kepada kerajaan ekoran rusuhan terbaru di Mesir

Krisis terbaru di Mesir semakin teruk memasuki hari yang kedua. Perusuh bertindak membaling batu ke arah pihak polis dengan tujuan menuntut pihak berkuasa mengumumkan segera tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat.

Dataran Tahrir sekali lagi menjadi medan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak polis anti rusuhan. Tindakan perusuh yang bertindak ganas di balas dengan tembakan peluru getah oleh pihak polis sehingga mencederakan ratusan penujuk perasaan. Malah perusuh juga berani bertindak ganas dengan membakar beberapa kenderaan polis yang berada di sekitar kawasan rusuhan.


Ini luahan salah seorang daripada perusuh..

"Kami hanya ada satu permintaan. Beberapa pemimpin perlu meletak jawatan dan jawatan tersebut diambil alih oleh orang awam," kata seorang penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang merujuk kepada pemerintah tentera Mesir yang merupakan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran Mubarak sebelum ini, Hussein Tantawi. Selebihnya BACA DISINI.

Dalam perkembangan lain seramai 10,000 lebih penuntut Malaysia yang berada di Mesir sudah meluahkan rasa kebimbangan ekoran perkembangan terbaru yang berlaku di negara itu. Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kedutaan Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di sini (Mesir) supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 pelajar Malaysia di Kaherah serta 1,400 di Mansoura. BACA DISINI.

PERUSUH MEMBALING BOM ASAP KE ARAH POLIS

Apa yang menarik perhatian saya, sekiranya situasi ini terus berlarutan sepertimana yang berlaku semasa era revolusi kejatuhan Hosni Mubarak beberapa bulan yang lepas, bagaimana nasib pelajar-pelajar kita di sana?

Mungkin tuan-tuan masih ingat, semasa rusuhan untuk mendesak Hosni Mubarak berundur yang akhirnya berjaya digulingkan, Kerajaan Malaysia pimpinan Najib begitu prihatin untuk menyediakan pengangkutan membawa balik pelajar ke tanahair. Akhirnya semua pelajar kita terselamat dari ancaman perusuh yang ganas ketika itu.

Namun, apa yang menyedihkan ketika pasca revolusi Mesir, banyak suara-suara sumbang dari kalangan pemimpin pembangkang yang seolah-olah mempertikaikan bantuan yang dihulur oleh pihak kerajaan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan ketika itu bagi tujuan kepentingan politik kotor pembangkang.

Justeru itu, kejadian rusuhan kali kedua yang berlaku di Mesir kali ini perlu menjadi iktibar kepada kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan kepada pelajar Malaysia di Mesir. Apa salahnya kita berpegang seketika kepada peribahasa yang mengatakan ' Ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Buat pilihan yang tepat untuk menyalurkan bantuan dan PASTIKAN PELAJAR-PELAJAR YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG PEMIMPIN 'HARDCORE' PAS TIDAK DILAYAN SUPAYA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA SEMUA SATU HARI NANTI...

Apa yang berlaku di Mesir dan negara Timur Tengah yang lain merupakan satu impian Anwar untuk di terjermahkan di negara kita. Pelbagai strategi diatur dibantu oleh panglima-panglima perang Anwar yang sebenarnya bukan panglima akhirnya menemui kegagalan. Episod demi episod yang cuba dicanang oleh Anwar  dianggap oleh rakyat sebagai langkah yang tidak bertamadun dan tidak menepati cara hidup yang selama ini berpegang kepada lunas undang-undang.

Begitu juga dengan Mat Sabu yang kita sedia maklum boleh dianggap pemimpin kumpulan radikal dari parti PAS yang menanam cita-cita hampir sama dengan Anwar. Namun, disebabkan berbeza idealogi politik, serta diselubungi sentimen peribadi (masing-masing ada syak wasangka), Mat Sabu juga tidak mampu untuk merealisasikan cita-citanya. Rakyat Malaysia secara majoritinya masih berakal dan waras untuk menolak cara perjuangan Mat Sabu yang dianggap radikal.

Akhirnya Malaysia sehingga hari ini masih dalam kategori selamat untuk menerima nasib yang sama sepertimana yang berlaku di negara Timur Tengah. Idea daripada kedua-dua pemimpin pembangkang ini bertujuan untuk menggerakkan kumpulan 'reformasi baru' ditolak secara total oleh rakyat yang masih cintakan keamanan.

Pun begitu tidak mustahil satu hari nanti hasrat mereka akan terlaksana jika kerajaan tidak berhati-hati dan terlalu memberi muka khususnya dalam soal yang melibatkan keselematan negara. Justeru, apa yang dipaparkan ini mudah mudahan menjadi isyarat jelas kepada pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah proaktif menolak mana-mana cadangan untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan huru hara sama seperti di Timur Tengah.

Pelik! pengecut dan penakut yang menang pingat emas

Percaya atau tidak tuan-tuan tengok sendiri aksi pesilat Indonesia yang hanya berlari ke sana ke mari dalam gelanggang dan ada ketikanya bersembunyi dibelakang pengadil dalam acara akhir ketika menentang pasukan Thailand bagi acara silat kategori bawah 50kg. Tetapi aksi seolah-olah 'seekor ayam laga' yang sudah kalah sebelum bertarung digelanggang itu mencetuskan kontroversi apabila 'pengecut' dikira sebagai pemenang pingat emas dalam acara itu.

Sememangnya temasya sukan SEA edisi ke-26 yang berlansung di Palembang, Indonesia tahun ini amat memalukan dengan pelbagai isu dan kontroversi. Tengok video di bawah sudah jelas, temasya kali ini begitu 'jelek' dan memalukan tuan rumah.

Sunday 20 November 2011

Zuraida Pelesit kambing hitam PR alaf baru

Sekali lagi Zuraida Kamaruddin @ Zuraida Pelesit sanggup dijadikan kambing hitam oleh pembangkang untuk mengaitkan pemberian saguhati kerajaan RM100 kepada pelajar sekolah. Baru saja selesai isu NFC dijawab dengan bernas oleh NFC Corparation yang menyebabkan tiga serangkai bodoh PKR tertonggeng dek kerana kebodohan diri mereka sendiri.

Dalam isu pemberiaan wang saguhati kepada pelajar sekolah berjumlah RM100.00, Zuraida pelesit sekali lagi cuba mencipta 'drama baru' yang kononnya duit itu disalurkan kepada pejabat UMNO sebelum diberikan kepada pelajar sekolah.


Cerita yang dibawa kononnya Zuraida Pelesit setelah menerima panggilan telefon daripada seorang Guru Besar sekolah sekitar Lembah Klang memamklumkan bahawa duit berkenaan ada di Pejabat UMNO Bahagian. Tak pasal-pasal nama Dato Ismail Kijo turut terpalit ekoran cerita palsu yang dibawa oleh Zuraida Pelesit. BACA DISINI

Jika PKR tak mampu untuk menyediakan peruntukan kepada pelajar sekolah, langkah terbaik adalah diam dan berterima kasih kepada kerajaan. Teringat saya kepada isu NFC yang dicetuskan oleh Zuraida Pelesit sebelum ini. Kata mereka projek itu gagal dan merupakan projek pembaziran tetapi setelah diselidik dan tengok sendiri kejayaan projek NFC, terfikir bagaimana orang yang 'berotak udang' seperti ini boleh dipilih menjadi pemimpin? Atau memang hakikatnya, calon PKR mesti terdiri daripada mereka yang otak lembab seperti udang dan berjiwa pembohong yakni sama sifatnya seperti syaitan.

Ahli PAS menyokong UMNO secara 'senyap'

Siapa sangka program Forum Perdana yang membahaskan mengenai Undang-Undang Syariah anjuran Urusetia Penerangan UMNO Negeri Kelantan yang berlangsung dua hari yang lepas di Kota Bharu mendapat sambutan yang baik dikalangan hadirin. Senario ini jelas sekali menyaksikan satu titik perubahan kepada rakyat Kelantan kerana sebelum ini kebiasaanya sambutan yang seumpamanya dilihat begitu terpinggir oleh rakyat Kelantan. Kehadiran melebihi angka 200 orang sudah cukup untuk membuktikan sokongan rakyat mula kembali kepada UMNO jika dibandingkan dengan angka 70-90 orang sebelumnya.


Lebih menarik program ini dihadiri majoriti peserta yang berkopiah, serban, jubah dan berkain pelikat dan ada sebilangannya masih menjadi ahli PAS. Sekali pandang majlis tersebut seolah-olah anjuran Pas yang dihadiri penyokong-penyokong setianya terdiri dari muslimin dan muslimah. Salah seorang daripada mereka (ahli PAS) tidak mengaku bahawa dia ahli PAS tetapi setelah diselidiki, ternyata yang hadir ramai dikalangan ahli-ahli PAS.

Dakwa salah seorang yang tidak mahu 'dikenali' kehadiran di program anjuran UMNO kali ini disebabkan kerelaan dirinya sendiri dan mengaku terpaksa mengubah arah selepas rasa keliru dengan fahaman parti pembangkang itu yang didakwanya semakin bercelaru sejak kebelakangan ini. Yang nyata sejak bersekongkol dengan PKR dan DAP seolah-olah PAS sanggup menggadai prinsip sendiri dan ini semua sudah diketahui oleh rakyat Kelantan.

Tambahnya lagi, perasaan takut untuk menyertai UMNO langsung tidak ada tetapi buat masa ini terpaksa menjaga hubungan sebab beliau cukup masak dengan tohmahan dikalangan pemimpin-pemimpin Pas. Bahkan, jika dilihat kepada hubungan PAS DAP dan PKR hari ini, rakyat Kelantan seharusnya melakukan perubahan besar kepada kepimpinan kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, turut mengaku bahawa ramai dikalangan rakan-rakannya yang merupakan penyokong PAS telah beralih arah menyokong UMNO tetapi sengaja tidak mengisytiharkannya.

Friday 18 November 2011

Nik Aziz : Melayu dipinggir sebaliknya Cina dibela

Jika Melayu atau lebih sinonim sebagai musuh ketat PAS iaitu UMNO mengangkat keris dianggap pemikir politik sempit, sebaliknya jika DAP menolak Hudud dan Islam PAS 'mengiyakan' sahaja. Tambah malang apabila Nik Aziz sendiri menyifatkan perbuatan semumpama itu sebagai tidak bertamadun.

Disini kita dapat lihat siapa yang paling dibela oleh Nik Aziz samada Melayu atau Cina. Jawapannya sudah tentu Nik Aziz lebih memihak kepada Cina khususnya rakan pakatan mereka DAP. Jika sebelum ini PAS merasa gusar apabila Dewan Himpunan Cina Kelantan menolak Hudud yang ingin dilaksanakan PAS sehingga mengugut untuk tidak lagi menyokong PAS, mereka segera mencari altenatif untuk memujuk kembali Cina Kelantan supaya menyokong parti PAS.

Baru-baru ini, Nik Aziz telah mengeluarkan arahan kepada mana-mana Cina dan pertubuhan Cina di Negeri Kelantan termasuk penganut Budha bahawa mereka boleh mendirikan bangunan ibadat sesuka hati mereka di Kelantan mengikut cara dan adat resam masing-masing. Alasannya Islam tidak melarang jika kita berbuat demikian.

Bahkan Nik Aziz turut merasa bangga dengan bangsa Cina kerana banyak budaya yang diamalkan oleh bangsa-bangsa Melayu sebenarnya diambil dari kaum Cina. Memang benarlah, jika sebelum ini Nik Aziz sebenarnya tidak 'bangga menjadi melayu'

Sikap Nik Aziz yang sanggup menggadaikan agama dan bangsa sendiri semata-mata ingin 'membeli undi' Cina telah mengundang perasaan kurang senang terutama dari kalangan peniaga Melayu di kawasan bandar Kota Bharu.

Katanya, PAS kini tidak seperti dulu yang benar-benar menjaga kepentingan orang Melayu dan mereka lebih mengutamakan kaum Cina di Kelantan. Peniaga-peniaga Cina banyak diberi keistimewaan berbanding dengan peniaga Melayu dan ini mungkin disebabkan PAS terdesak untuk mendapatkan undi bagi memenangi pilihanraya.

Thursday 17 November 2011

Akhirnya sekali lagi ego Indonesia dibenam pasukan Malaysia

Kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dengan jaringan 1-0 sudah cukup untuk melenyapkan ego Indonesia yang sebelum ini beranggapan Malaysia hanya boleh dikalahkan dengan pasukan bukan pilihan negara itu.

Jaringan menarik yang dihasilkan oleh Shamsul Azwari Ibrahim pada minit yang ke-14 separuh masa pertama, sudah cukup untuk meyaksikan pasukan Indonesia begitu tertekan tambahan pula disaksikan oleh pasukan tuan rumah hampir 80 ribu orang yang memenuhi stadium Bungkarno, Jakarta.

Syabas dan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menduduki takhta kumpulan A sekaligus menafikan kedudukan tuan rumah Indonesia yang jelas sekali ingin mengelak daripada bertembung dengan pasukan Vietnam.

Monday 14 November 2011

Luahan pembeli rumah PRIMA 1 Malaysia

Khairul Adha Azman begitu teruja apabila mendapat tahu Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan sesuai untuk golongan sepertinya.

Namun apabila diberitahu harga setiap unitnya adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, keterujaannya bertukar suram.

Bagi pegawai bank berusia 29 tahun ini, harga sedemikian masih di luar kemampuannya.

"Pada saya harga yang ditawarkan masih terlalu tinggi, kerana jika dicongak kembali, kos ini tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan," katanya yang sudah berkahwin tetapi menyewa di Petaling Jaya.


Bagi dirinya, jenis hartanah yang wajar dibangunkan bagi kediaman bernilai tidak kurang dari RM150,000 ialah rumah teres, biarpun kecil tetapi selesa terutama bagi mereka yang telah berkeluarga.

"Kita masih banyak tanah terbiar yang boleh dibina rumah teres," tambahnya.

Kerani syarikat swasta, Mohd Najib Shokri, 28, juga tidak mampu memiliki rumah tersebut.

"Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bagi membina lebih banyak rumah teres berbanding pangsapuri," katanya yang kini menyewa di kawasan rumah pangsa yang padat di Jalan San Peng di sini.

Bagi penjawat awam Mohd Iqbal Ikhwandy, 25, beliau mahu kerajaan mengkaji keperluan dan kemampuan rakyat untuk memiliki rumah PR1MA memandangkan kos sara hidup seperti di Kuala Lumpur yang tinggi.

Seorang pegawai agensi kerajaan, Mohd Fiqqrie Yahaya, 26, mencadangkan syarat memiliki rumah itu dilonggarkan seperti mengecualikan bayaran deposit dan mengurangkan ansuran bulanan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Walaupun saya dan isteri sudah menggabungkan gaji kami, namun ia masih tidak mencukupi dan sekaligus tidak melayakkan kami untuk membeli rumah PR1MA, katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Di samping itu, peniaga Asyuat Din, 33 dan isterinya pekerja swasta, Zurin Tahir, 31, mahu syarat pemilikan rumah PR1MA diperketatkan agar mereka yang benar-benar layak sahaja dibenarkan memilikinya.

Sementara itu ejen perumahan swasta, Fazuli Ismail, 32, berkata publisiti mengenai pemilikan rumah tersebut masih tidak meluas.

"Walaupun bekerja sebagai ejen perumahan, namun saya dan rakan-rakan saya pun tidak tahu bagaimana hendak memohon rumah ini.

"Bila ditanya kepada ejen yang mengendalikan projek ini, mereka menjawab rumahnya telah penuh ditempah. Jadi bagaimana kita nak tahu lokasi rumah dan cara untuk menempahnya," katanya yang masih menyewa di Gombak.

11 ditahan polis kerana memiliki dadah bernilai RM20 juta

ALOR SETAR: Polis menahan 11 lelaki termasuk enam warga asing dan merampas dadah jenis ecstasy dan syabu yang bernilai lebih RM20 juta dalam dua operasi di sebuah kilang di sini dan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang dijadikan makmal memproses dadah secara haram pada Jumaat lepas.

Operasi serentak oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Kedah kira-kira pukul 5 pagi itu berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dadah antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Mergong di sini, polis menahan lima lelaki iaitu seorang rakyat Belanda, yang merupakan ketua sindiket, dua warga Singapura dan masing-masing seorang dari Perancis dan Britain.

Katanya seorang lagi rakyat Britain bersama empat rakyat tempatan ditahan di sekitar bandar raya ini susulan serbuan di Mergong itu.


"Seorang lagi lelaki rakyat tempatan ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang turut dijadikan makmal dadah jenis syabu tetapi tidak sebesar makmal di Alor Setar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini. Selanjutnya DISINI.

- SUMBER

PAS malu besar bila Sultan Muhamad V memberi teguran

Jika sebelum ini PAS Kelantan selalu beranggapan bahawa Sultan Muhamad V sentiasa menyebelahi mereka dalam apa juga keadaan ternyata meleset. Ungkapan sedemikian sebenarnya indah khabar dari rupa kerana hakikatnya pimpinan Kerajaan PAS Kelantan selalu 'ditegur' oleh Sultan Muhammad V.

Terbaru, semasa dalam Majlis Pengurniaan Penghormatan Kerajaan Negeri yang berlansung di istana negeri semalam, Sultan Muhammad V telah menegur cara Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan sehingga mengalami pengingkatan defisit dalam Bajet 2012. Titah baginda, Kerajaan Negeri Kelantan seharusnya lebih berhemah dalam mengatur perbelanjaan supaya tidak mengalami kekangan defisit yang boleh memberi kesan kepada kelansungan ekonomi negeri Kelantan.


“Suka beta menarik perhatian dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah mengurangkan defisit perbelanjaan perlu diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara,” titah baginda.

Selain itu baginda bertitah, bagi mengurangkan belanjawan defisit, Kerajaan Negeri harus mengambil pendekatan dengan mengutamakan perbelanjaan mengikut keperluan sebenar dalam meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu Kerajaan Pas Kelantan membentang Bajet 2012 dengan menyaksikan peningkatan defisit kepada RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta dalam Bajet 2011.

Dalam masa yang sama Sultan Muhammad V berharap Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Sultan Kelantan turut berharap sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari dengan menerokai pertanian agronomik.

Baginda turut menyentuh pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlu dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Bahkan, Kerajaan negeri perlu merujuk kepada pakar-pakar ekonomi dan mengenepikan fahaman politik supaya survival masyarakat Melayu di negeri itu berada pada tahap sama seperti masyarakat di negeri lain yang lebih maju.

Thursday 10 November 2011

Isu air Kelantan : Apa yang tidak didedahkan oleh pemimpin PAS

Apabila isu perkhidmatan air di Negeri Kelantan menjadpi topik hangat perbualan sebelum ini, kita tidak didedahkan mengenai cerita sebenar disebalik apa yang berlaku. Kerajaan Negeri bijak menutup kelemahan diri mereka dengan pelbagai alasan kononnya tidak berlaku masalah sepertimana yang didedahkan.

Cerita terbaru mengenai pendedahan seorang individu yang ada kaitan dengan pimpinan PAS Negeri Kelantan mendakwa wujud 'campurtangan' pemimpin PAS Negeri Kelantan dalam Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Bagi mengetahui lanjut apa yang didedahkan, mari kita baca apa yang ditulis oleh saudara Rahman Iskandar..


KONFLIK DALAMAN AKSB: TEMPIAS KEPADA PENGGUNA BEKALAN AIR

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran kerajaan PAS Negeri Kelantan.

Sejarah konflik dalaman telah bermula sejak tahun 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte Ltd, dan dikenali sebagai Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa tersebut, diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

1999, bermula episod baru di mana kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama penamatan Thames Water Pte Ltd sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi yang baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn Bhd sehingga kini.

Pada akhir 2005, terdapat ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada masa tersebut, yang dikenali amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya, di mana pada akhir 2007, beliau telah diarah untuk meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan sebuah konglemerat, iaitu dari PLUS Highway Bhd sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman beliau dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa, dalam menjadikan beliau sebagai kuda tunggangan demi mencapai cita-cita peribadi masing-masing. Pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarah beliau untuk mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru, di mana pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing. Kecetekan pengalaman dan sifat ‘yes man’ kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan :

1) Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM 11 juta, untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada tahun 2012 nanti bagi menampung kerugian tersebut.

2) Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

3) Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

4) Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

5) Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

6) Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

7) Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat.

8) Hutang tertunggak dianggarkan RM 12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini, mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.

9) Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

10) “Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027”…itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011 …. untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB. Jadi, fikir-fikirkanlah.

- Terompah Besi

Wednesday 9 November 2011

Aksi 'panas' Zarina di majalah FHM Girls Indonesia

Mungkin disebabkan imej seksi yang dibawa oleh Zarina Anjoulie Lavocah tidak diterima oleh sebahagian masyarakat Malaysia menyebabkan gadis kacukan ini menjadikan negara Indonesia sebagai arena melempiaskan nafsu 'berpakaian menjolok mata'.

Terbaru, Zarina muncul dengan imej seksi dan berani semasa sessi fotografi yang dianjurkan oleh majalah FHM Girls Indonesia. Tengokla sendiri gambar terbaru ni...









Sumber : Blog Bulan Pernama

Tuesday 8 November 2011

PAS terpaksa 'haramkan' kuliah Azhar Idrus di Kelantan

Siapa yang tidak kenal dengan Azhar Idrus seorang pendakwah bebas (pro PAS) yang sentiasa menjadi buah mulut dikalangan ahli PAS jika menyampaikan kuliahnya. Disebabkan populariti Azhar Idrus yang sentiasa menjadi tumpuan hadirin ketika berceramah, sambutan yang diberi amat menggalakkan. Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan melalu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengeluarkan arahan bertulis melarang Azhar Idrus daripada menyampaikan ceramah di mana-mana tempat di negeri itu.

Alasan yang diberikan oleh MAIK, bahawa ada sesetengah pemimpin kanan PAS Kelantan merasa bimbang populariti Nik Aziz akan jatuh disebabkan ramai yang suka cara Azhar Idrus dalam menyampaikan kuliah agama. Tambahan pula, dalam suasana parti itu untuk menghadapi pilihanraya Umum tidak lama lagi.


"Setiap kali Ustaz Azhar buat ceramah kereta pasti padat, orang ramai, jumlah itu berkurangan berbanding Nik Aziz. Inilah perkara sebenar yang dirisaukan oleh Pas Kelantan.

"Mereka takut populariti Nik Aziz jatuh. Malahan perkara itu telah dimaklumkan kepada pegawai ustaz Azhar mengenai perkara itu sebelum ini".

Tetapi yang hairannya Bekas mufti Perlis Prof Mohd Asri Zainal Abidin dapat berceramah di Kelantan biarpun tidak mendapat tauliah di Kelantan.

"Maik tidak pernah keluarkan tauliah kepada Mohd Asri, tetapi boleh berceramah tetapi tidak Ustaz Azhar, semuanya angkara politik dan populariti,".

Malahan pemimpin Pas Kelantan bimbang dengan pengaruh ustaz Azhar yang tidak bersetuju dengan fahaman Al-Wahabi yang banyak diamalkan oleh pemimpin kanan Pas Kelantan dan ia juga memberi gambaran negatif kepada Pas dalam pilihan raya umum kelak.

Saturday 5 November 2011

Baru berusia 3 tahun tetapi memiliki tahap IQ setaraf dengan Bill Gates

Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun KARINA Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.


Bahkan , tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah

Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.

- SUMBER

Thursday 3 November 2011

Aktiviti Seksualiti Merdeka 2011 dihentikan serta merta oleh Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengharamkan serta merta segala aktiviti Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan hubungan sejenis, berikutan kebimbangan dan rasa kurang senang pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Khalid Abu Bakar, mengarahkan penganjur berkenaan supaya menghentikannya serta merta program itu atau berdepan tindakan tegas polis.


Beliau berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program berkenaan dan akan memanggil semua penganjur termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, memberi keterangan secepat mungkin. - Berita Harian

Muslihat terancang DAP jika berjaya memerintah Malaysia

Apa sebenarnya motif Pakatan Rakyat untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya berjaya memerintah Malaysia. Macam-macam alasan yang diberikan oleh pelbagai pihak berhubung isu ini kerana perkara ini tidak dijelaskan terperinci kepada rakan pakatan mereka terutama PAS yang majoriti dibarisi oleh orang-orang Melayu.

Isu ini timbul selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua yang mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam di negara selepas Pakatan Rakyat memerinta. Kumpulan sasaran, adalah kakitangan awam yang sudah berusia di mana ketetapan ini akan dilaksanakan setiap tahun.

Ini keratan akhbar Sin Chew Daily pada hari Selasa, 1 November 2011 yang tidak dijelaskan oleh PAS kepada umum kerana takut disergah oleh rakan pakatan mereka DAP...


Alasan lain yang diberikan oleh Tony Pua, bahawa kebiasaannya kakitangan awam yang sudah berusia tidak lagi produktif dan mengambil contoh pendekatan yang dilakukan di negara China. Di negara China, kakitangan awam yang tidak produktif akan disarankan bersara lebih awal dan hanya duduk di rumah menikmati separuh gaji bulanan.

Ekoran itu, apa yang dicadangkan DAP ini disanggah oleh Aziz Muda, Timbalan Presiden CUEPACS kerana alasan pengumuman kenaikan gaji antara 7% hingga 13% semasa Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri adalah relevan. Bahkan dalam keadaan iklim ekonomi semasa, faktor peningkatan kos sara hidup turut diambil kira oleh kerajaan. Sebab itu, kerajaan terpaksa memikirkan jalan untuk meningkatkan punca pendapatan kakitangan awam melalui kenaikan gaji.

Untuk makluman, ketika ini jumlah kakitangan awam sekitar 1.2 juta daripada jumlah populasi rakyat Malaysia 28 juta orang, jumlah kakitangan awam yang ada ketika ini sudah mencakupi 4% daripadanya ataupun bersamaan 10% daripada populasi pekerja yag ada sekarang. Manakala populasi pekerja di Malaysia pula keseluruhannya berjumlah 12 juta.

Berikut adalah statistik jumlah kakitangan awam mengikut kategori perkhidmatan di negara ini:-

1. Guru – 400,000
2. Tentera – 200,000
3. Polis – 150,000
4. Jururawat – 50,000
5. Bomba – 30,000
6. Penguatkuasa lain (JPJ,Kastam, APMM) – 70,000

Dari segi nisbahnya pula, setiap daripada 10 orang pekerja di Malaysia, seorang daripadanya adalah kakitangan awam. Manakala setiap seorang daripada itu, terpaksa memberi perkhidmatan kepada 24 orang rakyat Malaysia. Justeru, bayangkanlah, jika cadangan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam dilaksanakan??.

P/S : Saya cuma merenung sejenak apakah muslihat parti DAP mengenai cadangan ini. Rasanya tidak salah saya katakan bahawa ini salah satu strategi DAP untuk menjadikan Melayu di negara ini sebagai sasaran. Ini kerana, realititnya statistik memang menunjukkan bahawa kaum Melayu majoriti bekerja dalam sektor awam.

Kenapa sekarang baru PAS nak mengaku?

Apabila rakyat mula bercakap soal hubungan PAS dengan rakan pakatan mereka seperti DAP dan PKR yang sudah lama tidak sehaluan, PAS dengan dengan jawapan ego menyifatkan hubungan antara rakatan pakatan masih kuat dan mendapat sokongan akar umbi. Benarkah begitu?

Bukan saya yang jawab tetapi hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR baru saja diulas sendiri oleh Mustapa Ali, S/U Agong PAS yang mengakui hubungan dengan DAP serta PKR sebenarnya tidak lagi disenagi oleh ahli akar umbi. Ramai dikalangan ahli-ahli PAS akar umbi tidak bersetuju PAS berpakat dengan DAP&PKR.

Banyak masalah dan pertikaian antara PAS dengan pakatan tidak mencapai kata sepakat kerana dasar yang cuba dibawa ketiga-tiga parti itu berbeza. Contoh paling mudah dalam isu Hudud, PAS sudah lama main wayang dalam isu ini meskipun rakyat tahu parti itu tidak berkemampuan untuk melaksanakannya. Apatah lagi bila disebut saja tentang Hudud, DAP semestinya bingkas bangun menyanggah apa yang ingin dilaksanakan PAS.

Mereka tidak mempunyai titik persamaan dalam menentukan kata putus berhubung sesuatu perkara yang akhirnya menyebabkan ramai ahli peringkat akar umbi sudah tawar hati dengan perjuangan parti PAS.

Malah, Mustapa juga mengakui agak sukar untuk ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menggunakan satu lambang dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang diamalkan oleh BN. Ini kerana masing-masing mempunyai kepentingan atas sesuatu lambang parti dan situasi ini secara tidak langsung memberi impak kepada sokongan akar umbi.

Konsep tahaluf siyasi yang kononnya dipegang oleh PAS selama ini , adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.



Wednesday 2 November 2011

Tradisi yang bukan-bukan di India

Kesian bila tengok gambar ni kononnya dapat mengubati penyakit setelah si bapa memijak leher dan perut anak menggunakan kedua-dua belah kaki. Tradisi kuno berusia 500 tahun ini sebenarnya masih diamalkan di India sehingga hari ini dan amat malang ritual yang tidak masuk akal seperti ini menyebabkan ada sesetengah daripada kanak-kanak meninggal dunia.

Kesian bila tengok memek muka kanak-kanak yang dipijak bapanya sendiri yang memberi gambaran seribu makna kesakitan. - AFP

Apa sudah jadi dengan Apek heboh pasal botol arak

KUALA LUMPUR – Memang heboh di blog-blog hiburan yang menyiarkan penjaga gawang gol pasukan bola sepak negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex, berhibur bersama Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya yang lain.

Gambar-gambar tersebut bukan sahaja disiarkan oleh Oh! Bulan, Rotikaya.com atau Media Malaya.com sahaja, malah turut disambut oleh beberapa blog politik terkenal seperti Empayar Pemuda dan Keris Pusaka berkenaan perkembangan terbaru Apex yang berasal dari Kelantan itu.

Apek bersama Dahlia Teck di pusat hiburan Bukit Bintang


Tempat yang sama terhidang minuman keras

Media Malaya.com yang menerima gambar-gambar tersebut melalui emel diberitahu oleh pengirimnya bahawa Apex, Dahlia dan rakan-rakan mereka berhibur di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini.

Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.

“Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja, namun dalam gambar menunjukkan beberapa botol minuman keras yang sudah dibuka,” kata laman web hiburan terkenal itu.

Bagaimanapun, Oh! Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap Apex dan Dahlia.

Rotikaya.com pula menyifatkan Khairul Fahmi sebagai lebih ‘Kuala Lumpur” sifatnya merujuk kepada gambar yang tersiar itu.

“Tetapi nampaknya penjaga gawang pasukan kebangsaan ini semakin hari semakin Kuala Lumpur sifat’nya.. Bagus,” kata pemilik laman web tersebut, tidak tahu sama ada kenyataan itu ikhlas atau menyindir.

Tuesday 1 November 2011

Pengedaran risalah bukti wujud kegiatan pengkristianan di Negeri Perak

Nampak gaya gerakan pengkristianan di Negeri Perak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Terbaru beratus-ratus risalah dikesan di negeri ini yang memberitahu tahu orang ramai supaya berhati-hati dengan agenda menjadikan sesiapa saja untuk menjadi penganut Kristian.

Menariknya, berdasarkan risalah yang diperolehi oleh seorang kenalan saya, risalah itu ditulis dalam bahasa Tamil dan Cina dan juga turut memaparkan gambar Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming yang lengkap berpakaian seperti paderi.

Kebanyakan risalah ini disebar di kawasan Manjung kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal kedua-dua pemimpin DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Ming iaitu di Ayer Tawar. Kegiatan penyebaran risalah ini dengan jelas memberi peringatan kepada semua lapisan masyarakat Hindu dan Cina tidak terkecuali Melayu supaya lebih berhati-hati dengan dakyah krstian yang dibayangi oleh pemimpin kanan DAP Perak.




Aidiladha sempena kisah penyembelihan Nabi Ismail

NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.

Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.

Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.

Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.

Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.

Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.

Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."

Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya.

"Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.

Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:

"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."

Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas.

lPetikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Sentiasa memberi senyuman untuk kekal umur panjang

Beberapa kajian mendapati,rahsia panjang umur terletak pada senyuman seseorang itu.Semakin lebar senyuman dan semakin dalam lipatan di sekitar mata korang ketika senyum, semakin besar pula kemungkinan korang untuk hidup lebih lama.

Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diurai dan dimuatkan di dalam journal Psychological Science.Penemuan baru ini menambah bukti lain bahawa hidup dengan kebahagiaan dan gembira memberi pengaruh kuat bagi kualiti kesihatan dan harapan hidup.


Penemuan ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan terhadap gambar-gambar lama.Kajian dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga besbol yang dicetak dengan data pendaftaran pada tahun 1952.Mereka mengambil kira maklumat dan statistik pemain, seperti tarikh lahir, berat, status perkahwinan, dan karier.

Penyelidik membuat kajian peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebagian otot di sekitar mulut saja yang aktif), serta tersenyum lebar (ketawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata).


Gambar-gambar ini kemudiannya dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal. Mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72.9 tahun.

- SUMBER
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.