"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 8 November 2011

PAS terpaksa 'haramkan' kuliah Azhar Idrus di Kelantan

Siapa yang tidak kenal dengan Azhar Idrus seorang pendakwah bebas (pro PAS) yang sentiasa menjadi buah mulut dikalangan ahli PAS jika menyampaikan kuliahnya. Disebabkan populariti Azhar Idrus yang sentiasa menjadi tumpuan hadirin ketika berceramah, sambutan yang diberi amat menggalakkan. Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan melalu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengeluarkan arahan bertulis melarang Azhar Idrus daripada menyampaikan ceramah di mana-mana tempat di negeri itu.

Alasan yang diberikan oleh MAIK, bahawa ada sesetengah pemimpin kanan PAS Kelantan merasa bimbang populariti Nik Aziz akan jatuh disebabkan ramai yang suka cara Azhar Idrus dalam menyampaikan kuliah agama. Tambahan pula, dalam suasana parti itu untuk menghadapi pilihanraya Umum tidak lama lagi.


"Setiap kali Ustaz Azhar buat ceramah kereta pasti padat, orang ramai, jumlah itu berkurangan berbanding Nik Aziz. Inilah perkara sebenar yang dirisaukan oleh Pas Kelantan.

"Mereka takut populariti Nik Aziz jatuh. Malahan perkara itu telah dimaklumkan kepada pegawai ustaz Azhar mengenai perkara itu sebelum ini".

Tetapi yang hairannya Bekas mufti Perlis Prof Mohd Asri Zainal Abidin dapat berceramah di Kelantan biarpun tidak mendapat tauliah di Kelantan.

"Maik tidak pernah keluarkan tauliah kepada Mohd Asri, tetapi boleh berceramah tetapi tidak Ustaz Azhar, semuanya angkara politik dan populariti,".

Malahan pemimpin Pas Kelantan bimbang dengan pengaruh ustaz Azhar yang tidak bersetuju dengan fahaman Al-Wahabi yang banyak diamalkan oleh pemimpin kanan Pas Kelantan dan ia juga memberi gambaran negatif kepada Pas dalam pilihan raya umum kelak.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.