"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

Bilamana 'Bible' menjadi panduan Azmin Ali

Ramai juga di kalangan pemerhati PAS yang hadir di Kongres PKR baru-baru ini keliru dengan arah pemikiran Azmin Ali. Ramai yang perasan. Ramai juga yang tidak. Tapi kebanyakan pemerhati PAS mula memandang sesama sendiri.

Apa ‘reference’ Azmin Ali waktu mengutarakan pandangan bahawa PKR – adalah mereka yang tergolong dalam kelompok – Children of Light; sementara UMNO lebih layak digelar sebagai ‘Children of Darkness’.

Seorang pemerhati PAS, yang juga belajar dalam ‘Comparative Religion’ di IIUM; mula geleng kepala dan tidak bersetuju. Penulis bertanya, apa yang dia tidak sependapat?

Dia mula mengatakan bahawa istilah ‘children of light’ ini hanya terdapat dalam agama Kristian!



Seorang pelajar Phd IIUM mula memberikan arguments bahawa istilah yang digunakan Azmin Ali memang mempunyai konotasi Kristianiti yang sangat nyata.

Apa halatuju Azmin ini sebenarnya? Apakah Azmin sudah terlalu terbuai dengan pemikiran ultra liberal sehingga mula menggunakan istilah Kristian sewaktu membawa argument politik? Ini semua perlu ditegur oleh PAS.

Contoh:-
Believe in the light, that ye may be the children of light.
John 12:36

Isaiah 42:6
“I, the LORD, have called you in righteousness; I will take hold of your hand. I will keep you and will make you to be a covenant for the people and a light for the Gentiles.

Isaiah 42:16
I will lead the blind by ways they have not known, along unfamiliar paths I will guide them; I will turn the darkness into light before them and make the rough places smooth. These are the things I will do; I will not forsake them.

Isaiah 49:6
he says: “It is too small a thing for you to be my servant to restore the tribes of Jacob and bring back those of Israel I have kept. I will also make you a light for the Gentiles, that you may bring my salvation to the ends of the earth.

Apakah ini asas arguments Children of Light yang dinyatakan oleh Azmin Ali???

SUMBER : BLOG DR MIM

Monday, 25 April 2011

Azmin Ali Pencacai 'Tidak Ada Pendirian'..Kata PAS!

Ikuti luahan yang dilemparkan oleh 'penyokong PAS' yang memang setia tidak berbelah bagi kepada parti itu terhadap 'Azmin PKR' yang mana menyifatkan Azmin Ali tidak ada pendirian sebagai pemimpin parti...

"Kadang-kadang aku sendiri keliru dengan tingkah laku beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat ini.. kita yang menyokong ini digesa untuk memboikot media-media milik UMNO ataupun media-media Pro-UMNO, samada media cetak mahupun media elektronik.. kerana menurut mereka media-media tersebut sering memutar belitkan fakta mengenai Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka sendiri bertindak sebaliknya, mereka bukan saja mendengar, atau sekadar membaca. lebih malang lagi mereka pula mempercayainya.

Blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat pula sering ditegur kerana mengkritik atau menegur pimpinan Pakatan Rakyat secara terbuka kata mereka gunakan saluran dalaman Parti yang sedia ada..

Tetapi mereka pula mengkritik sesama mereka secara terbuka menggunakan media yang ada seperti Tweeter contohnya..

Dalam satu ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah berkata “Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,”

Apabila Lidah Rasmi UMNO melaporkan kononnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah berkata “Andaian sebenarnya (kes video lucah) tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”

"Azmin yang mula melenting dengan laporan itu terus mengkritik dan mengutuk Datuk Mustapa Ali melalui laman Twitter dengan berkata “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

Azmin tidak layak untuk mengemukakan pandangan secara peribadi yang boleh menyinggung perasaan pimpinan tertinggi PAS. Tambahnya lagi “Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung (merujuk kepada Azmin ) yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,”
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.