"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Tuesday, 30 August 2011

Doakan keselamatan AJ balik kampung beraya bersama sanak saudara..!

Assalamualaikum semua.. kepada semua pembaca budiman, blog AJ kemungkinan tidak dapat diupdate dalam tempoh seminggu kerana berhajat pulang ke kg halaman di Pantai Timur untuk beraya bersama sanak saudara. InsyaAllah jika diizinkan Allah, hari raya yang kedua akan bertolak balik ke kg bersama keluarga semoga pembaca semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Semoga pejuang-pejuang maya yang lain terus memberi komiten untuk 'berperang' dengan dakyah pejuang maya pembangkang dalam pelbagai isu semasa demi memartabatkan kelangsungan pimpinan negara yang sedia ada.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari AJ dan keluarga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..!

Salam semuanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan kepada pembaca blog AJ khususnya tidak kira pro kerajaan mahupun pembangkang. Sekiranya ada kesilapan dan ketelanjuran dalam penulisan harap dimaafkan kerana kita manusia biasa tidak boleh lari daripada kekhilafan.


Semoga segala amalan sebulan di bulan Ramadhan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dan sentiasa dilimpahkan syafaat serta rezeki. AJ
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.