"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label NGO's Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label NGO's Pembangkang. Show all posts

Monday, 27 June 2011

Fahaman komunis cuba dihidupkan dalam himpunan Bersih 2.0

KEPALA BATAS - Polis percaya kumpulan 31 warga tempatan yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, dekat sini ketika menaiki sebuah bas petang kelmarin, cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, ia berdasarkan penemuan pelbagai bukti yang ditemui dan dirampas pihak polis di dalam bas yang dinaiki oleh kumpulan tersebut.

"Kumpulan itu dilihat cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti.

"Ini satu perkara serius yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini semalam.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Menurut Abd. Rahim lagi, beberapa barangan yang dirampas daripada kumpulan terbabit dengan jelas cuba menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dengan menyertai Perhimpunan Bersih terutamanya menerusi beberapa jenis risalah yang dicetak dalam pelbagai bahasa.

Selain itu katanya, beberapa helai baju-T berwarna merah yang dirampas juga ada mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah selain beberapa helai baju lain yang tertera tulisan serangan neo-liberal rakyat terus sengsara dan anti-capitalism.

Jelas Abd. Rahim, polis turut merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu.

Sumber berita : KOSMO

Saturday, 25 June 2011

Bersih 2.0 : Laporan polis melebih angka "1000" dan apa KDN buat?

Laporan polis membantah perhimpunan yang kononnya Bersih sudah melebihi angka seribu setakat hari ini. Laporan ini antara lain bermotif menentang sekeras-kerasnya pengajuran Bersih 2.0 pada 9 Jul 2011 yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk NGO's, persatuan, individu serta parti politik.

Apa yang berlaku merupakan satu sejarah dalam kancah politik negara kerana begitu banyak sekali laporan polis dibuat untuk menentang penganjuran Demo Bersih 2.0 disamping menyeru kepada pihak berwajib (KDN) mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur.

Justeru itu, bagaimana pula dengan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh pihak Polis berdasarkan laporan yang dibuat? Adakah pihak KDN sudah bersedia menghadapi gelombang perhimpunan haram oleh juak haprak pembangkang yang kononnya ingin menuntut diadakan pilihanraya bersih.

Adakah negara kita masih tidak bersih dalam mengadakan sesuatu pilihanraya sehingga tumbang beberapa buah negeri ke tangan pembangkang pada PRU-12 yang lalu seperti Pulau Pinang, Kedah , Perak (hanya 11 bulan) dan Selangor. Begitu juga dengan senario yang berlaku dalam PRU Negeri Sarawak yang lalu yang menyaksikan kebangkitan rakyat untuk menyokong pembangkang sekaligus berjaya merampas banyak kerusi yang dulunya menjadi hak milik komponen BN.

Berita lanjut baca   >DISINI<

Thursday, 23 June 2011

Penganjur Bersih 2.0 memang jenis bahalol bercampur 'tolol'


Demi untuk mencapai sasaran jumlah yang besar nampaknya pembangkang mula menggunakan tipu daya bagi mengelirukan rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih. Nampaknya sudah ada gerakan untuk mengelirukan rakyat khususnya masyarakat di luar Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan haram itu kononnya tawaran lawatan percuma ke ibu negara.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua wakil rakyat di negeri ini turun padang bagi menerangkan kepada rakyat motif sebenar perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Jelas beliau semua wakil rakyat diminta menasihati penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak yang sanggup menanggung kos pengangkutan, penginapan dan makan minum atau tawaran program lawatan percuma ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan jalanan haram itu.

“Perhimpunan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat malah memberi pelbagai bentuk kerugian termasuk menganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara serta menjejaskan aktiviti perniagaan”.

Sambil menyifatkan penganjur perhimpunan itu sebagai ‘tolol’ beliau berkata agenda penganjur perhimpunan itu hanyalah mahu mendatangkan huru-hara, mencetuskan perbalahan antara kaum dan pertelingkahan sesama rakyat.

Monday, 16 May 2011

Malaysia aman jika SUARAM ganti Polis...!

Suaram mengutuk keras dan kecewa terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menembak mati individu-individu tidak kira warga Malaysia ataupun warga asing yang kerap berlaku. Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung (gambar) berkata, pihaknya memandang serius terhadap semua kes tembak mati yang dilakukan oleh polis selama ini.

Antara remaja yang telah ditembak mati oleh polis sejak tahun lepas termasuk Aminulrasyid Amzah (14 tahun), Mohd Shamil Hafiz Shapiei(15), Hairul Nizam Tuah (20), Mohd Hanafi Omar (22).

Pada 13 hari bulan Mei, sekali lagi terdapat seorang remaja yang bernama Johari Abu Bakar yang hanya berumur 17 tahun telah ditembak mati oleh polis di kawasan Dengkil, Selangor sekitar pukul 11 malam.

“Kami ingin menekankan bahawa menembak mati seseorang dengan sewenang-wenangnya tanpa memberikan peluang untuk membela diri dan dibicara bawah mahkamah adalah merupakan satu pencabulan hak asasi yang serius,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Suaram inginkan maklum balas segera dari pihak polis apakah perlunya pihak polis menggunakan senjata terhadap seorang remaja yang berusia 17 tahun sehingga ditembak mati.

Tambahnya, Suaram sebagai organisasi Hak Asasi Manusia berpendapat penggunaan senjata dan tidak memberikan hak untuk Johari membela diri adalah salah dari segi undang-undang Hak Asasi dan ianya melanggari kebanyakan artikel dalam Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Kanak-Kanak (CRC) terutamanya Artikel 16 (1)&(11) dan Artikel 37 yang memberi perlindungan terhadap kanak-kanak bawah undang undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara.

Bagi aku, jom kalau boleh mintak kerajaan bagi peluang kepada SUARAM untuk menjalankan tugas polis sebab katanya polis di Malaysia hari ini suka sangat menembak orang tanpa diberi pembelaan.

Aku rasa polis tidak akan melepaskan tembakan sesuka hati melainkan wujud situasi yang boleh mengancam nyawa mereka ketika berhadapan dengan penjenayah. Atau dengan kata lain, penjenyah terlebih dahulu melepaskan tembakan dan bertindak sehingga boleh mangancam nyawa pihak polis.

Selain itu, aku melihat trend membela penjenayah semakin menjadi-jadi dikalangan peguam-peguam yang diwakili parti pembangkang di Malaysia. Tetapi, pihak polis cuma menerima kecaman dan kritikan pedas ketika menjalankan tugas mereka. Penjenayah dilihat lebih terbela untuk terus hidup di negara ini..........

Wednesday, 4 May 2011

SUARAM : Apabila Cina Kafir Lahanat Bersuara...Melayu Jadi Hamba Kain Rentang!

Kecaman Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mendakwa pihak polis bertindak ganas  ketika menyuraikan perhimpunan haram pada 1 Mei dengan menangkap 21 orang boleh dibaratkan suara sumbang Cina lahanat yang cuba menggangu penugasan pihak Polis.

Yap Heng Lung

Apa yang didakwa oleh Yap Heng Lung (gambar atas), Penyelaras SUARAM tidak tepat sama sekali dan amat malang apabila menyifatkan tindakan polis itu satu sebagai tindakan biadap. Siapa yang biadap kepada negara sekarang ini? Kalau tidak mereka yang cuba mencetuskan suasana huru hara dalam negara ketika rakyat lain bergembira menghabiskan cuti hari pekerja bersama keluarga.

Pihak polis bukan menjadi alat kepada kerajaan tetapi menjalankan tugas sepertimana yang termaktub dalam Sek.27 Akta Polis iaitu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mana-mana perhimpunan haram yang tidak mempunyai permit. Perhimpunan haram berkenaan bukan mewakili majoriti penduduk di Malaysia, kerana penglibatannya hanya di kalangan pembangkang yang mempunyai agenda terselit dan tersembunyi.

Tulisan biadap

Sekiranya SUARAM menyatakan tindakan polis itu sebagai satu pencabulan Hak Asasi Manusia, adakah polis di Malaysia ini terkecuali daripada Haknya sebagai seorang manusia yang merupakan warganegara di negara ini? Dalam erti kata yang lain polis turut tergolong dalam golongan yang diperlu dijaga haknya dan ianya bukan saja dikhususkan kepada rakyat biasa.

Maknanya pihak polis telah juga mempunyai hak sepertimana yang termaktub di dalam Artikel ke-10 Perlembagaan Persekutuan dan sekiranya ada pihak yang menafikannya, ia juga membawa maksud yang sama iaitu sengaja mengecualikan pihak polis di bawah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR)

Inilah kesan daripada suara sumbang yang diberi sedikit ruang kepada Cina yang tidak sedar diri berada di bumi Malaysia untuk menidakkan hak-hak yang sepatutnya di miliki oleh semua lapisan rakyat termasuklah pihak polis.

Syabas pihak polis..! anda telah bertindak cemerlang mematahkan satu cubaan untuk menjadi Malaysia sebagai negara huru hara yang didalangi oleh pihak pembangkang. Idea ini tidak lain dan tidak bukan semestinya datang daripada seorang yang dianggap 'anugerah Tuhan'. Mungkin benar insan ini anugerah Tuhan tetapi anugerah yang diciptakan Tuhan untuk memporak perandakan keharmonian yang sedia terjalin antara kaum selama ini.

Selain itu, SUARAM juga mempertikaikan tindakan polis yang tidak mengeluarkan permit ke atas mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pembangkang dilihat sebagai kenyataan mengampu bagi mereka yang gila kuasa. Tuduhan yang dilemparkan kepada polis sebagai 'alat kerajaan' adalah sangat keterlaluan dan pihak polis juga saya anggap mempunyai hak asasi untuk mempertahankan kenyataan yang bersifat provokasi daripada SUARAM.

Selagi mana majoriti rakyat di negara ini masih memerlukan pihak polis dalam menjalankan tugasnya, selagi itulah pembangkang hanya terkial-kial dengan sikap degil yang cuba mencetuskan huru hara. Malah tindakan tegas dan kecekapan pihak polis dalam menyuraikan mana-mana perhimpunan haram dilihat ada signifikan dalam usaha memastikan negara ini sentiasa selamat dari anasir-anasir yang cuba mencetuskan suasana huru hara.
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.