"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Sidang DUN Perak. Show all posts
Showing posts with label Sidang DUN Perak. Show all posts

Thursday, 14 April 2011

Sidang DUN Perak : Kecoh Lagi!!!..Usul Bodoh Nizar ditolak Speaker..

Semalam kita dapat menyaksikan sekali drama tunjuk perasaan oleh beberapa kaum India di hadapan bangunan SUK Perak kononnya ingin berjumpa dengan Menteri Besar , DS Dr Zambry  bagi menyerahkan satu memorendum.

Disebabkan komitmen DS Dr Zambry yang ketika itu sedang bersidang pada hari ke-2, maka timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang ingin menyerahkan memorendum berkenaan sekaligus membawa kepada beberapa insiden. Ekoran dari itu, seramai 18 orang daripada penunjuk perasaan telah ditahan oleh pihak polis.



Hari ini, kecoh di dalam dewan  apabila jaguh PAS yang berdarah Cina iaitu Nizar Jamaluddin kononnya ingin menjadi juara kepada penunjuk perasaan mengemukakan usul  ' mengutuk kekerasan pihak Polis ke atas penunjuk perasaan ' namun ianya telah ditolak olek Speaker DUN, Datuk Ganesan.

Kata Nizar, pihak polis telah bertindak keras dan tidak mengikut peraturan untuk menyuraikan perhimpunan berkenaan dan dengan suara lantang, menyebut kekerasan pihak polis telah menyebabkan seorang penunjuk perasaan yang dikenali dengan 'Ramesh' telah mengalami cedera parah dan terpaksa menjalani rawatan si ICU Hospital Ipoh. Namun, hakikatnya tidak seperti apa yang digembar gemburkan oleh Nizar kerana si 'Ramesh' hanya mengalami cirit birit dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.


Memang belitnya cukup luar biasa si Nizar ketika di dalam dewan, dan disini saya diberitahu oleh rakan yang berkesempatan berada di tempat kejadian, pihak polis tidak bertindak keras malah dua pegawai Polis yang dicederakan oleh penunjuk perasaan tidak dihebahkan oleh Nizar barua DAP. Untuk makluman, dalam kejadian tersebut, seorang pegawai Polis telah dicederakan oleh penunjuk perasaan sehingga mengalami bengkak di bahagian leher, manakala seorang polis wanita telah ditampar oleh penunjuk perasaan. 

Adakah Nizar barwa DAP ambil kisah pasal anggota polis yang dicederakan oleh penunjuk perasaan?? Jika dulu semasa Pakatan Rakyat memerintah, langkah yang sama turut diambil oleh pihak polis dengan mengenakan kawalan keselamatan semasa Sidang DUN berjalan takut diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana tegang.

AJ dimaklumkan juga, kejadian tunjuk perasaan ini sengaja dirancang oleh seorang Wakil Rakyat India yang digelar 'sivakumar'  bagi tujuan mencetuskan suasana tegang semasa sidang berjalan. Mereka sengaja mencari idea bagaimana untuk mencetuskan suasana huru hara semasa sidang DUN berjalan dan ingin dijadikan modal politik murahan sekiranya pihak polis bertindak.

Inilah rupa sebenar pembangkang di Negeri Perak yang tidak akan duduk diam dan suka menimbulkan 'provokasi' seolah-olah Polis suka bertindak secara keras dalam menyuraikan tunjuk perasaan.

"PAS PERAK JELAS DAN NYATA MENJADI KUDA KEPADA DAP"

@AJ@

Wednesday, 13 April 2011

Haprak Punya Pakatan Rakyat Perak..!

Bila pihak polis memantau persidangan DUN Perak, pembangkang terus lantang mengkritik bahawa sidang berkenaan dikawal oleh pihak Polis. Mereka perlu tanya diri dan cermin diri kenapa keadaan yang sedemikan berlaku? Tak lain tak bukan disebabkan pemimpin Pakatan Rakyat di Perak dilabelkan 'samseng' dan tidak tahu peraturan mesyuarat.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Nizar yang berketurunan cina yang dianggap MB sah oleh penyokong PAS walhal tidak sah dan haram sama sekali.


Kalau nak cakap lebih pun tak guna dengan Pakatan Rakyat di Perak kerana mereka semua bodoh sombong dan tak tahu malu serta tidak boleh menerima bahawa kerajaan negeri sekarang ini dipimpin oleh BN. Mereka tidak pernah mengakui kesilapan akibat daripada kebodohan mereka sendiri,

Pembangkang mendakwa polis telah memasang satu gajet canggih bagi merakamkan perjalanan Persidangan DUN Perak yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini hari ini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, alat elektronik yang besar itu dipasang pagi tadi dan ditanggalkan selepas perasmian sidang DUN.

Tuesday, 12 April 2011

Gara-Gara Bomoh, YB Titi Serong Mungkin Digantung Hadir Sidang DUN..!

Pada hari kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, AJ dimaklumkan bahawa seorang daripada Wakil Rakyat PAS akan digantung menghadiri Sidang DUN iaitu Khalil Idham Lim yang mewakili DUN Titi Serong atas kesalahan tidak hadir untuk memberi keterangan dalam sessi soal jawab kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasn Dewan pada 25 Feb 2011 jam 10.30 di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak, aras 2, Bangunan SUK, Ipoh.

Speaker DUN Perak

Sebelum itu, ADUN ini telah diberi surat rasmi daripada Setiausaha DUN Perak PADA 7 Feb 2011 yang lalu tetapi enggan hadir atas alasan yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal. Antara alasan tidak masuk akal dan kebudak-budakan yang diberikan oleh ADUN ini ialah melabelkan Dewan Undangan Negeri Perak telah dimasuki 'BOMOH' dan sehingga hari ini masih mempertahankan kenyataan beliau dan engkar untuk hadir memberi penjelasan kepada Speaker DUN.

Khalil Idham Lim

AJ ingatkan pemimpin-pemimpin PAS hari ini tidak percaya kepada bomoh, tetapi ternyata andaian itu meleset kerana yang jelas Wakil Rakyat mereka sendiri yang 'menyebut' perkataan berkenaan dan menuduh Sidang DUN Negeri yang mulia telah dimasuki bomoh.

"TUDUH UMNO PERCAYA BENDA KHURAFAT TETAPI MEREKA LEBIH KHURAFAT"

@AJ@



Sidang DUN Perak : Nga Kor Ming Biadap Tidak Berpakaian Rasmi..!

Salam..

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula hari ini menyaksikan sekali lagi sikap kebiadapan ADUN pembangkang dari DAP iaitu YB Nga Ko Ming - ADUN Pantai Remis yang hadir tidak mengenakan pakaian rasmi. Ini jelas menunjukkan sikap kurang ajar pemimpin DAP itu kerana dialah satu-satunya ADUN yang datang dengan berpakaian biasa sedangkan turut hadir Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bagi upacara perasmian pembukaan.






Persoalannya adakah si bodoh ini tidak tahu peraturan yang ditetapkan atau sengaja ingin menarik perhatian kepada YB lain bahawa dialah jaguh dan 'taikong' berkepala besar di Negeri Perak.

Apabila bergelar sebagai seorang lawyer, adakah si kepala besar ini kebal kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan?. Justeru, kepada mana-mana pendokong yang masih setia mempertahankan si kepala besar ini, perlu berfkir dan merenung sejenak di dalam hati kecil, inikah rupa dan gaya seorang pemimpin yang ingin diketengahkan untuk memperjuangan nasib rakyat terutama kepada orang-orang Melayu di negeri ini.



Antara titah ucapan perasmian Raja Dr Nazrin Shah hari ini..

"Kebahagian dan kemakmuran wajib diagihkan secara adil, perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa wajib dihindarkan."

"Kuasa adalah bersifat sementara."

DYTM Raja nazrin menghargai semua pihak yang terlibat dalam membangunkan negeri Perak.

Titah ucapan diakhiri dengan Perasmian Sidang DUN pada hari ini.


@AJ@
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.