"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Sunday, 21 August 2011

Dalam sejarah 11 anggota polis mencabul wanita bangsa Cina..benar atau tidak??

Benar atau tidak dakwaan ini, itu semua kerja polis yang menyiasat bukannya Malaysiakini yang sudah diketahui umum media balaci pembangkang yang tidak berputus asa menabur fitnah. Kali ini, melibatkan dakwaan seorang wanita Cina yang didakwa telah dicabul oleh 11 anggota polis. Yang anehnya, kejadian ini berlaku pada tahun 2004 dan baru sekarang dilaporkan kepada media.

Ini yang menjadi kemusykilan adakah benar kejadian ini berlaku?. Sudah hampir 7 tahun kejadian itu berlaku kenapa baru sekarang didedahkan? Alasan, wanita itu tidak mahu menggangu siasatan polis langsung tidak masuk akal kerana seperti biasa kes seumpama ini agak menarik perhatian. Kebiasaanya, pihak polis akan bertindak segera terhadap kes yang menarik perhatian terutama melibatkan salahlaku anggota PDRM.

Jika seorang dua yang terlibat, mungkin boleh diterima pakai tetapi ini melibatkan 11 anggota yang melakukan perbuatan berkenaan dan sudah tentu ianya menarik perhatian dan perlu disiasat dengan segera. Justeru, dakwaan ini perlu disiasat segera untuk mengembalikan reputasi polis yang dilihat saban hari menjadi sasaran pihak pembangkang.

Pembangkang hari ini begitu agresif mengkritik dan mengupas isu yang berkaitan tugas polis kerana secara tidak langsung akan menjejaskan integriti pasukan itu di mata masyarakat sekaligus memberi kelebihan kepada mereka (pembangkang) untuk mearih simpati rakyat pada pilihanraya akan datang.

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Friday, 19 August 2011

3 Militan warga India ditahan ISA

Polis menahan tiga lelaki warga India di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam menyalurkan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang terlibat aktiviti keganasan di India.

Ketiga-tiga yang ditahan itu ialah pengusaha restoran, Amarjit Singh Jasvir Singh, 28, seorang guru muzik, Daljit Singh Ajaib Khalsa, 37, dan kontraktor binaan, Kawal Singh Soundh, 39. Mereka ditahan pada pukul 8 pagi 4 Ogos lalu.

Tiga warga asing itu ditahan berasingan di kawasan Sentul dan Ampang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) yang berpangkalan di India.

“Siasatan mendapati tiga lelaki itu terlibat memberi bantuan logistik kepada operasi kumpulan BKI.

“Tiga warga asing itu bagaimanapun telah diusir ke negara asal mereka pada Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, satu sumber keselamatan memberitahu Kosmo!, dua daripada tiga lelaki yang ditahan itu dikehendaki polis Punjab kerana bersubahat dengan kumpulan BKI.

Sumber : Kosmo Online

Monday, 16 May 2011

Peguam bela kejahatan dimonopoli pembangkang...!

Banyak kes-kes yang melibatkan kejadian jenayah di negara ini cuba 'dibela' oleh peguam yang mewakili parti pembangkang. Kononnya nak jadi jaguh membela rakyat yang mana masih tidak diketahui hujung pangkal bersalah ataupun tidak.


Kes terbaru yang cuba 'dieksploitasi' oleh peguam handalan membela kejahatan melibatkan seorang remaja yang mati ditembak oleh pihak polis berusia 17 tahun dalam kejadian tembak menembak semalam di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin.

Dengar cerita keluarga mangsa akan memfailkan petisyen saman terhadap polis berhubung kes tersebut dengan pelbagai alasan kononnya tindakan polis menembak mati remaja berkenaan adalah meragukan.

Nak tak nak, polis juga yang kena. Justeru, aku berharap pihak polis menjalankan siasatan sepenuhnya motif remaja tersebut yang turut menembak pihak polis apabila dikepung.

Malah, peguam handalan tak sedar diri seperti R Sivarasa, memang glamour dengan kes yang sebegini sebab kita semua tahu isu ini boleh dijadikan bahan politik Pakatan Rakyat yang sememangnya suka menangguk di air keruh. Keluarga dan peguam mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat insiden ini kerana mendakwa wujud keraguan berdasarkan alasan yang diberikan oleh pihak polis.

Sivarasa menunjukkan salinan laporan polis dengan ditemani nenek Johari Abu Bakar, Jamilah (kiri) dan ibunya Salmah (tiga dari kanan).

Macam mana pula dengan polis? mereka juga ada hak untuk mempertahankan diri mereka dan juga salah seorang rakyat Malaysia yang juga ada hak untuk membela diri mereka. Adakah polis tidak berani untuk tampil ke depan 'menyaman' balik keluarga dan peguam keparat pakatan Rakyat jika terbutki remaja berkenaan turut memiliki senjatapi dan bertindak melepaskan tembakan ke arah pihak polis.

Jika mereka saman RM1juta, aku berharap pihak polis perlu bertindak menyaman dua kali ganda angka itu kepada keluarga mangsa dan juga pihak peguam handalan pembela kejahatan.

Aku berharap sangat, pihak polis jangan jadi lesu dan lembik dengan kes sebegini kerana kita agak terkilan, dengan dakwaan pembangkang terhadap tugas kepolisan yang langsung tidak dihargai.

KEJADIAN

PETALING JAYA, 15 Mei — Keluarga Johari Abu Bakar menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas berhubung kematian seorang remaja berusia 17 tahun itu, memandangkan polis memberi maklumat tidak konsisten berhubung kejadian dia ditembak kelmarin.

Keluarganya juga akan memfailkan petisyen di mahkamah esok, menuntut bedah siasat kedua dijalankan ke atas Johari ekoran tanda-tanda yang meragukan pada jenazahnya termasuk lenggan kanan patah.

Johari, seorang pekerja rencam, terbunuh dalam kejadian ditembak polis di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin.

Laporan media semalam memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, Johari yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis.

Suspek turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian pada pukul 10.15 malam.

Dia yang bersembunyi di sebuah hotel dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard.

Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati.

Katanya, suspek diintip sepasukan polis sejak pukul 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu.

Laporan lain menyebut kereta itu dikatakan dicuri di Kelana Jaya 10 Mei lalu.

“Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang.

“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan,” katanya.

“Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru dalam kereta berkenaan,” kata Tun Hisan.

Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian.

Bagaimanapun ibu Johari, Salmah Mohamed Shariff menegaskan bahawa anaknya bukan seorang penjenayah dan tidak pernah memiliki sebarang senjata.

“Dia seorang budak yang baik dan sentiasa menurut kata. Saya enggan percaya bahawa dia miliki senjata,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Damansara di sini petang ini.

Salmah, seorang suri rumah ditemani oleh dua anak lelakinya, Abdul Razak yang bekerja sebagai 'pub bouncer' dan Mohamad Rosli, 20, iaitu pembantu dapur serta nenek mereka Jamilah Magar Saib, 56.

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam juga menemani mereka ketika laporan polis dibuat.

Menurut laporan Kosmo, bapa Johari ditembak mati oleh polis dua tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian penculikan dan beberapa jenayah lain di Selangor.
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.