"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

Pemilik laman web megaupload didakwa

Laman web megaupload.com ialah Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia telah ditutup. Ini kerana pengasas laman web megaupload itu dan beberapa pegawai syarikat berkenaan telah dituduh menyediakan kemudahan memuat-turun filem, muzik, perisian dan beberapa kandungan lain secara haram ataupun lebih dikenali sebagai cetak rompak.

Pihak berkuasa AS membuat dakwaan kelmarin dan menuduh bahawa megaupload.com telah menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta iaitu lebih kurang RM1.5 bilion kepada para pemilik hak cipta di seluruh dunia.


Dalam satu kenyataan Jabatan keadilan AS, Kim Schmitz merupakan seorang jutawan jerman atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu bersama dengan tiga lagi kakitangan megaupload.com telah ditangkap kelmarin di New Zealand.

bbc.co.uk menyatakan,,

The US Justice Department said that Megaupload’s two co-founders Kim Dotcom, formerly known as Kim Schmitz, and Mathias Ortmann were arrested in Auckland, New Zealand along with two other employees of the business at the request of US officials. It added that three other defendants were still at large.

“This action is among the largest criminal copyright cases ever brought by the United States and directly targets the misuse of a public content storage and distribution site to commit and facilitate intellectual property crime,” said a statement posted on its website.

Laman Megaupload adalah unik kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.namun beatz tidak dinamakan dalam pendakwaan itu - Reuters

Monday, 21 November 2011

Gambar ini memberi mesej betapa syukur hidup di Malaysia

'The Mine' merupakan tempat kerja paling merbahaya di Guatemala City. Semua pekerja di sini bertarung nyawa untuk mencari pendapatan setiap hari di sini. Mereka terpaksa mencari pelbagai besi buruk atau besi buangan untuk dijual daripada tempat pembuangan sampah ini bagi membiayai kehidupan mereka. Di sini mereka boleh dijangkiti pelbagai penyakit dari kotoran, tanah runtuh, kecederaan daripada besi dan banyak lagi.Ini adalah seperti di China di mana mereka bekerja di tempat pelupusan sampah untuk mencari makanan. (Sumber : DISINI )

Bayangkan tuan-tuan, betapa sukarnya kehidupan mereka seharian bagi mencari sesuap nasi. Berbeza dengan kita yang hidup aman di Malaysia sehingga ke hari ini meskipun adakalanya diganggu gugat oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan politik. Tidak kira samada UMNO, PAS dan PKR yang diwakili oleh orang-orang Melayu, janganlah kita menjadi manusia yang tamak haloba disamping kerakusan gila kuasa, kelak akan dihitung di hadapan Allah SWT.









Peringatan jelas kepada kerajaan ekoran rusuhan terbaru di Mesir

Krisis terbaru di Mesir semakin teruk memasuki hari yang kedua. Perusuh bertindak membaling batu ke arah pihak polis dengan tujuan menuntut pihak berkuasa mengumumkan segera tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat.

Dataran Tahrir sekali lagi menjadi medan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak polis anti rusuhan. Tindakan perusuh yang bertindak ganas di balas dengan tembakan peluru getah oleh pihak polis sehingga mencederakan ratusan penujuk perasaan. Malah perusuh juga berani bertindak ganas dengan membakar beberapa kenderaan polis yang berada di sekitar kawasan rusuhan.


Ini luahan salah seorang daripada perusuh..

"Kami hanya ada satu permintaan. Beberapa pemimpin perlu meletak jawatan dan jawatan tersebut diambil alih oleh orang awam," kata seorang penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang merujuk kepada pemerintah tentera Mesir yang merupakan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran Mubarak sebelum ini, Hussein Tantawi. Selebihnya BACA DISINI.

Dalam perkembangan lain seramai 10,000 lebih penuntut Malaysia yang berada di Mesir sudah meluahkan rasa kebimbangan ekoran perkembangan terbaru yang berlaku di negara itu. Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kedutaan Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di sini (Mesir) supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 pelajar Malaysia di Kaherah serta 1,400 di Mansoura. BACA DISINI.

PERUSUH MEMBALING BOM ASAP KE ARAH POLIS

Apa yang menarik perhatian saya, sekiranya situasi ini terus berlarutan sepertimana yang berlaku semasa era revolusi kejatuhan Hosni Mubarak beberapa bulan yang lepas, bagaimana nasib pelajar-pelajar kita di sana?

Mungkin tuan-tuan masih ingat, semasa rusuhan untuk mendesak Hosni Mubarak berundur yang akhirnya berjaya digulingkan, Kerajaan Malaysia pimpinan Najib begitu prihatin untuk menyediakan pengangkutan membawa balik pelajar ke tanahair. Akhirnya semua pelajar kita terselamat dari ancaman perusuh yang ganas ketika itu.

Namun, apa yang menyedihkan ketika pasca revolusi Mesir, banyak suara-suara sumbang dari kalangan pemimpin pembangkang yang seolah-olah mempertikaikan bantuan yang dihulur oleh pihak kerajaan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan ketika itu bagi tujuan kepentingan politik kotor pembangkang.

Justeru itu, kejadian rusuhan kali kedua yang berlaku di Mesir kali ini perlu menjadi iktibar kepada kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan kepada pelajar Malaysia di Mesir. Apa salahnya kita berpegang seketika kepada peribahasa yang mengatakan ' Ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Buat pilihan yang tepat untuk menyalurkan bantuan dan PASTIKAN PELAJAR-PELAJAR YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG PEMIMPIN 'HARDCORE' PAS TIDAK DILAYAN SUPAYA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA SEMUA SATU HARI NANTI...

Apa yang berlaku di Mesir dan negara Timur Tengah yang lain merupakan satu impian Anwar untuk di terjermahkan di negara kita. Pelbagai strategi diatur dibantu oleh panglima-panglima perang Anwar yang sebenarnya bukan panglima akhirnya menemui kegagalan. Episod demi episod yang cuba dicanang oleh Anwar  dianggap oleh rakyat sebagai langkah yang tidak bertamadun dan tidak menepati cara hidup yang selama ini berpegang kepada lunas undang-undang.

Begitu juga dengan Mat Sabu yang kita sedia maklum boleh dianggap pemimpin kumpulan radikal dari parti PAS yang menanam cita-cita hampir sama dengan Anwar. Namun, disebabkan berbeza idealogi politik, serta diselubungi sentimen peribadi (masing-masing ada syak wasangka), Mat Sabu juga tidak mampu untuk merealisasikan cita-citanya. Rakyat Malaysia secara majoritinya masih berakal dan waras untuk menolak cara perjuangan Mat Sabu yang dianggap radikal.

Akhirnya Malaysia sehingga hari ini masih dalam kategori selamat untuk menerima nasib yang sama sepertimana yang berlaku di negara Timur Tengah. Idea daripada kedua-dua pemimpin pembangkang ini bertujuan untuk menggerakkan kumpulan 'reformasi baru' ditolak secara total oleh rakyat yang masih cintakan keamanan.

Pun begitu tidak mustahil satu hari nanti hasrat mereka akan terlaksana jika kerajaan tidak berhati-hati dan terlalu memberi muka khususnya dalam soal yang melibatkan keselematan negara. Justeru, apa yang dipaparkan ini mudah mudahan menjadi isyarat jelas kepada pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah proaktif menolak mana-mana cadangan untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan huru hara sama seperti di Timur Tengah.

Pelik! pengecut dan penakut yang menang pingat emas

Percaya atau tidak tuan-tuan tengok sendiri aksi pesilat Indonesia yang hanya berlari ke sana ke mari dalam gelanggang dan ada ketikanya bersembunyi dibelakang pengadil dalam acara akhir ketika menentang pasukan Thailand bagi acara silat kategori bawah 50kg. Tetapi aksi seolah-olah 'seekor ayam laga' yang sudah kalah sebelum bertarung digelanggang itu mencetuskan kontroversi apabila 'pengecut' dikira sebagai pemenang pingat emas dalam acara itu.

Sememangnya temasya sukan SEA edisi ke-26 yang berlansung di Palembang, Indonesia tahun ini amat memalukan dengan pelbagai isu dan kontroversi. Tengok video di bawah sudah jelas, temasya kali ini begitu 'jelek' dan memalukan tuan rumah.

Saturday, 5 November 2011

Baru berusia 3 tahun tetapi memiliki tahap IQ setaraf dengan Bill Gates

Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun KARINA Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.


Bahkan , tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah

Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.

- SUMBER

Wednesday, 2 November 2011

Tradisi yang bukan-bukan di India

Kesian bila tengok gambar ni kononnya dapat mengubati penyakit setelah si bapa memijak leher dan perut anak menggunakan kedua-dua belah kaki. Tradisi kuno berusia 500 tahun ini sebenarnya masih diamalkan di India sehingga hari ini dan amat malang ritual yang tidak masuk akal seperti ini menyebabkan ada sesetengah daripada kanak-kanak meninggal dunia.

Kesian bila tengok memek muka kanak-kanak yang dipijak bapanya sendiri yang memberi gambaran seribu makna kesakitan. - AFP

Saturday, 29 October 2011

Cacing dalam mata berukuran 12 sentimeter

Rasa sakit dan tidak selesa pada mata akhirnya terjawab apabila pemeriksaan oleh doktor mendapati mata pesakit berkenaan diselaputi seekor cacing sepanjang 12 sentimeter. Cacing itu berjaya dikeluarkan di sebuah hospital di Thiruvananthapuram, India.




Menurut pesakit, rasa kegatalan dan berair pada mata dirasai dalam tempoh seminggu dan berdasarkan kajian, cacing yang berjaya dikeluarkan berdiameter 45 milimeter. Cacing ini disebarkan melalui darah setelah digigit oleh nyamuk khususnya jenis Aedes, Anopheles, Culex dan serangga terbang lain setelah berada didalam tubuh, telur cacing tadi menjadi larva dan berkembang menjadi cacing yang mampu untuk hidup dalam cairan tubuh seperti saluran darah bahkan cecair tulang belakang, air kencing dan apa saja yang mengalir. Inilah proses bagaimana nyamuk menyebarkan cacing didalam tubuh manusia

- Sumber

Tuesday, 25 October 2011

Asyik berasmara sampai tak perasaan punggung beralaskan api gas

Sekadar berkongsi cerita supaya takla tension sangat asyik fikir pasal politik je kan. Kisah rumah tangga ni macam-macam tapi yang berlaku ni pada orang putih. Kalau nak lepas gian sekalipun carila tempat yang ok sikit dan selamat. Apa yang berlaku memang nak tergelak sebab dalam dok happy 'kissing' tak semena-mena punggung berlapikan dapur gas yang tengah menyala..Huuuhuu.

Gambar dan video kejadian gempa di Turki

Pasukan penyelamat pada Isnin meneruskan usaha mencari mangsa gempa bumi dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 217 mangsa di timur Turki dengan ramai lagi yang dijangka masih terperangkap dalam runtuhan banggunan.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan bergegas ke wilayah Van di mana berlakunya gempa bumi berukuran 7.2 magnitud pada Isnin dan memberi maran bahawa jumlah korban mungkin meningkat dengan lebih banyak mangsa dijumpai dalam banggunan yang telah runtuh. Baca selanjutnya DISINI.


Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata 100 orang telah meninggal dunia di bandar Van, 117 di daerah Ercis dengan 1,090 yang lain tercedera dalam bencana gempa bumi yang terburuk di negara ni dalam beberapa tahun.


Monday, 24 October 2011

Surat wasiat Muammar Gadaffi sebelum dibunuh pemberontak

Adakah anda semua tahu bahawa bekas Presiden Libya yang mati dibunuh telah meniggalkan satu surat wasiat. Surat itu telah diserahkan kepada kaum kerabatnya (anak lelaki) walaupun ada diantara anaknya turut mati dibunuh pejuang pemberontak. Surat ini telah didedahkan oleh seorang penulis dari berita Seven Days News.


Berikut adalah isi kandungan surat wasiat Gadaffi yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

"Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.

Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.

Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Liba harus melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, serta rasa terhormat dan kepahlawannya.

Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk meneruskan perjuangan dan melawan kuasa asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.

Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita boleh saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan balasan kehidupan pribadi yang aman dan kukuh.
Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.

Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya." - BBC

Muammar Gadaffi di tembak pemuda 17 tahun

TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang anti pemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam. Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.

Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.

Pistol Gadaffi yang dirampas oleh pemuda 17 tahun 

Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.

“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.

“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.

“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.

“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.

Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun. – Agensi

Sunday, 23 October 2011

Manchester United terpaksa berputih mata malam ini

Macam tak percaya bila tengok game antara Manchester United VS Manchester City yang baru saja selesai. MU terpaksa berputih mata setelah dimalukan di laman sendiri 1-6 kepada MC dalam perlawanan yang begitu menarik.

Banyak gerakan-gerakan menarik dilakukan oleh pemain MU pada separuh masa kedua tetapi tidak berjaya menghasilkan gol dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh MC untuk menggandakan asakan bertali arus sehingga berjaya menghasilakn 5 gol pada separuh masa kedua.


Keadaan fizikal dan perbuatan seakan 'kera'

Samada sumpahan atau tidak itu semua ungkapan yang hanya digelar oleh manusia. Yang pasti, Allah SWT yang lebih berkuasa dan maha mengetahui di atas segala kejadian dan perbuatan seseorang. Inilah yang boleh dikaitkan dengan nasib malang seorang kanak-kanak kawasan Bone Bolango, Gorongtolo Indonsesia yang dilahirkan dalam keadaan fizikal dan perbuatan seakan kera.

Mengikut apa yang diceritakan oleh nenek kepada kanak-kanak malang itu, apa yang berlaku mungkin satu sumpahan kerana sewaktu mengandung, ibunya sentiasa mengidam ingin memakan buah-buahan. Namun, satu ketika bila suaminya tidak mahu memenuhi permintaan itu, ibunya terus menyumpah anak dalam kandungan di mana menyamakan anak dalam kandungan sama seperti kera.


Saksikan video di bawah...

Lepas bunuh masak daging suami sendiri

Santa Ana – Seorang wanita sanggup membunuh dan mencincang suami yang baru dikahwini yang kemudian memasak daging suami yang dibunuh. Ekoran itu, wanita berkenaan dikenakan hukuman pejara berpuluh tahun dan baru saja dibebaskan.


Omaima Nelson, merupakan seorang model dan pengasuh anak yang berasal dari Mesir. Pembebasan Omaima diberikan secara besyarat oleh kerajaan Amerika di sebelum ini meringkup penjara LSM Central California Women, Chowchilla, AS.

Bahkan Omaima dituduh membunuh suaminya yang berusia 56 tahun, William Nelson, secara kejam sehingga polis membuat perbandingan perbuatan itu dengan tokoh pembunuh keji, Hannibal Lecter. Waktu itu, Omaima baru saja berusia 23 tahun.

Berdasarkan siasatan pihak Polis, punca pembunuhan disebabkan keinginan Omaima menakluki harta yang dimiliki suaminya. Setelah dibunuh, mayat suaminya telah dikerat beberapa bahagian sebeluum dikisar menggunakan mesin pembersih sampah dan waktu itu baru segenap sebulan mereka melangsungkan perkahwinan.

- The Washington Post

Saturday, 22 October 2011

Mempunyai 39 isteri dan tinggal sebumbung dalam satu rumah

Ungkapan unik dan luar biasa boleh kita katakan kepada seorang lelaki bernama Ziona Ghana yang tinggal di Baktawng, India kerana mempunyai 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu dan 33 orang cucu. Menariknya, kesemua 39 isteri Ziona tinggal sebumbung bersama anak menantu serta cucu di sebuah rumah yang seakan-akan sama dengan bangunan hotel.

Isteri yang paling tua diberi tanggungjawab oleh Ziona untuk mendisiplinkan isteri-isteri yang lebih muda manakala anak-anak pula menjalani persekolahan yang didirikan mereka sendiri berhampiran dengan rumah berkenaan. Bagi menyara keluarga yang besar, Ziona turut memiliki ladang penternakan babi serta menjalankan aktviti bercucuk tanam di sekitar rumah.

Ziona bersama 39 isterinya

Rumah Ziona yang menempatkan keluarga dalam satu bumbung

Bersama isteri, anak menantu dan cucu

Kata Ziona, secara purata untuk menyediakan makan malam bagi semua ahli keluarga, mereka terpaksa menyediakan 30 ekor ayam,132lb kentang dan 220lb beras setiap hari bagi jamuan makan malam. Sementara itu, setiap daripada isteri Ziona akan begilir-gilir melakukan kerja rumah seperti memasak dan mengemas laman rumah.

Dia yang berkahwin dengan sepuluh wanita dalam satu tahun,memiliki katil yang dua kali ganda lebih besar bagi memudahkannya bersama isteri,bilik isteri paling muda, Rikmini,35 tahun adalah yang paling dekat dan isteri-isterinya akan bergilir-gilir melawat Ziona. - Reuters

Friday, 21 October 2011

Benarkah Muammar Gadaff telah dibunuh tentera pemberontak

Berikut dipaparkan video dakwaan Presiden Muammar Gadafi telah dibunuh oleh tentera pemberontak setelah berjaya ditangkap ditempat persembunyian di kawasan kelahiran Gadaffi. Ketika itu, Gadaffi dikatakan dalam perjalanan melarikan diri ke sempadan Tunisia. Namun, video ini belum disahkan samada benar yang dibunuh itu Muamar Gadafi atau sebaliknya.

Wednesday, 19 October 2011

Wanita nekad terjun bangunan dalam keadaan berbogel

Jika di Malaysia, kejadian pasangan yang melakukan aktiviti tidak bermoral di hotel-hotel bertindak terjun dari bangunan selalu kita dengar namun siapa sangka kejadian yang serupa turut berlaku di negara China.

Tambahan pula, tindakan terjun dari bangunan ini bukan dilakukan oleh pasangan lelaki tetapi ianya dilakukan oleh wanita. Kecurangan si lelaki dikatakan telah dihidu oleh isterinya dan mengambil keputusan untuk pergi ke hotel tempat di mana pasangan itu sering melakukan 'hubungan asmara'.


Ketika kejadian, si lelaki tidak berada di dalam bilik berkenaan dan hanya wanita itu berseorangan dalam keadaan berbogel. Akibat terkejut dengan kehadiran isteri kekasih gelap, wanita itu bergegas ke tepi tingkap dan nekad terjun ke bawah dari bangunan dua tingkat.

Wanita itu bernasib baik kerana waktu itu, kekasih gelapnya menaiki teksi dan terus membawa wanita itu ke tempat yang tidak diketahui. - AFP

P/S : TERINGAT KISAH ANWAR DENGAN CINA DOLL....




Monday, 17 October 2011

Kejam :Tembak mati isteri, tiga anak dan pembantu rumah

MANILA: Seorang lelaki menembak mati isteri, tiga anak perempuan dan pembantu rumah mereka sebelum membunuh diri. Polis berkata, lelaki itu, Emmanuel Ponce bergaduh besar dengan isterinya, Melinda pada awal pagi hingga menyebabkan dia bertindak demikian di kediaman mereka di Talisay, sebuah daerah sepi di tengah Filipina.

Selepas menembak isterinya, Ponce membunuh tiga anak perempuan mereka berusia 18 hingga 26 tahun. Dia bagaimanapun tidak membunuh anak bongsu mereka berusia 14 tahun.
Pembantu rumah keluarga itu bagaimanapun turut menjadi mangsa.

Polis berkata, mereka belum dapat mengenalpasti punca pertengkaran suami isteri itu hingga membawa kepada Ponce bertindak melakukan kekejaman itu. Mereka menyifatkan kejadian itu sebagai antara yang mengejutkan, membabitkan anggota sebuah keluarga di kawasan yang aman di tengah negara itu.

- AFP

Mayat turut menjadi mangsa perkosaan

Seorang pekerja rumah mayat yang dipenjarakan kerana mengadakan seks dengan mayat yang hendak dibedahsiasat, dikenakan satu lagi hukuman penjara kerana dua lagi kesalahan memperkosa mayat.

Seorang hakim semalam mengenakan hukuman penjara tiga tahun terhadap Kenneth Douglas, 56.Lelaki itu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memperkosa mayat dua wanita mangsa bunuh pada 1991.

Akhbar Cincinnati Enquirer melaporkan, Douglas akan menjalani hukuman itu selepas hukuman penjara tiga tahunnya kerana mengadakan seks dengan mayat wanita pada 1982 berakhir.

Sumber : AP

Friday, 7 October 2011

Umur tidak sampai 10 tahun terkejut melihat aksi seks di internet

Mungkin kali pertama melihat video seks, sampai ternganga mulut seorang budak yang berumur tidak sampai 10 tahun di sebuah cybercafe. Gelagat ini mungkin dirakam oleh pemilik cybercafe dan suasana itu menyebabkan pelanggan lain hanya gelak ketawa.

Itulah bahana dunia IT yang kadangkala menyebabkan penyalagunaan tanpa batasan umur.

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.