"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Dato Seri Najib. Show all posts
Showing posts with label Dato Seri Najib. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Sambutan luar biasa sempena kehadiran PM di Sitiawan Perak

Kehadiran lebih daripada 50 ribu hadirin sempena sambutan rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 peringkat nasinal yang diadakan pada malam tadi di Sitiawan sudah cukup untuk membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya di Negeri Perak 'menyampah' dengan penipuan pakatan pembangkang selama ini. Kehadiran YAB Perdana Menteri bersama isteri serta beberapa menteri kanan dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN sememangnya ditunggu-tunggu warga Sitiawan dan sekitar Seri Manjung yang selama ini 'dimomokkan' dengan cerita dongeng pihak pembangkang melalui siri ceramah Pakatan Rakyat.












Friday, 29 July 2011

Mesej jelas PM kepada rakyat Kedah..!

Menggunakan loghat Kedah, Perdana Menteri membayangkan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan bagi memiliki kerajaan negeri yang mampu melaksanakan kehendak rakyat. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat gesaan itu ketika melakukan lawatan sehari ke negeri jelapang padi itu.


Lontaran itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Majlis Kenduri Rakyat bersama hampir 15 ribu orang di Guar Cempedak, Yan. Rakyat Kedah katanya memilih pembangkang pada pilihanraya umum lalu untuk melihat perubahan.

Selepas tiga tahun, kini rakyat perlu menilai sama ada perubahan benar-benar mengambil tempat. Katanya, tidak bermakna jika keputusan itu hanya membawa perubahan parti dan pemimpin. Tetapi yang lebih penting, pengisian pelaksanaan yang mampu dijana di seluruh negeri. Apabila rakyat gagal menghidu angin perubahan, maka keputusan tepat perlu dilakukan pada peluang berikutnya.

DATUK SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

Maka kita ada kesempatan untuk lakukan sekali lagi perubahan di bumi Kedah ini untuk kembalikan perubahan itu. Yang lebih penting pelaksanaan. Jadi hampa, ha Kedah panggil hampa kena la pikiaq balik pikiaq balik siapa yang boleh bagi perubahan itu jadi berilah sokongan bulat dan padu kepada BN.

Sumbangan Barisan Nasional dalam membangunkan negara sejak merdeka membuktikan BN mempunyai potensi memajukan negeri Kedah sejajar dengan pelan transformasi kerajaan pusat.

Justeru, Datuk Seri Najib mengingatkan rakyat Kedah melakukan pilihan yang tepat untuk menetapkan arus pembangunan negeri pada pilihanraya umum akan datang.

Thursday, 28 April 2011

Lawatan PM Ke Terengganu Pada 30 April 2011..!


Selamat Datang Perdana Menteri 1 Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Ke Negeri Terengganu Darul Iman.
Negeri Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.

Pada 30 April 2011.

Antara tempat yang akan dikunjungi oleh DS Najib iaitu di pekan bt.6 Kuala Terengganu di mana akan melakukan tinjauan mesra (walkabout) untuk mendengar rintihan rakyat dan peniaga di pasar bt.6 yang sememangnya cukup terkenal di bandar itu.

Sunday, 24 April 2011

PM Hargai Kritikan Semua Pihak Termasuk Pembangkang..!

DS Najib menyifatkan kritikan yang dilemparkan oleh bloggers terhadap barisan kepimpinannya adalah perkara biasa malah kerajaan akan mengambil kira kritikan berkenaan sekiranya ianya memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya...

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting berdasarkan rasa saling menghormati. Kami tidak mungkin bersetuju sepanjang masa, tetapi kita tidak boleh dalam masa yang sama ada perkara-perkara yang tidak akan menyenangkan sesetengah pihak.

"Yang penting bagi kami adalah pandangan contructive yang dikemukakan oleh bloggers dapat membina Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik bagi kita semua," katanya dalam ucapannya di Persidangan First Malaysia-ASEAN Regional Blogger.

Saturday, 16 April 2011

PM : Waspada Kumpulan Yang Menyalakan Sentimen Perkauman..!

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat India harus berwaspada terhadap kumpulan-kumpulan sentiasa berusaha untuk menjadi jaguh dengan menggunakan media internet seperti Facebook bagi mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

"Katanya, kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memanfaatkan isu dan menjadi jaguh untuk satu atau dua hari. Kita harus mengambil pendekatan rasional untuk mencari penyelesaian secara positif bagi memenangi hati semua pihak," katanya pada majlis perayaan Tahun Baru India di Seri Kembangan malam tadi.


Perdana Menteri berkata adalah tugas kerajaan untuk menyempurnakan impian 28 juta Malaysia supaya menjadi kenyataan.

lebih kurang 12,000 masyarakat Indian turut hadir bersama-sama Dato Seri Najib ketika melancarkan 'Astro Community Buletin, anjuran bersama antara kerajaan, MIC dan Astro.

Majlis ini disiarkan secara langsung melalui saluran Vaanavil Astro dan 201 serta 222. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Najib juga berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang lebih efektif dalam mengatasi masalah serta memahami aspirasi masyarakat.

BERNAMA.
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.