KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat India harus berwaspada terhadap kumpulan-kumpulan sentiasa berusaha untuk menjadi jaguh dengan menggunakan media internet seperti Facebook bagi mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.
"Katanya, kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memanfaatkan isu dan menjadi jaguh untuk satu atau dua hari. Kita harus mengambil pendekatan rasional untuk mencari penyelesaian secara positif bagi memenangi hati semua pihak," katanya pada majlis perayaan Tahun Baru India di Seri Kembangan malam tadi.
Perdana Menteri berkata adalah tugas kerajaan untuk menyempurnakan impian 28 juta Malaysia supaya menjadi kenyataan.
lebih kurang 12,000 masyarakat Indian turut hadir bersama-sama Dato Seri Najib ketika melancarkan 'Astro Community Buletin, anjuran bersama antara kerajaan, MIC dan Astro.
Majlis ini disiarkan secara langsung melalui saluran Vaanavil Astro dan 201 serta 222. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.
Najib juga berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang lebih efektif dalam mengatasi masalah serta memahami aspirasi masyarakat.
BERNAMA.
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Saturday, 16 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment