"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, 20 February 2012

Himpunan NGO Desak Kerajaan Kelantan serah pengurusan air pada SPAN

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan gabungan beberapa NGO lain akan mengadakan satu perhimpunan aman Sabtu ini bagi melancarkan gerakan mengumpul tandatangan sejuta rakyat mendesak kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Presidennya, Azmi Ali berkata, perhimpunan tersebut adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 4 Januari lalu.

“Kali ini kita akan lancarkan gerakan itu (mengumpul sejuta tandatangan) ke semua jajahan terutamanya kawasan yang terlibat dengan masalah air sebelum menyerahnya kepada pimpinan kerajaan negeri dalam satu himpunan yang lebih besar di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri.


“Tindakan kita bukan berorientasikan politik tetapi berdasarkan aspirasi rakyat. Cukuplah untuk meletakkan rakyat negeri ini dalam kancah penderitaan, sudah lama kami bersabar berhubung masalah air ini,” katanya.

Katanya, Kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan isu rakyat terutama dalam masalah air sedangkan bantuan sebanyak RM600 juta bagi mengatasi masalah tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Pusat.

Beliau mendakwa, tindakan kerajan negeri yang terus berdiam diri daripada menerima cadangan kerajaan Pusat supaya Span mengambil alih urus tadbir air selepas mereka gagal menyelesaikan isu tersebut telah menjadi tanda tanya banyak pihak selain menggambarkan keangkuhan kerajaan itu yang tidak mahu menerima pendapat orang lain.

“Saya kira jika Span mengambil alih urusan ini, sudah lama masalah air akan selesai dan rakyat tidak terus terbelenggu dengan masalah ini,” katanya.

Pada 4 Januari lalu tiga NGO dikepalai MTRK menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Pas Kelantan menerima pelan cadangan Span untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Menerusi memorandum tersebut NGO berkenaan memberi tempoh dua bulan kepada kerajaan Pas Kelantan untuk menyelesaikannya kerana ia isu besar dan melibatkan kepentingan semua pihak terutama rakyat.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, perhimpunan yang bakal diadakan di padang berhampiran pusat beli belah Tesco dekat sini itu akan melibatkan 20 NGO negeri ini.

Beliau menjangkakan, 2,000 rakyat akan keluar pada hari tersebut bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang gagal melaksanakan amanah rakyat terutama dalam isu air walaupun telah diberi amanah sejak 21 tahun lalu.

Sumber : KKB

Sunday, 18 December 2011

Penyokong tegas PAS di Bachok menyertai UMNO

Seramai 120 penyokong Pas tegar di Kampung Beoh di sini berpaling tadah apabila mereka secara beramai-ramai keluar dari parti itu untuk menubuhkan cawangan Umno baru di kampung berkenaan, hari ini.

Borang penyertaan mereka diserahkan oleh ketua kumpulan itu Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk kampung berkenaan.


"Dulu saya menyokong Pas 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita hasrat itu tidak tercapai," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan kerana Pas ternyata gagal untuk melakukannya walaupun diberi peluang memerentah Kelantan hampir 22 tahun.

Mohd Nor berkata masih ramai lagi pengikutnya akan mengikuti jejaknya kerana inginkan perubahan yang mampu dilakukan oleh Umno.

Rakannya, Mohd Shafie Mohd Nor, 34, berkata beliau merasa kecewa kerana perjuangan Pas hanya lebih mementingkan kehidupan di akhirat dengan mengabaikan kehidupan di dunia.

"Kita mahukan kedua-duanya sebagaimana yang dituntut oleh Islam," kata Shafie yang sebelum ini menyertai Pas lebih 10 tahun lepas.

Sementara itu Dr Awang berkata, pihaknya gembira kubu kuat Pas sebelumnya telah dapat ditembusi hasil kerja keras anggota Umno menerusi gerakan gelombang merah.

Beliau berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang akan diberi nama cawangan Umno Redang untuk menjadikan jumlahnya ke 151 cawangan dalam Umno Bahagian Bachok.

Katanya selain itu pihaknya juga sedang memproses sembilan lagi permohonan untuk menubuhkan cawangan baru Umno yang akan disertai 1,300 anggota sebahagian besarnya anggota Pas.

--KELATEKITO.NET

Friday, 2 December 2011

Nik Aziz layak digelar sebagai nabi dikalangan PAS

Macam-macam cerita pasal pembangkang dalam sehari dua ni yang boleh dikira agak menarik untuk dikongsi. Mulanya mungkin pembangkang merasakan tindakan itu memberi kelebihan kepada mereka tetapi apakan daya akhirnya tertelan air liur sendiri.

Paling teruk hingga ada dikalangan penceramah PAS yang berani menjulang Nik Aziz setaraf dengan nabi. Riak! takbur! sombong itulah istilah yang sesuai diberikan kepada penceramah muda PAS yang hanya bercakap mengikut hawa nafsu tanpa berdaarkan nas-nas serta dalil.

Jika benar Nik Aziz setaraf nabi kenapa sampai sekarang Nik Aziz hanya diberi geralan Mursidul Am yang belum tentu lagi 'Mursyid' dan tidak menggelarkannya sebagai Nabi Nik Abdul Aziz Nik Mat???. Apa lagi perkataan yang sesuai untuk saya gelarkan penceramah muda ini selain daripada penceramah bertaraf sesat lagi menyesatkan.

Sunday, 20 November 2011

Ahli PAS menyokong UMNO secara 'senyap'

Siapa sangka program Forum Perdana yang membahaskan mengenai Undang-Undang Syariah anjuran Urusetia Penerangan UMNO Negeri Kelantan yang berlangsung dua hari yang lepas di Kota Bharu mendapat sambutan yang baik dikalangan hadirin. Senario ini jelas sekali menyaksikan satu titik perubahan kepada rakyat Kelantan kerana sebelum ini kebiasaanya sambutan yang seumpamanya dilihat begitu terpinggir oleh rakyat Kelantan. Kehadiran melebihi angka 200 orang sudah cukup untuk membuktikan sokongan rakyat mula kembali kepada UMNO jika dibandingkan dengan angka 70-90 orang sebelumnya.


Lebih menarik program ini dihadiri majoriti peserta yang berkopiah, serban, jubah dan berkain pelikat dan ada sebilangannya masih menjadi ahli PAS. Sekali pandang majlis tersebut seolah-olah anjuran Pas yang dihadiri penyokong-penyokong setianya terdiri dari muslimin dan muslimah. Salah seorang daripada mereka (ahli PAS) tidak mengaku bahawa dia ahli PAS tetapi setelah diselidiki, ternyata yang hadir ramai dikalangan ahli-ahli PAS.

Dakwa salah seorang yang tidak mahu 'dikenali' kehadiran di program anjuran UMNO kali ini disebabkan kerelaan dirinya sendiri dan mengaku terpaksa mengubah arah selepas rasa keliru dengan fahaman parti pembangkang itu yang didakwanya semakin bercelaru sejak kebelakangan ini. Yang nyata sejak bersekongkol dengan PKR dan DAP seolah-olah PAS sanggup menggadai prinsip sendiri dan ini semua sudah diketahui oleh rakyat Kelantan.

Tambahnya lagi, perasaan takut untuk menyertai UMNO langsung tidak ada tetapi buat masa ini terpaksa menjaga hubungan sebab beliau cukup masak dengan tohmahan dikalangan pemimpin-pemimpin Pas. Bahkan, jika dilihat kepada hubungan PAS DAP dan PKR hari ini, rakyat Kelantan seharusnya melakukan perubahan besar kepada kepimpinan kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, turut mengaku bahawa ramai dikalangan rakan-rakannya yang merupakan penyokong PAS telah beralih arah menyokong UMNO tetapi sengaja tidak mengisytiharkannya.

Friday, 18 November 2011

Nik Aziz : Melayu dipinggir sebaliknya Cina dibela

Jika Melayu atau lebih sinonim sebagai musuh ketat PAS iaitu UMNO mengangkat keris dianggap pemikir politik sempit, sebaliknya jika DAP menolak Hudud dan Islam PAS 'mengiyakan' sahaja. Tambah malang apabila Nik Aziz sendiri menyifatkan perbuatan semumpama itu sebagai tidak bertamadun.

Disini kita dapat lihat siapa yang paling dibela oleh Nik Aziz samada Melayu atau Cina. Jawapannya sudah tentu Nik Aziz lebih memihak kepada Cina khususnya rakan pakatan mereka DAP. Jika sebelum ini PAS merasa gusar apabila Dewan Himpunan Cina Kelantan menolak Hudud yang ingin dilaksanakan PAS sehingga mengugut untuk tidak lagi menyokong PAS, mereka segera mencari altenatif untuk memujuk kembali Cina Kelantan supaya menyokong parti PAS.

Baru-baru ini, Nik Aziz telah mengeluarkan arahan kepada mana-mana Cina dan pertubuhan Cina di Negeri Kelantan termasuk penganut Budha bahawa mereka boleh mendirikan bangunan ibadat sesuka hati mereka di Kelantan mengikut cara dan adat resam masing-masing. Alasannya Islam tidak melarang jika kita berbuat demikian.

Bahkan Nik Aziz turut merasa bangga dengan bangsa Cina kerana banyak budaya yang diamalkan oleh bangsa-bangsa Melayu sebenarnya diambil dari kaum Cina. Memang benarlah, jika sebelum ini Nik Aziz sebenarnya tidak 'bangga menjadi melayu'

Sikap Nik Aziz yang sanggup menggadaikan agama dan bangsa sendiri semata-mata ingin 'membeli undi' Cina telah mengundang perasaan kurang senang terutama dari kalangan peniaga Melayu di kawasan bandar Kota Bharu.

Katanya, PAS kini tidak seperti dulu yang benar-benar menjaga kepentingan orang Melayu dan mereka lebih mengutamakan kaum Cina di Kelantan. Peniaga-peniaga Cina banyak diberi keistimewaan berbanding dengan peniaga Melayu dan ini mungkin disebabkan PAS terdesak untuk mendapatkan undi bagi memenangi pilihanraya.

Monday, 14 November 2011

PAS malu besar bila Sultan Muhamad V memberi teguran

Jika sebelum ini PAS Kelantan selalu beranggapan bahawa Sultan Muhamad V sentiasa menyebelahi mereka dalam apa juga keadaan ternyata meleset. Ungkapan sedemikian sebenarnya indah khabar dari rupa kerana hakikatnya pimpinan Kerajaan PAS Kelantan selalu 'ditegur' oleh Sultan Muhammad V.

Terbaru, semasa dalam Majlis Pengurniaan Penghormatan Kerajaan Negeri yang berlansung di istana negeri semalam, Sultan Muhammad V telah menegur cara Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan sehingga mengalami pengingkatan defisit dalam Bajet 2012. Titah baginda, Kerajaan Negeri Kelantan seharusnya lebih berhemah dalam mengatur perbelanjaan supaya tidak mengalami kekangan defisit yang boleh memberi kesan kepada kelansungan ekonomi negeri Kelantan.


“Suka beta menarik perhatian dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah mengurangkan defisit perbelanjaan perlu diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara,” titah baginda.

Selain itu baginda bertitah, bagi mengurangkan belanjawan defisit, Kerajaan Negeri harus mengambil pendekatan dengan mengutamakan perbelanjaan mengikut keperluan sebenar dalam meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu Kerajaan Pas Kelantan membentang Bajet 2012 dengan menyaksikan peningkatan defisit kepada RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta dalam Bajet 2011.

Dalam masa yang sama Sultan Muhammad V berharap Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Sultan Kelantan turut berharap sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari dengan menerokai pertanian agronomik.

Baginda turut menyentuh pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlu dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Bahkan, Kerajaan negeri perlu merujuk kepada pakar-pakar ekonomi dan mengenepikan fahaman politik supaya survival masyarakat Melayu di negeri itu berada pada tahap sama seperti masyarakat di negeri lain yang lebih maju.

Thursday, 10 November 2011

Isu air Kelantan : Apa yang tidak didedahkan oleh pemimpin PAS

Apabila isu perkhidmatan air di Negeri Kelantan menjadpi topik hangat perbualan sebelum ini, kita tidak didedahkan mengenai cerita sebenar disebalik apa yang berlaku. Kerajaan Negeri bijak menutup kelemahan diri mereka dengan pelbagai alasan kononnya tidak berlaku masalah sepertimana yang didedahkan.

Cerita terbaru mengenai pendedahan seorang individu yang ada kaitan dengan pimpinan PAS Negeri Kelantan mendakwa wujud 'campurtangan' pemimpin PAS Negeri Kelantan dalam Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Bagi mengetahui lanjut apa yang didedahkan, mari kita baca apa yang ditulis oleh saudara Rahman Iskandar..


KONFLIK DALAMAN AKSB: TEMPIAS KEPADA PENGGUNA BEKALAN AIR

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran kerajaan PAS Negeri Kelantan.

Sejarah konflik dalaman telah bermula sejak tahun 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte Ltd, dan dikenali sebagai Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa tersebut, diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

1999, bermula episod baru di mana kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama penamatan Thames Water Pte Ltd sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi yang baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn Bhd sehingga kini.

Pada akhir 2005, terdapat ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada masa tersebut, yang dikenali amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya, di mana pada akhir 2007, beliau telah diarah untuk meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan sebuah konglemerat, iaitu dari PLUS Highway Bhd sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman beliau dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa, dalam menjadikan beliau sebagai kuda tunggangan demi mencapai cita-cita peribadi masing-masing. Pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarah beliau untuk mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru, di mana pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing. Kecetekan pengalaman dan sifat ‘yes man’ kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan :

1) Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM 11 juta, untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada tahun 2012 nanti bagi menampung kerugian tersebut.

2) Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

3) Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

4) Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

5) Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

6) Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

7) Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat.

8) Hutang tertunggak dianggarkan RM 12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini, mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.

9) Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

10) “Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027”…itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011 …. untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB. Jadi, fikir-fikirkanlah.

- Terompah Besi

Tuesday, 8 November 2011

PAS terpaksa 'haramkan' kuliah Azhar Idrus di Kelantan

Siapa yang tidak kenal dengan Azhar Idrus seorang pendakwah bebas (pro PAS) yang sentiasa menjadi buah mulut dikalangan ahli PAS jika menyampaikan kuliahnya. Disebabkan populariti Azhar Idrus yang sentiasa menjadi tumpuan hadirin ketika berceramah, sambutan yang diberi amat menggalakkan. Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan melalu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengeluarkan arahan bertulis melarang Azhar Idrus daripada menyampaikan ceramah di mana-mana tempat di negeri itu.

Alasan yang diberikan oleh MAIK, bahawa ada sesetengah pemimpin kanan PAS Kelantan merasa bimbang populariti Nik Aziz akan jatuh disebabkan ramai yang suka cara Azhar Idrus dalam menyampaikan kuliah agama. Tambahan pula, dalam suasana parti itu untuk menghadapi pilihanraya Umum tidak lama lagi.


"Setiap kali Ustaz Azhar buat ceramah kereta pasti padat, orang ramai, jumlah itu berkurangan berbanding Nik Aziz. Inilah perkara sebenar yang dirisaukan oleh Pas Kelantan.

"Mereka takut populariti Nik Aziz jatuh. Malahan perkara itu telah dimaklumkan kepada pegawai ustaz Azhar mengenai perkara itu sebelum ini".

Tetapi yang hairannya Bekas mufti Perlis Prof Mohd Asri Zainal Abidin dapat berceramah di Kelantan biarpun tidak mendapat tauliah di Kelantan.

"Maik tidak pernah keluarkan tauliah kepada Mohd Asri, tetapi boleh berceramah tetapi tidak Ustaz Azhar, semuanya angkara politik dan populariti,".

Malahan pemimpin Pas Kelantan bimbang dengan pengaruh ustaz Azhar yang tidak bersetuju dengan fahaman Al-Wahabi yang banyak diamalkan oleh pemimpin kanan Pas Kelantan dan ia juga memberi gambaran negatif kepada Pas dalam pilihan raya umum kelak.

Monday, 31 October 2011

Hj Hadi menjadi dalang kejatuhan PAS di Kelantan PRU-13

Penguasaan Pas di Kelantan mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengikut analisa yang dibuat penganalisis politik, Prof. Ulung Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin, Hj Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh singkat untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.


Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Hj Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang.

Sebelum ini terdapat pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah bahawa hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif. Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

Malah Pas telah gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka yakni DAP dan situasi ini nyata tidak disukai oleh majoriti ahli parti meskipun terpaksa berdiam diri.

Sunday, 30 October 2011

Masyarakat India di Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan PAS

Tidak terkejut jika saya katakan bahawa sokongan masyarakat India di Negeri Kelantan khususnya di kawasan Kota Bharu sudah mula kembali menyokong dasar kerajaan. Apatah lagi dalam suasana kepimpinan Kerajaan Negeri pimpinan PAS yang mula diragui oleh masyarakat bukan Islam.

Dasar yang dibawa oleh Najib begitu diterima oleh masyarakat India di negeri itu terutama pelan transformasi yang tidak meminggirkan kaum India dalam pengagihan peruntukan. Perkara ini tidak berlaku dalam kerajaan negeri di mana sikap memilih bulu dan kroni masih menjadi perbualan dan topik hangat dikalangan masyarakat India khususnya para peniaga di Kota Bharu.


Perkara ini diluahkan oleh Ketua MIC Kota Bharu,  yang menyifatkan masyarakt India terpaksa bertahan selama 20 tahun di bawah pemerintahan PAS. Banyak kisah duka masyarakat India di Kota Bharu yang tidak dihebahkan dan kali ini sebilangan besar kaum India sudah kecewa dengan pentadbiran Kerajaan PAS.

Walaupun kaum India cuma golongan minoriti, tetapi, realiti sebagai rakyat mereka tidak terkecuali untuk menikmati apa jua perubahan atau kemajuan. Dengan kata lain mereka juga perlu diberi pembelaan.

Masyarakat India sebenarnya sudah lama mengamalkan prinsip hidup duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Justeru itu masyarakat ini perlukan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab dan bukan berada di bawah pemerintahan yang mementingkan kroni dan tidak berusaha menyelesaikan masalah rakyat semua kaum.


Saturday, 29 October 2011

Mufti Kelantan akui penguatkuasaan murtad amat lemah

Dalam keghairahan PAS yang sentiasa bertubi-tubi mencari kesalahan UMNO, akhirnya getah itu terkena kepada muka mereka. Soal Hudud yang dicanang oleh pemimpin mereka selama ini sudah basi dan tidak laku kerana isu ini memang sengaja diadakan untuk menutup kelemahan diri mereka sendiri. Bila bercerita pasal Hudud, rakyat sengaja tidak didedahkan dengan isu murtad yang paling pokok dan perlu ditangani dengan segera.


Perkara ini turut diakui oleh Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyifatkan kerajaan negeri gagal dalam merangka tindakan penguatkuasaan. Ekoran kelemahan sistem pengutkuasaan, undang-undang yang berkaitan dengan murtad di negeri itu tidak dapat dilaksanakan dengan seawajarnya.

Tambah beliau, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi ia tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi penguatkuasaannya. “Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini walaupun enakmen mengenainya telah lama wujud,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa enakmen mengenainya telah wujud sejak 1980 untuk mendakwa mereka yang melakukan kegiatan itu di Mahkamah Sivil.

Sebenarnya undang-undang berkitan murtad sudah lama wujud di negeri Kelantan tetapi disebabkan kes yang berkaitan tidak banyak menyebabkan undang-undang itu tidak dikaji dan dibiarkan. Sebagai contoh, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi ia tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi penguatkuasaannya.

Akhirnya Mufti Kelantan bersuara pasal masalah murtad

Dalam keghairahan PAS yang sentiasa bertubi-tubi mencari kesalahan UMNO, akhirnya getah itu terkena kepada muka mereka. Soal Hudud yang dicanang oleh pemimpin mereka selama ini sudah basi dan tidak laku kerana isu ini memang sengaja diadakan untuk menutup kelemahan diri mereka sendiri. Bila bercerita pasal Hudud, rakyat sengaja tidak didedahkan dengan isu murtad yang paling pokok dan perlu ditangani dengan segera.


Perkara ini turut diakui oleh Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyifatkan kerajaan negeri gagal dalam merangka tindakan penguatkuasaan. Ekoran kelemahan sistem pengutkuasaan, undang-undang yang berkaitan dengan murtad di negeri itu tidak dapat dilaksanakan dengan seawajarnya.

Tambah beliau, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi ia tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi penguatkuasaannya. “Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini walaupun enakmen mengenainya telah lama wujud,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa enakmen mengenainya telah wujud sejak 1980 untuk mendakwa mereka yang melakukan kegiatan itu di Mahkamah Sivil.

Sebenarnya undang-undang berkitan murtad sudah lama wujud di negeri Kelantan tetapi disebabkan kes yang berkaitan tidak banyak menyebabkan undang-undang itu tidak dikaji dan dibiarkan. Sebagai contoh, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi ia tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi penguatkuasaannya.





Monday, 24 October 2011

Selesai dulu masalah rakyat baru bercakap soal projek mega

Kalau betul-betul nak buat projek lebuh raya di negeri Kelantan memang bagus tapi adakah kerajaan negeri mampu melaksanakan projek besar sebegini? Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk membina sebuah lebuh raya sendiri melibatka laluan Kota Bharu - Kuala Krai bagi mengelakkan kesesakan di laluan itu khususnya menjelang musim perayaan.


Bahkan cadangan ini turut mendapat sokongan ketua pembangkang kerajaan negeri Datul Alwi Che Mat yang merupakan ADUN Ketereh. Tambahnya lagi, jangan pula nanti kerajaan negeri menggadaikan tanah yang terlibat kepada pihak swasta.

Katanya, tidak ada sebab untuk BN Kelantan menentang cadangan yang baik untuk kepentingan rakyat jika benar Kerajaan PAS Kelantan benar-benar berhajat untuk melaksanakannya. Ini merupakan cadangan kali kedua di mana sebelum ini kerajaan negeri pernah mewarwarkan hasrat yang sama namun ketika itu, terpaksa dibatalkan atas faktor kelembapan ekonomi.

Ketika itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi projek ini kepada Syarikat Padang Maju Sdn Bhd dengan kos bernilai RM1.2 bilion tetapi disebabkan pelbagai masalah ianya terpaksa dibatalkan.

P/S : Kalau masalah hutang dan perkhidmatan bekalan air pun Kerajaan Kelantan tak mampu nak selesaikan, apatah lagi projek sebesar ini..Boleh percaya ke???



Wednesday, 19 October 2011

Pemimpin PAS jenis tidak ada perasaan malu

Pemimpin PAS memang jenis yang tidak tahu malu meskipun telah dititahkan oleh Sultan untuk tidak lagi menjadi khatib menyampaikan khutbah tetapi arahan itu tidak diendahkan. Sebaliknya khutbah Jumaat tetap disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Kota Baharu, Nor Azariza Mohd Alawi di masjig Kg Cherang, Kota Bharu.


Sebelum ini, pihak Majlis Agama Islam Kelantan telah menamatkan perkhidmatannya sebagai imam di mana telah mendapat perkenan Sultan Kelantan. Namun, Azariza dikatakan berdegil dan tidak mengendahkan arahan itu dan terus menyampaikan khutbah Jumaat. Sepertimana kebiasaan, khutbah Jumaat yang disampaikan oleh pemimpin PAS bukan berkisar tentang penyatuan ummah serta syariat tetapi menjurus kepada kepartian dan menghentam kerajaan.

Dalam ucapan khutbahnya juga, Azariza turut mempersoal tindakan MAIK yang memecat beliau dan memberi kritikan pedas kepada pihak MAIK. Dalam masa yang sama, AP Kota Baharu Wan Abdul Rahim turut mencelah untuk mempertahankan Azariza dengan menggunakan laman facebook menceritakan tentang pemecatan Azariza.

Inilah mentaliti pemimpin PAS tidak redha dengan keputusan ketua tambahan pula arahan pemecatan itu turut mendapat perkenan kebawah DYMM Sultan Kelantan. Berlainan pula pendirian PAS dengan DAP kerana jika DAP kata jangan laksanakan Hudud, PAS akan terus membisu seribu bahasa mengikut telunjuk DAP. Akhirnya Islam PAS hanya di kepala lulut bukan di dalam hati untuk mempertahankan agam suci ini dari terus dipermainkan.

Saturday, 15 October 2011

Ku Li lebih berpengaruh daripada Nik Aziz di Kelantan

Ku Li sebenarnya masih berpengaruh di Negeri Kelantan sehingga memaksa Nik Aziz tunduk dan mendengar nasihatnya. Selama 21 tahun memerintah, Nik Aziz dikatakan kerap kali memohon bantuan idea daripada Ku Li dalam merencanakan sesuatu agenda bagi memastikan negeri itu tidak tersasar dalam pertumbuhan ekonomi.


Malahan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mampu menjadi Menteri Besar Kelantan jikalau tidak kerana Ku li. Sebaliknya Nik Aziz hanya mampu menjadi ahli parlimen sahaja.

Mungkin ramai sudah lupa jasa Ku li kepada Kemenangan Pas di Kelantan. Kerana sebab itulah, pemimpin Pas memungkiri janjinya untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas 2010. Malahan ada pemimpin Pas cuba memburukkan Ku li dihadapan rakyat Kelantan ketika pilihan raya kecil itu.

Menurut seorang penulis Pas, sejarah perubahan Pas menguasai Kelantan bermula pada 1987 apabila kepimpinan parti, Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.

Menurutnya lagi Pada tahun 1989, Pas diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.

PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.

Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara Pas dan DAP yang bertentangan ideologi.

Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara Pas dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.

Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.

Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.

Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober (1990), sehingga kini sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan. Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.

Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.

"Hakikatnya, Pas tidak mampu menang melalui ideologi politiknya tetapi menang kerana kebijaksanaan pemimpin Umno.

"Kini Pas telah lupa sejarah asal kemenangannya dengan merampas tanah rakyat di Gua Musang dan Ku li telah menegur sikap tamakkan wang pemimpin Pas," kata seorang penganalisa politik.

Manakala Nik Aziz mengambil sikap tutup mata dengan menafikan kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengambil tanah rakyat.

"Nantikanlah kemarahan Ku Li, sebagaimana Ku li menaikkan Pas 21 tahun lalu sebegitulah Pas akan dijatuhkan oleh Ku li,"

Thursday, 13 October 2011

Sebilangan orang PAS di Kelantan semakin dekat dengan UMNO

Datuk Seri Mustafa Mohamad meluahkan rasa sukacita mengenai perkembangan orang-orang Melayu di Kalantan yang kini semakin dekat dengan UMNO. Pendekatan yang dibawa oleh Perdana Menteri berjaya memukau sebilangan ahli dan penyokong PAS yang selama ini taksub dan setia kepada pimpinan PAS sehingga melihat UMNO sebauha parti yang zalim kepada orang Melayu.


Beliau berkata selain menghadiri program anjuran Umno, ramai penyokong Pas ada masa yang sama telah menyertai Umno.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini...jika dahulu mereka menjauhi Umno tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan. "Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai Umno yang membuktikan sokongan kepada Umno semakin pulih," katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di sini malam tadi.

Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata penyokong Pas bertindak menyertai Umno kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.

"Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik," katanya.

Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.

"Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat Umnolah tempat sewajarnya kami berada," katanya.

Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai Umno yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.

Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.

Thursday, 6 October 2011

Kerajaan Kelantan mengaku mereka terpaksa bergantung kepada pusat

Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa mengaku bahawa mereka perlu bergantung kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan suntikan modal. Terbaru, perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang mengakui kerana perbezaan politik, kerajaan Pas Kelantan sanggup membuat tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan terhadap penggunaan sebahagian wilayah negeri itu yang dijadikan Taman Negara melibatkan kawasan seluas 1,043 KM melibatkan jumlah dianggarkan RM2.412 bilion.

“ia perlu bagi menampung sumber kewangan negeri berikutan kedua-dua kerajaan mempunyai fahaman politik yang berbeza,” katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Husam berkata surat tuntutan itu telah dihantar bertarikh 12 Sept lepas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan ianya telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Beliau berkata, tuntutan itu termasuk kehilangan nilai sewa ekonomi kira-kira RM27,682 perhektar yang terlepas iaitu bila mana penuaian hutan untuk balak daripada pengurusan hutan secara berkekalan tidak dibenarkan.

“Untuk keseluruhan hutan, nilai bersih kini yang terlepas ialah RM1.2 bilion bagi pusingan atau tempoh 30 tahun,”.
Tambahnya lagi, untuk tuntutan kedua dalam surat itu ialah tuntutan pulangan terlepas iaitu bila mana peluang terhenti untuk hutan diteroka bagi perladangan komoditi utama. Katanya tuntuan kedua itu termasuk komoditi – kelapa sawit bagi tempoh 25 tahun dengan nilai tuntutan RM11,683 perhektar yang melibatkan jumlah RM585 juta, Getah untuk lateks dan balak bagi tempoh 20 tahun dengan nilai tuntutan RM10,717 perhektar yang berjumlah RM385 juta; dan ladang getah hutan bagi tempoh 25 tahun dengan nilai tuntutan RM7,364 perhektar iaitu berjumlah RM242 juta.


Tuesday, 4 October 2011

Kota Bharu : Mayat bayi dibuang dalam perigi

KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.

Inilah perigi tempat bayi dibuang

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.

“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Wednesday, 28 September 2011

Pengerusi Bazar Tok Guru letak jawatan ekoran dakwaan ahli telah 'disuap' Kerajaan Negeri

Dalam keghairahan PAS menyuarakan slogan baru untuk rakyat melalui konsep negara berkebajikan, satu lagi tembelangnya pecah berikutan kemelut mengenai rungutan peniaga di pasar besar lama MPKB akhirnya mencapai kemuncak ekoran perletakan jawatan Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama (MPKB), Ab Salim Ahmad.


Perletakan Ab Salim Ahmad yang memegang jawatan sebagai pengerusi sejak 10 tahun yang lalu disebabkan timbul banyak rungutan dari kalangan ahli-ahli yang tidak berpuas hati kerana beliau dan AJK didakwa telah diberi layanan 'istimewa' atau dengan kata lain telah 'disuap' oleh Kerajaan Negeri. Menurut seorang saksi, pengerusi dan AJK mendapat lot kedai di bahagian strategik bahkan tidak melalui proes pengundian seperti biasa yang dikenakan kepada ahli yang lain.

Pemberian lot 'strategik' kepada pengerusi dan AJK ini terpaksa dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan rungutan dan keengganan peniaga berpindah dari kawasan pasar lama ke lokasi baru ( Bazar Tok Guru). Ketika itu, peniaga-peniaga turut mengadakan demonstrasi aman dan memorendum untuk diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan. Klik DISINI.

Berikutan peletakan jawatan Ab. Salim itu, kira-kira 195 peniaga pasar berkenaan mengadakan mesyuarat tergembar di Gelanggang Seni dekat sini dengan melantik Sayuti Che Pa, sebagai Pengerusi baru. Mesyuarat ini terpaksa dibuat bagi mengelakkan persatuan itu dibubarkan (ROS) berikutan perletakan semua AJK yang lama tanpa memberikan apa-apa notis.





Friday, 16 September 2011

Kerajaan PAS Kelantan tidak ambil berat masalah pesakit di hospital

Kerajaan Negeri Kelantan hanya perlu membayar RM60 ribu sahaja kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd untuk menyelesaikan masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada tahun lepas. Tetapi
Walaupun jumlah itu tidak mampu dikeluarkan oleh kerajaan negeri sehingga terpaksa meminta peruntukan daripada Kerajaan Pusat kerana AKSB tidak mahu menyelesaikan masalah bekalan air di hospital terbabit sedangkan itu tanggungjawab mereka.


Amat malang sekali keadaan waktu itu begitu meruncing kerana beratus-ratus pesakit terpaksa dipindahkan disebabkan tekanan air amat rendah. Akhirnya peruntukkan tersebut telah menyelamatkan ratusan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan rapi.

Mengikut Dato Seri Mustafa bin Mohamad, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat itu juga akan digunakan untuk kerja penambahbaikan sistem paip dan membesarkan lagi saluran sediaada. Belau merasa terkilan terhadap kerajaan negeri yang mengambil sikap acuh tak acuh untuk menyelesaikan isu ini.

Katanya, apa yang berlaku tidak mencerminkan PAS dapat melaksanakan slogan barunya iaitu 'Negara
Berkebajikan' sedangkan masalah rakyat di negeri itu masih banyak belum diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.