"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday, 14 November 2011

PAS malu besar bila Sultan Muhamad V memberi teguran

Jika sebelum ini PAS Kelantan selalu beranggapan bahawa Sultan Muhamad V sentiasa menyebelahi mereka dalam apa juga keadaan ternyata meleset. Ungkapan sedemikian sebenarnya indah khabar dari rupa kerana hakikatnya pimpinan Kerajaan PAS Kelantan selalu 'ditegur' oleh Sultan Muhammad V.

Terbaru, semasa dalam Majlis Pengurniaan Penghormatan Kerajaan Negeri yang berlansung di istana negeri semalam, Sultan Muhammad V telah menegur cara Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan sehingga mengalami pengingkatan defisit dalam Bajet 2012. Titah baginda, Kerajaan Negeri Kelantan seharusnya lebih berhemah dalam mengatur perbelanjaan supaya tidak mengalami kekangan defisit yang boleh memberi kesan kepada kelansungan ekonomi negeri Kelantan.


“Suka beta menarik perhatian dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah mengurangkan defisit perbelanjaan perlu diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara,” titah baginda.

Selain itu baginda bertitah, bagi mengurangkan belanjawan defisit, Kerajaan Negeri harus mengambil pendekatan dengan mengutamakan perbelanjaan mengikut keperluan sebenar dalam meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu Kerajaan Pas Kelantan membentang Bajet 2012 dengan menyaksikan peningkatan defisit kepada RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta dalam Bajet 2011.

Dalam masa yang sama Sultan Muhammad V berharap Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Sultan Kelantan turut berharap sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari dengan menerokai pertanian agronomik.

Baginda turut menyentuh pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlu dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Bahkan, Kerajaan negeri perlu merujuk kepada pakar-pakar ekonomi dan mengenepikan fahaman politik supaya survival masyarakat Melayu di negeri itu berada pada tahap sama seperti masyarakat di negeri lain yang lebih maju.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.