"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label PRN Sarawak 2011. Show all posts
Showing posts with label PRN Sarawak 2011. Show all posts

Thursday, 28 April 2011

Biar Betul PAS Kata PKR Terlalu "Tamak Haloba"

Baca dengan teliti apa kata orang PAS terhadap PKR ketika pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan pada 16 April 2011..

"Pada aku, takdak rugi mana pun kalau PKR beralah sikit dengan SNAP. Paling kurang pun tindakan tu boleh meraih simpati orang Sarawak. Tak la nampak macam mengiyakan tuduhan BN yang tentu punya akan main isu "orang semenanjung nak jajah Sarawak."

Lagi satu, kalau pun betul macam kebimbangan banyak pihak yang takut wakil rakyat SNAP mungkin akan melompat bila menang nanti. Pada aku itu masalah lain. Yang penting biar menang dulu. Bila dah menang dan depa melompat, kita tak rugi mana pun. Yang pentingnya calon Pakatan Rakyat menang.

Maksud aku, pengundi yang mengundi calon yang lompat tu tentu akan marah punya kepada SNAP. Kemarahan tu kita boleh tala 100% kepada SNAP dan nama Pakatan Rakyat tak terjejas mana. Lagi pun semua tu cuma di peringkat Dun Sarawak saja.

Kalau betul depa melompat maknanya bukan setakat kita dah kenal sapa yang boleh dibuat kawan sapa yang tak boleh diharap, tapi yang lebih penting rakyat sendiri dapat tengok.

Tumpuan utama Pakatan Rakyat adalah PRU13. Apa benda sangat boleh dibuat kalau setakat pegang negeri tapi tak pegang pusat. Macam sekarang ni, apa sangat Selangor boleh buat walaupun Selangor negeri yang paling kaya dan paling maju di Malaysia.

Aku yakin, kalau calon dari SNAP menang kemudian melompat, sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat masa PRU13 akan lagi meningkat dan peluang kita untuk menang lebih banyak kerusi parlimen di Sarawak akan bertambah.

Jadinya, aku nak ulang sekali lagi. Aku harap PKR kena lebih bertolak ansur dengan SNAP. Jangan tamak sangat. Tak rugi mana kalau bertanding 35 kerusi dari nak ikut nafsu bertanding sampai 52 kerusi. Bila bertanding kurang, maknanya lebih banyak tumpuan boleh dibagi.

Aku harap Anwar Ibrahim akan buat sesuatu untuk menyelesaikan kemelut berebut kerusi ni, jangan ikut sangat nafsu Azmin. Kalau ikut sangat cakap Azmin aku takut lama-lama orang akan meluat dengan Anwar macam orang meluat dekat Azmin.

Lagi pun, PKR bukannya kaya mana sangat. Pilihanraya di Sarawak perlu modal yang sangat-sangat besar. Kalau bertanding setakat 35 kerusi, maknanya peruntukan dan tenaga kerja untuk 17 kerusi yang tak jadi nak bertanding tu boleh diagihkan ke kerusi yang ditandingi.

Akhir sekali, aku nak ulang sekali lagi. PKR JANGAN TAMAK!!!

Hahahaaa..baru tau korang semua yer? tetapi disebabkan ego dan sombong yang terlalu tinggi mereka takkan mengaku bahawa banyak percanggahan dalam membuat keputusan. Lebih-lagi kalau melibatkan campurtangan PKR, lingkup jawabnya..

Monday, 18 April 2011

Alamak..!! Akhirnya PAS Kata PKR Parti Yang 'Bodoh'..

Dalam diam-diam rupanya PAS menyifatkan PKR sebuah parti 'bodoh' dan berharap PKR perlu menerima kata-kata kesat itu demi kebaikan parti. Kenyataan 'bodoh' ini dibuat oleh 'polling agen PAS' berikutan kegagalan meneliti dan memantau borang.14 yang menyaksikan ketidakpusan hati PKR terhadap SPR. Kejadian ini berlaku di DUN Senadin.


Pas menyifatkan borang 14 memang menjadi sumber dan benteng terakhir setiap kali pilihanraya dan perlu dipantau rapi.

Malah PAS juga menyifatkan PKR sebagai 'pengecut' kerana hanya bergema ketika berceramah tetapi apabila berada di bilik pengiraan undi mereka (PKR) menjadi seperti 'kambing' dan hanya melakukan kerja sia-sia.

Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi.

Antara kenyataan yang dibuat Tian Chua.."Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," kata beliau kepada pemberita.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.

Penyokong PKR, termasuk anggota Exco Selangor Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula.

NAK TENGOK AKSI BODOH 'BEKAS PELAKU SUMBANG TIDUR BOGEL' ELIZABETH WONG ADA DISEDIAKAN DI BAWAH...

Sunday, 17 April 2011

Anwar Tekad Berjumpa Pengeluar Jam 'Omega'..!

Pakatan pembangkang mengatakan kejayaan merampas beberapa kerusi penting adalah sesuatu yang amat membanggakan dan diangap satu sejarah. Bagi AJ pula, agak berbeza kerana kemenangan pembangkang kali ini paling mendukacitakan dan amat memalukan terutama PKR yang beriya-iya memperjudikan calon mereka di 49 kerusi yang akhirnya hanya mendapat 3 kerusi sahaja.

Persaingan antara SUPP dan DAP dilihat adalah sesuatu yang agak tradisi kerana kedua-dua parti berkenaan sememangnya bertapak di negeri berkenaan berbeza dengan PKR yang datang jauh dari semenanjung dengan membawa isu sandiwara yang tiada kesudahannya.

Agak aneh, ketika Pakatan Rakyat mengadakan sidang media selepas keputusan rasmi, DI MANAKA NUAR BERAHIM KETIKA ITU, KERANA YANG ADA HANYA ISTERINYA WAN JIJAH DAN AZMIN PENGAMPU????


DIMANAKAH ANUAR????


Kejayaan Pakatan Rakyat menggandakan bilangan kerusi di Sarawak dengan memenangi 15 buah kerusi yang ditandinginya merupakan satu pencapaian cemerlang, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, kejayaan itu juga bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat, biarpun terpaksa berdepan serangan Barisan Nasional yang berterusan memperkudakan jentera kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak ini (yang) menjurus kepada dua sistem.

Sepanjang kempen kali ini, kita melihat rakyat Sarawak begitu prihatin terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Satok, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali dan wakil rakyat Batu Lintang yang baru, See Chee How.

Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana berani melakukan perubahan dengan memilih KEADILAN di tiga kawasan iaitu Ba;kelalan, Batu Lintang dan Krian.

TAK PAYAH NAK UCAP TAHNIAH, SEBAB KEMPEN KORANG TU ASYIK DOK MENGHINA KAUM PERIBUMI JE SAMPAI KE SUDAH, SEBAB ITULAH RAKYAT SARAWAK TAK UNDI PKR DAN YANG MENANG HANYA DI KAWASAN BANDAR SEBAB 'LUPA DIRI'..

"ZENTRUM" Tidak Sehebat Sotong "PAUL" dalam Ramalan..!

Semasa tempoh berkempen berbaki 2 hari pada pilihanraya Sarawak, satu badan bebas yang berpihak kepada pembangkang yang bertanggungjawab untuk membuat kajian bagi mendapatkan trend terkini sokongan pengundi iaitu 'Zentrum Future ' telah mengandaikan bahawa BN akah kalah teruk pada pilihanraya kali ini.

Namun ramalan itu tidak dapat ditandingi kehebatan sotong 'paul' apabila mambuat ramalan bahawa BN akan menang dengan majoriti 2/3  dan masih dapat membentuk kerajaan. Walaupun ianya seekor sotong tetapi boleh mengatasi kebijakan manusia terutama sekali 'otak yang dianggap pengkaji bergeliga' dikalangan pembangkang yang dibarisi oleh ahli akademik bergelar 'Profesor'.


Ketika itu, Zentrum mambuat ramalan (macam tukang tilik) bahawa BN hanya akan mendapat 24 kerus sahaja daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Dalam masa yang sama meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Selain itu meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).


Apapun yang berlaku adalah sebaliknya di mana BN masih mengekalkan majoriti 2/3 kerusi manakala PAS langung tidak memenangi kerusi yang mereka pertandingkan.


@AJ@

BN Hilang 8 Kerusi, PAS Pula Syok Sendiri...!

Keputusan secara rasmi dan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

Manakala DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. ( POST MORTEM SECARA MENYELURUH PERLU DIBUAT OLEH KERAJAAN )Namun, di manakah PAS yang selalu nak menjadi jaguh dan bongkak diri? Di manakah 5 kerusi yang dipertandingkan mereka?


Justeru itu, PAS jangan terlalu sombong dan bongkak sebab walaupun apapun yang terbaik telah mereka rancangkan, tetapi Tuhan yang maha Kuasa dan menentukan segala-galanya. Sekiranya mereka di pihak yang benar, sudah memadai dengan majlis solat hajat yang dihadiri ribuan penyokong PAS untuk Allah memakbulkan permintaan mereka.

Walaupun kawasan BN berjaya dirampas oleh DAP khususnya di kawasan bandar Kuching, yang jelas rakyat Sarawak masih memerlukan BN untuk menerajui negeri itu dan tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada pembangkang.

Di kawasan bandar, pengundi boleh diibaratkan telah mendapat semua apa yang mereka mahukan terutama pembangunan infrastrukur berbanding dengan masyarakat luar bandar. Sebab itulah mereka 'lupa diri' dan telah memihak kepada pembangkang dalam pilihanraya kali ini..

Kehilangan 8 kerusi BN pada pilihanraya kali ini, telah dianggap oleh pembangkang adalah sejarah paling terburuk dalam pilihanraya Sarawak. Pun begitu, kita perlu memberi pujian kepada rakyat Sarawak kerana langsung tidak mempedulikan dan mempercayai isu-isu 'sentimen' dan provokasi oleh pihak pembangkang ketika tempoh berkempen. Sebaliknya tetap memilih BN untuk mentadbir negeri itu.

Dalam perkembangan lain pada jam lebih kurang 10.35pm, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak bagi penggal ketujuh di Astana, kediaman rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

@AJ@

Saturday, 16 April 2011

Kemenangan DAP Dengan Majoriti Besar Tanda 'Lupa Diri' dan Bersifat Perkauman..!

Kemenangan besar yang diperolehi oleh parti DAP jelas menunjukkan pengundi khususnya berketurunan Cina di negeri itu, lebih mengutamakan sikap perkauman mereka yang cuba di bawa masuk oleh DAP semenanjung.

Kerajaan perlu membuat kajian terperinci berdasarkan keputusan yang diperolehi oleh DAP supaya pengundi yang maih setia dengan BN diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan..

Sememangnya mereka yang menyokong DAP boleh diistilahkan 'lupa diri' bahawa nikmat pembangunan yang dikecapi selama ini adalah hasil perjuangan BN khususnya pengundi di kawasan bandar Kuching.



N9 PADUNGAN
1. Sim Kiang Chiok (BN)
2. Wong King Wei (DAP) Menang majoriti 7,884
3. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)


N10 PENDING
1. Prof. Dr. Sim Kui Hian (BN)
2. Violet Yong Wui Wui (DAP) Menang majoriti 7,595
Penyandang: Violet Yong Wui Wui (DAP)


N48 PELAWAN
1. Vincent Goh Chung Siong (BN)
2. David Wong Kee Woan (DAP) Menang majoriti 6,391
Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN)


N70 BA'KELALAN
1. Willie Lau (BN)
2. Baru Bian (PKR) Menang majoriti 473
Penyandang: Nelson Balang Rining (BN)

BN Kekal Memerintah Sarawak Dengan Majoriti 2/3...!

AJ cuma agak terkejut dengan banyak kekalahn SUPP kepada DAP khususnya di kawasan bandar pada pilihanraya kali ini. Keputusan ini jelas menggambarkan majoriti masyarakat Cina telah menyokong pembangkang dan tidak berpihak kepada kerajaan. Justeru itu, kerajaan lebih peka dan memberi perhatian pembangunan kepada kawasan yang masih setia menyokong kepimpinan BN.

Tahniah rakyat Sarawak yang masih memberi sokongan padu terhadap BN..


Barisan Basional Menang 55 Kerusi

DAP Menang 12 Kerusi

PKR Menang 3 Kerusi

BEBAS Menang 1 Kerusi

PAS Menang ( termakbul solat hajat PAS supaya BN kekal memerintah )



BN MENANG DI:

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099
1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100
1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104
1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437
1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) Majority 3764
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) Majority 4664
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Majority 2000
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799
1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Majority 4500
2. Arip Ameran (PKR)

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955
1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352
1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497
1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) Majority 4066
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB) Majority 2440
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104
1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le’ (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745
1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868
1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798
1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778
1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488
1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444
1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109
1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167
1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891
1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

N037: DARO: SARAWAK: 7,305
1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635
1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274
1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058
1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944
1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

N050: DALAT: SARAWAK: 11,857
1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792
1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244
1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
2. Toh Heng San (SNAP)
3. Munan ak Laja (PKR)

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287
1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463
1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979
1. Ramli Malaka (SNAP)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB)
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082
1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672
1. Rosey Yunus (BN-SPDP)
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM)
3. Thony ak Badak (SNAP)
4. Ishak Mahwi (PKR)

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144
1. Ripin Lamat (BN-PBB)
2. Zolhaidah Suboh (PKR)
3. Johari Bujang (SNAP)

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432
1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093
1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Bebas)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (SNAP)
3. Jok Ding (Bebas)
4. Dennis Ngau (BN-PBB)

N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471
1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636
1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Majority 5064
2. Japar Suyut (PKR)

Penduduk Kapit Pun Tahu Pasal Jam Omega Anwar..!

KAPIT: Datuk Seri Najib Tun Razak terus membuat 'tinjau mesra' ke daerah-daerah pedalaman Sarawak dengan pergi ke Song Pekan dan Kapit di Ulu Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Setelah tiba dengan helikopter di lapangan mendapat daerah Song pada jam 09:30, perdana menteri terus ke pusat bandar dengan sambutan 5,000 orang, sebahagian besar terdiri daripada masyarakat Iban yang bersorak 1 Malaysia dan 'Hidup Barisan Nasional'.

Dalam ucapannya, Najib mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk pembangunan jalan yang meliputi sekitar 40 kilometer dari Song untuk Kapit, yang sekarang hanya boleh dilalui oleh sungai.

Dia mengatakan tender projek akan dibuka segera untuk membolehkan kerja permulaan pembinaan. Pengumuman oleh Najib itu memberi harapan baru kepada rakyat di kawasan pedalaman Rajang untuk menikmati kemudahan jalan antara Sibu - Kapit Song Kanowit-yang dapat dilalui hanya dengan perahu melalui Sungai Rajang.

Perjalanan dengan perahu dari Sibu untuk Song memakan masa lebih dari satu jam melalui bandar Kanowit sedangkan perjalanan dari Song untuk Kapit memakan masa tiga jam.

Najib juga mengecam ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji kepada penduduk di daerah pedalaman sekarang tapi tidak membantu mereka ketika ia (Anwar) adalah Menteri Kewangan sebelum ini.


Beliau berkata pembangkang hanya datang ketika pilihan raya sedangkan Barisan Nasional akan terus membawa perubahan selepas pilihan raya. Perdana Menteri berkata sekarang semua orang, termasuk orang-orang Sarawak, tahu cerita Anwar. "Semua orang tahu sekarang saja menyebut tentang Omega dan orang-orang Song juga tahu .." Adakah anda tahu cerita tentang menonton Omega? " tanya Najib? Penduduk membalas pertanyaan Najib dengan menyebut perkataan 'ya'....

Dipetik dari BERNAMA.

Friday, 15 April 2011

70% Daripada 300,000 Pengundi Muda Sarawak Berpihak Kepada BN...!

Pergerakan Pemuda BN yakin generasi muda Sarawak yang dianggarkan 300 000 orang, yang telah berdaftar sebagai pengundi, bakal menjadi penentu dimensi baru pembangunan di Sarawak pada hari pengundian pilihan raya negeri ke-10 esok.Sarawak mempunyai lebih 970,000 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.


Bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi akan disalurkan peruntukan khas di Pusat Pengajian Tinggi Semenanjung selain Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM.

Isu kekurangan peluang pekerjaan yang dimainkan pembangkang tidak diterima pakai oleh pengundi muda kerana mereka beranggapan apa yang Kerajaan Pusat salurkan selama ini sudah memadai dan perlu dihargai sepenuhnya.

Malah mereka mendakwa pembangkang hanya pandai menabur janji ketika musim pilihanraya. Setelah menang, rakyat khususnya golongan belia akan terpinggir dan tidak akan dipedulikan kerana mereka (pembangkang) akan lebih tertumpu untuk meneksploitasi sumber kekayaan di negeri berkenaan. Ini terbukti berlaku di negeri-negeri yang diperintah pembangkang di semenanjung seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Selain itu, generasi muda di negeri Sarawak sudah matang untuk membuat penilaian tentang siapa yang layak mentadbir secara bijak dan bukan hanya petah berbicara manis dengan hanya menabur janji-janji kosong .

Dalam masa yang sama, pengundi muda menyelar sesetengah pemimpin pembangkang terutamanya DAP yang cuba menghina kaum pribumi Sarawak yang dikatakan sudah lama ditipu oleh Kerajaan BN walhal perkara itu tidak berlaku sama sekali. Yang menjadi api permusuhan sebenarnya DAP yang sengaja cuba melaga-lagakan penduduk Sarawak yang berbilang kaum.


@AJ@

Sidang Media Pembangkang Mengguris Hati Persatuan Tertiggi Gereja Sarawak..!

Dipetik dari BERNAMA..:

KUCHING, 14 April (Bernama) — Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Gereja Sarawak hari ini melahirkan rasa kesal atas tindakan pakatan DAP-PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan sidang media berhubung perjumpaan mereka serta menimbulkan isu kontroversi mengenai kitab Injil di sebuah hotel di sini.


Setiausaha Agung persatuan Ambrose Linang berkata perjumpaan itu hanyalah majlis sarapan yang diadakan pagi ini secara tertutup dan pembangkang telah bersetuju dengan permintaan persatuan agar tiada sidang media diadakan berhubung perjumpaan itu.

"Persatuan kami menerima jemputan daripada Pengerusi PKR Selangor Teresa Kok semalam untuk bersarapan bersama-sama, dan kami bersetuju dengan syarat tiada perbincangan berkenaan politik dilakukan, kerana kami adalah non-partisan.

"Sejurus tamat majlis tersebut kami terus beredar. Namun saya kesal kerana diberitahu bahawa mereka (pembangkang) telah mengadakan sidang media, walhal perkara ini (tidak mengadakan sidang media) telah dipersetujui bersama," katanya ketika dihubungi.


Ambrose berkata pihaknya akan meneliti perkara itu, dan jika didapati kenyataan yang dikeluarkan pakatan pembangkang mempunyai unsur politik serta berkait dengan perjumpaan itu, pihak gereja akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Sebelum kami buat pertemuan, saya telah bincang dengan Teresa bahawa kami ahli gereja tidak mahu membuat sebarang sidang media, dan kami juga harap mereka tidak akan mengadakan sidang media, sebab kami tidak mahu ada pihak putar belit," katanya.

Namun, sejurus tamatnya majlis bersarapan itu, pakatan pembangkang telah mengadakan sidang media. "Kalau nak jumpa untuk berkenalan sahaja, itu tidak menjadi masalah kerana kami adalah ahli gereja, non-partisan. Kami bersedia duduk semeja dengan mana-mana pihak termasuk seperti perjumpaan semalam dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.

Perjumpaan itu dihadiri lapan ahli jawatankuasa persatuan dan pemimpin kanan pakatan pembangkang seperti Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, bapanya yang juga veteran DAP Lim Kit Siang.

Credit to BERNAMA

Violet Yong Jelas Menghina Rakyat Pribumi Sarawak ..!!

"Tengok sepertimana di Pulau Pinang telah diperintah oleh kaum Cina;
jadi sebab itulah rakyat Sarawak perlu memilih orang Cina sebagai Ketua Menteri".

Kenapa perlu Melanau Saja yang memerintah Negeri Sarawak ( ditujukan kepada TS Taib Mahmud) sedangkan kaum Cina juga ramai di negeri itu"



Inilah kenyataan 'menghina' Violet Yong' kepada kaum peribumi di Sarawak untuk meraih undi dikalangan kaum Cina di Sarawak..


TPM : Gelombang Biru di Sarawak..!

Dipetik dari Utusan Malaysia..

KUCHING 14 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gelombang biru kini dirasai di seluruh Sarawak termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang yang menunjukkan petanda positif Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan mantap daripada rakyat.



Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bersyukur kerana sejak awal BN berkempen hingga sekarang, dari sehari ke sehari ada petanda yang positif terutama di kawasan pedalaman, pinggiran bandar dan juga bandar yang menjadi kubu parti lawan.

"Ini termasuklah di kawasan majoritinya kaum Cina, saya sendiri turun ke beberapa tempat di Sibu, Miri dan Kuching, trendnya lebih memberangsangkan.

"Atas dasar itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita mendapat sokongan cukup mantap dan nampaknya gelombang biru sudah meningkat serta sudah dirasa di mana-mana kawasan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan Sungai Apong dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kempen di sebahagian besar kawasan yang dikenal pasti sebagai kelabu sebelum ini telah diperhebatkan dengan pendekatan pemimpin turun padang.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agak luar biasa mengambil peranan utama (turun padang) ke kawasan yang penting dan saya juga memilih kawasan yang perlu diberi tumpuan”.

Muhyiddin berkata dalam tempoh sebelum kempen tamat esok, BN memberi tumpuan di kawasan kelabu yang cenderung berubah menjadi putih.

"Semua jentera (BN) di peringkat kawasan seperti di Pending ini menjadi kawasan tumpuan yang dianggap belum mendapat sokongan kukuh dan penjelasan kepada rakyat dibuat secara lebih agresif,” katanya. - Bernama

Thursday, 14 April 2011

PRN Sarawak : 'PAS' Ahli Nujum Yang Bijaksana...!

Media pembangkang  terutamanya PAS sebenarnya boleh diiktiraf  sebagai 'AHLI NUJUM' yang paling handal di abad ini dan boleh juga dikatakan mengatasi rekod yang dipegang oleh ahli-ahli sihir di zaman firaun. Sebab apa AJ berkata sedemikian??


Walaupun tempoh berkempen di Sarawak hanya berbaki 1 hari lagi, mereka sudah kecoh satu dunia bahawa pembangkang telah menang di Sarawak dan berjaya menumbangkan Kerajaan BN yang ditadbir oleh TS Taib Mahmud sebelum ini.

Mereka menyifatkan Barisan Nasional (BN) diramal kalah dan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini. Malah kawasan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Memang  tak disangka bahawa PAS merupakan pakar nujum yang cukup berbisa dengan gaya keangkuhan dan kesombongan  berjaya meramal begitu sekali kedudukan kerusi. Mereka sudah 'nampak' tangan-tangan pengundi Sarawak akan memilih parti mana kali ini..

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.
 
 
Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama  pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.
 
Namun begitu, rupa-rupanya apa yang diramalkan oleh pembangkang itu adalah berdasarkan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′  iaitu satu keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.
@AJ@

DAP : Pakar Muslihat Mempergunakan Rakyat..!

Rakyat Sarawak perlu sedar betapa bahayanya jika negeri itu diperintah oleh Parti DAP ( baca sini ) dalam pilihanraya kali ini yang mana BN begitu hebat diasak dengan kenyataan berputar belit oleh parti itu khususnya di kerusi kawasan bandar dalam sessi ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

AJ cuma ingin berkongsi beberapa artikel yang menarik menceritakan bagaimana strategi licik yang tersembunyi Parti DAP yang memperguna dan memperkudakan Parti PAS dalam usaha mereka untuk menarik pengundi Melayu supaya memberi sokongan kepada calon DAP.

Keputusan ditangan rakyat Sarawak dan sekiranya mereka tidak mahu menjadi seperti rakyat di Pulau Pinang dan menjadi adik bongsu kepada Negeri Kelantan, seharusnya berfikir panjang sebelum membuat keputusan. AJ berpendapat 'mood' hadirin ketika Pakatan Rakyat menganjurkan yang ramai tidak mencerminkan 100% menyokong parti pembangkang.

Malah dakwaan pembangkang bahawa 19 kerusi dijangka berjaya dirampas manakala selebihnya dalam situasi 50-50 adalah satu propaganda media mereka untuk menggambarkan mood hadirin sudah mula memihak kepada pembangkang. Ini jelas membuktikan sikap pembangkang yang terlampau sombong dan megah yang hanya bersandarkan kepada jumlah kehadiran di tempat-tempat ceramah.

Mereka perlu ingat, kuasa penentu bukan berdasarkan faktor berikut tetapi ianya bergantung kepada tangan-tangan rakyat Sarawak yang berdaftar dan layak mengundi pada 16 Apr 2011. Dalam masa yang sama, tidak semua yang hadir menggambarkan rakyat tempatan kerana bercampur dengan ribuan pengujung dari tanah semenanjung yang berkampung di Sarawak bagi membantu jentera kempen parti masing-masing.

Renungkanlah beberapa artikel yang ingin dikongsi oleh AJ kepada semua pembaca khususnya pengundi yang berada di Sarawak....:-
































Wednesday, 13 April 2011

Terkantoi..! Lakonan mantap tanpa skrip malaun Pakatan Tuduh BN Beli Undi Pos..!

Salam..

Pakatan Rakyat khususnya DAP lahanat akhirnya terkantoi lagi kononnya menuduh BN telah membeli undi pos kali ini tetapi rupa-rupanya video yang dimuatkan dalam youtube dan malaysiakini sebenarnya lakonan tanpa skrip yang dibuat oleh penyokong-penyokong DAP untuk mengaburi mata rakyat Sarawak.


Lelaki itu merupakan pelakon berbakat DAP yang tak tahula berapa dia diupah untuk berlakon sebagai pemberi rasuah kepada salah seorang pengundi yang termasuk dalam undi pos. Ekoran itu kecoh, buat berita bahawasanya BN telah membeli undi pos kali ini tetapi rupanya jerat telah memakan tuan.

Lakonan mantap ini telah dibuat di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam di mana video berkenaan berjaya di siapkan untuk tempoh 1.32s


Inilah video yang berjaya dilakonkan oleh lahanat DAP untuk menjatuhkan reputasi BN yang akhirnya memakan diri sendiri :-

Pakatan Rakyat : Istilah 'Memakai Cawat' Satu Penghinaan Kepada Rakyat Sarawak!

Salam..

Di sebalik keghairahan pemimpin pakatan pembangkang mengajak rakyat Sarawak untuk membuat perubahan pada pilihanraya negeri itu kali ini kononnya demi maruah dan kepentingan diri, pemimpin pembangkang ini seolah-olah terlupa bahawa sebelum ini merekalah yang telah menghina rakyat Sarawak.


Pemimpin pakatan pembangkang mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa mereka pernah menghamburkan kenyataan betapa rakyat Sarawak tidak pandai mengundi kerana mereka masih lagi pakai cawat. Inilah pembangkang, bila mereka terdesak memerlukan sesuatu, janji manis ditabur bersepah manakala bila apa yang mereka inginkan sudah berada dalam tangan, Rakyat Sarawak pula dikatakan kategori 'memakai cawat'.



Kali ini mereka datang lagi menagih undi dengan pelbagai janji kosong dengan harapan mampu memperdayakan rakyat Sarawak terutama pengundi untuk memberikan undi kepada mereka.

Kenyataan ini juga diulas oleh Ketua Penerangan UMNO, YB Datuk Ahmad Maslan yang mana ianya jelas satu  penghinaan kerana rakyat Sarawak tidak menyokong mereka selama ini.

Pembangkang datang ke Sarawak bagi menagih undi dengan membawa sejuta janji manis yang kononnya untuk membawa perubahan. Wahai pembangkang..!!!!buatlah perubahan terlebih dahulu di negeri-negeri yang diperintah di semenanjung contohnya di Kelantan, Kedah dan Penang. Rakyat di ketiga-tiga negeri ini masih menagih pembaharuan dan ada diantara mereka lebih miskin daripada rakyat Sarawak.


Malah, pembangkang hari ini dan seterusnya hanya pandai menggunakan slogan, pendek kata bermacam-macam slogan yang adakalanya kita tidak tahu yang mana satu boleh diterima pakai yang akhirnya kesemua slogan itu langsung tidak boleh diguna pakai.

Inilah wajah sebenar politik pembankang yang hanya berjuang untuk rakyat sekadar pada laungan kosong semata-mata sedangkan yang benar-benar membela rakyat adalah kerajaan Barisan Nasional.

@AJ@

Strategi 'habuan' kepada Pengundi oleh Pembangkang di Sarawak..!!

DAP dan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak sudah mengadakan satu perjumpaan khas bagi  mengatur strategi terakhir untuk mendapatkan kemenangan di Sarawak. Antaranya termasuklah memberikan 'habuan' tertentu kepada pengundi sekiranya masih gagal mendapat majoriti dua pertiga. Perkara ini turut diakui oleh beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkan kehadiran PM ke Sarawak telah mengubah sedikit momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.


Agak terkejut dan hairan kenapa mereka sanggup melakukan perkara sedemikian sedangkan selama ini mereka asyik menuduh kerajaan selalu menggunakan taktik itu untuk memancing undi. Inilah yang dikatakan pakatan haprak pembangkang yang berperangai lebih buruk daripada BN dalam usaha mendapatkan undi daripada rakyat Sarawak.

Memang diakui bahawa kedudukan kerusi yang dipertandingkan di kawasan bandar dilihat agak tercabar tetapi ianya berbeza dengan sokongan rakyat di kawasan pedalaman yang masih kuat dan setia berpihak kepada BN.

Apakah bentuk 'habuan' yang akan diberikan tidak dapat dipastikan lagi kerana menunggu masa yang sesuai untuk disuap kepada rakyat Sarawak berkemungkinan dalam tempoh sehari sebelum hari pengundian pada 16 Apr 2011..

AJ

Monday, 11 April 2011

Antara Bala, Laknat dan Musibah.!!..PAS Perlu Sedar..

Heboh kecoh para penyokong tegar pakatan Rakyat terutama dikalangan penyokong PAS yang menyifatkan kejadian insiden sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Towansquare. Kejadin itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan TPM.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter berkenaan menurunkan semua penumpangnya di Sibu Towansquare.



Bermaca-macam suara kedengaran daripada penyokong - penyokong PAS yang mengaitkan insiden berkenaan adalah 'bala' daripada Allah ke atas BN yang terlalu gelojoh menggunakan jentera kerajaan dalam aktiviti kempen mereka.

Bercakap memang senang kerana tidak perlu mengeluarkn modal dan boleh berbicara apa sahaja tetapi AJ cuma nak memberi peringatan kepada penyokog-penyokong fanatik pembangkang bahawa kalau nak kaitkan bala Allah.

Adakah mereka (penyokong fanatik PAS) masih ingat dengan kejadian 'banjir paling buruk dalam sejarah yang berlaku di Negeri Kedah pada tahun 2010' yang lalu? . Apa yang berlaku tahun lepas masih segar dalam ingatan kita di mana ketika itu banjir paling buruk telah melanda Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS dalam tempoh 100 tahun. Ini turut diakui oleh penduduk di Negeri Kedah dan ketika itu, Menteri Besar yang dianggap ulamak boleh melenting kepada wartawan satu ketika apabila ditanya mengenai kejadian banjir berkenaan.

BANJIR DI KEDAH 2010


BANJIR DI KEDAH 2010

Adakah itu bukan bala Allah ke atas pemimpin yang kononnya mendokong Islam tetapi bersekongkol dengan mereka yang anti Islam iaitu DAP dan PKR yang terlalu kabur untuk memimpin rakyat??

Begitu juga di Negeri Kelantan, kalau disebut tentang masalah banjir sememangnya sudah sinonim dengan negeri itu tiap kali tiba musim tengkujuh terutama sekali di kawasan Rantau Panjang. Apakah ini bukan bala daripada Allah ke atas bumi yang dianggap Serambi Mekah.

Justeru itu, bagi mereka yang masih berfikiran waras perlu melihat apa yang terjanji sebagai ujian daripada Allah dan tidak melulu beranggapan apa yang berlaku sebagai bala daripada Allah. Setiap kejadian itu menuntut kita sebagai hambanya berfikir sejenak bahawa sejauhmanakah kita ini hebat, tetapi ada lagi yang maha segala-galanya iaitu Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta.

@AJ@

Padah Berlagak ditempat Orang Akhirnya Jentera PAS Kena Halau..!

Itulah akibatnya apabila kita bertandang di tempat orang nak tunjuk lagak dah hero akhirnya 'dihalau' keluar dari rumah tumpangan. Kejadian ini berlaku kepada jentera parti PAS yang menyewa subah rumah tumpangan dalam masa 4 hari sahaja yang akhirnya telah dihalau keluar oleh pemilik rumah tumpangan berkenaan.

Ingat pesan orang-orang tua kalau kita merantau di tempat orang jaga perilaku dan tutur kata serta pergaulan kita kerana budaya di tempat orang berbeza dengan budaya di tempat asal kita. Kalau datang nak tunjuk hero bersedialah terima padah. Nasib baik kena halau, kalau kena belasah lagi naya dan mula menuju ke balai Polis nak buat report, walhal selama ini mereka seringkali menuduh Polis dengan pelbagai tohmahan akhirnya Polis juga tempat mereka mengadu hal.



AJ dapat tahu kejadian ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.

Yang banggangnya setelah empat hari menyewa di situ, mereka yang telah dihalau keluar turut menuduh bahawa pemilik rumah tumpangan berkenaan telah diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS. Tak ke merapu je alasan yang diberikan.

Selain itu, AJ dimaklumkan bahawa sebelum mereka dihalau keluar, pada malam sebelumnya rumah berkenaan diadakan ceramah PAS yang bertubi-tubi menghentam kerajaan pimpinan KM Sarawak. Oleh kerana terlalu gelojoh menghentam KM Sarawak, pemilik berkenaan rasa benggang dengan penyewa berkenaan dan mengamil keputusan menghalau keluar dari rumah tersebut.

Kalau nak menyewa buat cara nak menyewa jangan memandai-mandai pulak nak buat ceramah kat rumah sewa berkenaan, kan dah kena halau keluar terpaksa mengemis sekejap sehingga dapat rumah tumpangan yang baru.

@AJ@

Sunday, 10 April 2011

Kenapa Anwar Begitu Takut Bila PM Datang ke Sarawak?

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak dalam rangka lawatan kempen sehingga sehari sebelum pengundian sudah cukup untuk memberi cabaran hebat kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mana dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh Anwar dalam keadaan yang terlalu cemas dan takut. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Anwar semasa sidang media yang dianjurkan pembangkang di Hotel Grand Continental, Kuching hari ini.



Jika sebelum ini, kita digembar gemburkan dengan berita kebangkitan rakyat Sarawak yang bangkit untuk berpihak kepada pembangkang melalui ceramah-ceramah pakatan, itu semua tidak melemahkan semangat Perdana Menteri untuk turutn bertemu dengan rakyat.

Sudah menjadi lumrah, Perdana Menteri mempunyai masa yang terhad untuk turun berkempen dan perlu mendahului urusan penting yang melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Selain itu, Anwar Ibrahim mendakwa, belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri turun terlalu kerap ke sesebuah negeri bagi membantu pemimpin BN sekiranya dia sendiri tidak lagi yakin dengan keberkesanan jentera negeri!. Ini semua jelas menggambarkan ketakutan pembangkang ekoran kehadiran Datuk Seri Najib ke Sarawak.

Persoalannya kenapa Anwar begitu takut dengan kehadiran DSN ke Sarawak? Sehinggakan Ketua Pembangkang itu telah mengarahkan semua jentera parti agar mengekalkan momentum kehadiran ramai rakyat Sarawak ke program ceramah anjuran Pakatan Haprak. Malah memberitahu supaya perlu bekerja keras menjaga kawasan masing-masing supaya usaha licik pakatan rakyat tidak akan menjadi sia-sia.

Menang jelas pakatan rakyat sebuah parti yang bongkak dan terlalu angkuh ketika berkempen di mana-mana plihanraya yang akhirnya menyaksikan mereka tewas kepada BN. Kehadiran orang ramai di majlis ceramah tidak mencerminkan 100% pengundi telah berpihak kepada parti mereka kerana penentuan sebenar adalah pada 16 Apr 2011 iaitu di hari pengundian.

Sekiranyan mereka kalah, saya percaya alasan yang sering kedengaran ialah pengundi telah dibeli oleh BN dan juga wujud pengundi-pegundi hantu kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut walhal pada awalnya pembangkang menjangkakan kemenangan akan menyebelahi mereka berdasarkan mood pengundi yang hadir mendengar ceramah.

Inilah tabiat buruk yang ada kepada pembangkang yang memang tidak berubah sehingga ke hari ini  ketika dalam pilihanraya.


@AJ@
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.