"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday 28 April 2011

Biar Betul PAS Kata PKR Terlalu "Tamak Haloba"

Baca dengan teliti apa kata orang PAS terhadap PKR ketika pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan pada 16 April 2011..

"Pada aku, takdak rugi mana pun kalau PKR beralah sikit dengan SNAP. Paling kurang pun tindakan tu boleh meraih simpati orang Sarawak. Tak la nampak macam mengiyakan tuduhan BN yang tentu punya akan main isu "orang semenanjung nak jajah Sarawak."

Lagi satu, kalau pun betul macam kebimbangan banyak pihak yang takut wakil rakyat SNAP mungkin akan melompat bila menang nanti. Pada aku itu masalah lain. Yang penting biar menang dulu. Bila dah menang dan depa melompat, kita tak rugi mana pun. Yang pentingnya calon Pakatan Rakyat menang.

Maksud aku, pengundi yang mengundi calon yang lompat tu tentu akan marah punya kepada SNAP. Kemarahan tu kita boleh tala 100% kepada SNAP dan nama Pakatan Rakyat tak terjejas mana. Lagi pun semua tu cuma di peringkat Dun Sarawak saja.

Kalau betul depa melompat maknanya bukan setakat kita dah kenal sapa yang boleh dibuat kawan sapa yang tak boleh diharap, tapi yang lebih penting rakyat sendiri dapat tengok.

Tumpuan utama Pakatan Rakyat adalah PRU13. Apa benda sangat boleh dibuat kalau setakat pegang negeri tapi tak pegang pusat. Macam sekarang ni, apa sangat Selangor boleh buat walaupun Selangor negeri yang paling kaya dan paling maju di Malaysia.

Aku yakin, kalau calon dari SNAP menang kemudian melompat, sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat masa PRU13 akan lagi meningkat dan peluang kita untuk menang lebih banyak kerusi parlimen di Sarawak akan bertambah.

Jadinya, aku nak ulang sekali lagi. Aku harap PKR kena lebih bertolak ansur dengan SNAP. Jangan tamak sangat. Tak rugi mana kalau bertanding 35 kerusi dari nak ikut nafsu bertanding sampai 52 kerusi. Bila bertanding kurang, maknanya lebih banyak tumpuan boleh dibagi.

Aku harap Anwar Ibrahim akan buat sesuatu untuk menyelesaikan kemelut berebut kerusi ni, jangan ikut sangat nafsu Azmin. Kalau ikut sangat cakap Azmin aku takut lama-lama orang akan meluat dengan Anwar macam orang meluat dekat Azmin.

Lagi pun, PKR bukannya kaya mana sangat. Pilihanraya di Sarawak perlu modal yang sangat-sangat besar. Kalau bertanding setakat 35 kerusi, maknanya peruntukan dan tenaga kerja untuk 17 kerusi yang tak jadi nak bertanding tu boleh diagihkan ke kerusi yang ditandingi.

Akhir sekali, aku nak ulang sekali lagi. PKR JANGAN TAMAK!!!

Hahahaaa..baru tau korang semua yer? tetapi disebabkan ego dan sombong yang terlalu tinggi mereka takkan mengaku bahawa banyak percanggahan dalam membuat keputusan. Lebih-lagi kalau melibatkan campurtangan PKR, lingkup jawabnya..

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.