"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Pelik! pengecut dan penakut yang menang pingat emas

Percaya atau tidak tuan-tuan tengok sendiri aksi pesilat Indonesia yang hanya berlari ke sana ke mari dalam gelanggang dan ada ketikanya bersembunyi dibelakang pengadil dalam acara akhir ketika menentang pasukan Thailand bagi acara silat kategori bawah 50kg. Tetapi aksi seolah-olah 'seekor ayam laga' yang sudah kalah sebelum bertarung digelanggang itu mencetuskan kontroversi apabila 'pengecut' dikira sebagai pemenang pingat emas dalam acara itu.

Sememangnya temasya sukan SEA edisi ke-26 yang berlansung di Palembang, Indonesia tahun ini amat memalukan dengan pelbagai isu dan kontroversi. Tengok video di bawah sudah jelas, temasya kali ini begitu 'jelek' dan memalukan tuan rumah.

Thursday, 17 November 2011

Akhirnya sekali lagi ego Indonesia dibenam pasukan Malaysia

Kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dengan jaringan 1-0 sudah cukup untuk melenyapkan ego Indonesia yang sebelum ini beranggapan Malaysia hanya boleh dikalahkan dengan pasukan bukan pilihan negara itu.

Jaringan menarik yang dihasilkan oleh Shamsul Azwari Ibrahim pada minit yang ke-14 separuh masa pertama, sudah cukup untuk meyaksikan pasukan Indonesia begitu tertekan tambahan pula disaksikan oleh pasukan tuan rumah hampir 80 ribu orang yang memenuhi stadium Bungkarno, Jakarta.

Syabas dan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menduduki takhta kumpulan A sekaligus menafikan kedudukan tuan rumah Indonesia yang jelas sekali ingin mengelak daripada bertembung dengan pasukan Vietnam.

Sunday, 30 October 2011

Video : Aksi menangkap kupu-kupu oleh Sarbene Alawi mengudang padah

Akibat terlalu yakin untuk dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia, Terengganu akhirnya dihukum oleh 'sikap berlagak' penjaga gol Terengganu yang terlalu yakin dapat menangkap bola hantaran S Kunalan. Semuanya berubah minit ke 81 apabila S.Kunalan berjaya menyamakan kedudukan

Minit ke 86, Hai-O menewaskan lagi penjaga gol Terengganu dengan sepakan silangnya. Akhirnya, Hai-O menunjukkan bahawa beliau mampu menjaringkan gol dengan menggunakan kakinya. Sebelum ini beliau banyak menjaringkan gol dengan tandukan tajamnya.





Monday, 24 October 2011

Peter Butler disebut sebut menjadi pengganti Karathu

TEKA-teki mengenai siapakah jurulatih yang bakal mengemudi pasukan Kelantan untuk musim depan, semakin hangat apabila nama Peter James Butler disebut-sebut untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk M Karathu selepas gagal membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Malah khabar angin mengenai Butler yang bakal kembali menabur bakti bersama The Red Warriors semakin bertiup kencang dalam kalangan peminat setia bola sepak Kelantan sejak Karathu mengumumkan mengundur diri daripada terus melatih pasukan Kelantan pada pertengahan minggu lalu.


Menurut sumber, jurulatih berusia 45 tahun itu yang membawa Kelantan muncul sebagai naib juara Piala FA pada tahun 2009 itu, dijangka tiba di Kota Bharu dalam tempoh terdekat bagi mengendalikan sesi latihan The Red Warriors awal bulan depan.

Malah juga difahamkan: beliau akan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut, sebaliknya meminta penyokong bersabar mengenai pengumuman siapa jurulatih baru pasukan Kelantan.

“Saya tidak boleh komen lanjut mengenai perkara ini. Biarlah Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa sendiri mengumumkan nama baru yang akan mengemudi pasukan Kelantan musim depan.

“Bersabarlah. Kita tunggulah sedikit masa lagi mengenai pengumuman siapa yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Karathu,” katanya.

:Butler yang berasal dari Halifax, England pernah melatih pasukan Kelantan dua tahun lalu, namun meninggalkan pasukan tersebut seminggu sebelum sepak mula pertandingan Piala Malaysia sehingga mencetuskan kemarahan peminat setia bola sepak negeri ini.

- Sinar Edisi Kelantan

Sunday, 23 October 2011

Manchester United terpaksa berputih mata malam ini

Macam tak percaya bila tengok game antara Manchester United VS Manchester City yang baru saja selesai. MU terpaksa berputih mata setelah dimalukan di laman sendiri 1-6 kepada MC dalam perlawanan yang begitu menarik.

Banyak gerakan-gerakan menarik dilakukan oleh pemain MU pada separuh masa kedua tetapi tidak berjaya menghasilkan gol dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh MC untuk menggandakan asakan bertali arus sehingga berjaya menghasilakn 5 gol pada separuh masa kedua.


Friday, 29 July 2011

Sikap egois Rajagopal akhirnya membawa padah...!

Amat malang buat pasukan bola sepak negara kita yang terpaksa akur dengan kebijakan dan kekemasan mutu permainan pasukan bola sepak Singapura walaupun berjaya mengikat keputusan seria 1-1. Banyak yang perlu pelajari daripada corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemian Singapura yang sememangnya tidak mampu untuk ditandingi oleh pasukan Malaysia. Kita perlu menerima hakikat bahawa kekalahan ini banyak berpunca daripada beberapa kelemahan pasukan Malaysia.

Pertama sekali, paling ketara ditujukan kepada jurulatih Malaysia Rajagopal yang seolah-olah tidak mengendahkan pendapat sebilangan pengkritik bola sepak terutama sekali dalam memperkemaskan benteng pertahanan pasukan Malaysia. Mungkin sikap egois beliau yang langsung tidak merombak sepenuhnya barisan pertahanan negara telah mengundang padah pada malam ini.

Percaturan beliau memasukkan fatri Sakrani cukup jelas membuktikan bahawa Rajagopal masih kurang profesional dalam membuat penilaian. Sedangkan masih ada dua pemain lagi seperti Badrul Bakhtiar dan Ashari Shamsudin yang boleh disandarkan harapan untuk menembusi kubu pertahanan Singapura yang begitu kebal untuk ditembusi.

Begitu juga gandingan antara Safeei Sali dengan Hadi Yahya di barisan hadapan (serangan) begitu longlai untuk mendapat sentuhan berbisa meledakkan gol awal perlawanan. Saya melihat kedua-dua pemain ini tidak serasi dan kurang kesefahaman untuk melakukan sesuatu yang luar biasa di hadapan pintu gol Singapura.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh jurulatih Taiwan sebelum ini bahawa corak permainan pasukan Malaysia tidak sehebat pasukan Singapura. Rajagopal perlu akur dengan kenyataan ini kerana telah dibuktikan melalui kedua-dua perlawanan yang menyebabkan pasukan negara kita hampa untuk melangkah setapak lagi ke pusingan ke-3 iaitu peringkat kumpulan.

Sepanjang 90 minit perlawanan, kita disajikan dengan mutu permainan yang begitu lemah dan langsung tidak ada gerakan-gerakan menarik untuk mencipta jaringan awal pada separuh masa pertama.

Pun begitu, tidak kesemua pemain kita perlu dipersalahkan kerana pasukan pasukan kita masih berjaya mengikat Singapura dengan kedudukan seri. Itupun hasil kecemerlangan penjaga gol kontroversi Khairul Fahmi yang sekurang-kurangnya menyelematkan tiga gol yang mengecewakan Singapura pada awal perlawanan separuh masa pertama.

Jika tidak dari awal lagi pasukan Malaysia sudah ketinggalan kepada Singapura. Justeru, kritikan ini perlu diterima dengan hati terbuka demi meningkatkan lagi martabat pasukan Malaysia di persada dunia khususnya di peringkat Asia. Perlu diingat bahawa jurulatih hanya mempunyai satu otak berbanding dengan majoriti yang memberi kritikan untuk mengatur corak perlawanan yang berkesan. Jurulatih perlu fokus kepada kombinasi pemain-pemainnya dan bukan bersikap 'double standard' untuk menentukan siapa yang layak diturunkan bermain.

Jika terbukti pemain yang diturunkan itu tidak efektif, kenapa perlu dimasukkan semula dalam kesebelasan utama. Sedangkan masih ramai yang mampu memberi persembahan terbaik yang boleh dibaggakan. Apa yang berlaku, sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna kepada Rajagopal untuk merombak semula kaedah percaturan pemain.

Apapun syabas buat pasukan Malaysia kerana berjaya memberi tentangan sengit dan menyekat keegoian Singapura untuk mendapat kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Teruskan perjuangan anda untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia melalui sukan bola sepak. AJ
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.