"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 11 December 2011

Gerhana bulan penuh yang dirakam di Planetarium Negara

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.


Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

8.00PM di PN

9.15PM di PN

9.21PM di PN

10.07PM di PN

10.38PM di PN

10.46PM di PN

10.53PM di PN

10.55PM di PN

11.34PM di PN

12.02AM di PN (11/12/2011)

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

- SUMBER

Wednesday, 30 November 2011

Fatwa mengharamkan ayat Quran sebagai nada dering

Majlis Mufti Arab Saudi telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan ayat suci Al-Quran sebagai nada dering adalah haram. Ini kerana ayat Al-Quran tersebut menjadi tidak lengkap apabila kita menjawab telefon dan sudah semestinya maknanya juga berubah dan berbeza dari makna yang sebenar. Al-Quran adalah untuk hidayah dan bukan untuk nada dering. Baca lagi DISINI.


- http://misteriousgrapersz.blogspot.com/

Friday, 25 November 2011

Muhasabah : Ya Allah cabutlah nyawaku dalam keadaan yang diredhai-Mu

Ya Allah..cabutlah nyawaku dalam keadaan hamba-Mu yang mendapat keredhaan dan jauhkanlah kematianku dengan cara yang tidak diredhai oleh-Mu ya Allah. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kerana itu kita jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia ini sehingga lalai dan lupa akan akhirat, sedangkan akhirat itulah tempat kekal abadi.

Sebenarnya tanda-tanda orang yang mati dalam husnul khatimah itu boleh dilihat semasa hayat atau hidup seseorang itu, iaitu mereka taat dan patuh kepada perintah Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi larangan-Nya, mengamalkan perkara berkebajikan dan menjauhi perkara yang menjurus kepada kemaksiatan.

Kubur tempat singgah sementara sebelum tibanya Hari Akhirat. Itulah tempat yang akan menjadi Taman Syurga bagi orang-orang yang beriman, tetapi menjadi lubang Neraka bagi orang-orang yang jahat yang ingkar perintah Allah Subhanahu Wataala dan yang menyekutukan Allah Subhanahu Wataala.





Lagi gambar-gambar DISINI.

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.