"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Isu Agama dan Perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label Isu Agama dan Perlembagaan. Show all posts

Tuesday, 29 November 2011

Ayuh rakyat Negeri Perak sertai HIMPUN pada 17 Disember 2011

Pimpinan-pimpinan daripada ratusan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini berhimpun dalam satu gabungan mengajurkan HIMPUN yang berperanan sebagai platform penting dalam memperkasakan suara umat Islam di negara ini.

HIMPUN di sokong oleh antara lain, Pimpinan Majlis Agama Islam, Pimpinan NGO seperti Gabungan PEMBELA Islam, ACCIN, TERAS, PERKIDA, Persatuan Pengguna Islam, PERKASA, Pimpinan Parti Politik antaranya ahli dari PEMUDA PAS, PEMUDA UMNO, Wanita UMNO, Kumpulan PERSATUAN BEKAS PERAJURIT dan Persatuan Bekas Polis, Gabungan Persatuan SILAT dan Persatuan Bekas Polis, Dewan Perniagaan Melayu, Gerakan Pelajar, Gerakan Belia dan Wanita Islam serta Wakil wakil Rakyat beragama Islam dan lain lain penyokong.


HIMPUN menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat yang berdaulat dan Islam akan sentiasa dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Kini kedaulatan Islam di gugat oleh Gerakan Kristian dan sekumpulan bukan Islam yang berniat utuk menggugat kedaulatan Islam yang masih kekal terpelihara dibawah payung Perlembagaan Persekutuan.

Namun, sejak akhir-akhir ini golongan Kristian telah membuat desakan yang melampaui batas dalam isu Murtad, Bible Melayu, Khalimah Allah, JAIS (di Selangor) malah sentiasa menentang pentadbiran agama Islam dalam semua isu berkaitan Islam sepertimana orang yang tidak bertamaddun. Sikap dan cara mereka ( Kristian) dizahirkan melalui tindakan yang melampau serta berani mengeluarkan kenyataan kasar yang amat mengguris hati umat Islam di negara ini.

Ayuh rakan-rakan sekalian sama-sama kita berhimpun bagi menyatakan pendirian kepada pihak yang tidak betanggungjawab sengaja mencari jalan untuk mempersendakan agama Islam yang suci dan terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tarikh : 17 Disember 2011
Jam : 10 pagi hingga 1 petang
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Hebahkan..!!

Tuesday, 1 November 2011

Pengedaran risalah bukti wujud kegiatan pengkristianan di Negeri Perak

Nampak gaya gerakan pengkristianan di Negeri Perak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Terbaru beratus-ratus risalah dikesan di negeri ini yang memberitahu tahu orang ramai supaya berhati-hati dengan agenda menjadikan sesiapa saja untuk menjadi penganut Kristian.

Menariknya, berdasarkan risalah yang diperolehi oleh seorang kenalan saya, risalah itu ditulis dalam bahasa Tamil dan Cina dan juga turut memaparkan gambar Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming yang lengkap berpakaian seperti paderi.

Kebanyakan risalah ini disebar di kawasan Manjung kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal kedua-dua pemimpin DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Ming iaitu di Ayer Tawar. Kegiatan penyebaran risalah ini dengan jelas memberi peringatan kepada semua lapisan masyarakat Hindu dan Cina tidak terkecuali Melayu supaya lebih berhati-hati dengan dakyah krstian yang dibayangi oleh pemimpin kanan DAP Perak.




Friday, 21 October 2011

Tindakan penggantungan Aziz Bari oleh UIAM tidak bertamadun

Samada bertamadun ataupun tidak itu bukan persoalan utama membabitkan isu penggantungan Aziz Bari oleh pihak pengurusan UIAM. Apa yang lebih penting maruah UIAM sebagai institusi pengajian tinggi yang selama ini boleh dianggap berpretij di negara telah tercemar oleh sebab kegilaan Aziz Bari untuk menjadi glamour.

Kenyataan Aziz Bari yang menyanggah titah Sultan Selangor secara terbuka sememangnya tidak boleh diterima oleh sesiapapun melainkan dikalangan penyokong dan pemimpin pembangkang. Pihak pembangkang sudah dijangka akan memainkan isu ini secara meluas untuk mengambarkan bahawa tindakan penggantungan Aziz Bari itu disebabkan desakan kerajaan.


Saya percaya bahawa masih ramai lagi ahli akademik yang cenderung pro kepada parti pembangkang di negara ini tetapi mereka bijak dan tidak sebodoh Aziz Bari. Meskipun kenyataan yang dibuat Aziz Bari tidak boleh disamakan dengan ahli politik, maknanya tetap sama iaitu cuba mencabar kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu yang merupakan payung agama.

Samada Aziz Bari pakar atau tidak, itu semua gelaran yang diberi oleh manusia berdasarkan ilmu yang dipelajari. Tetapi perlu diingat bahawa, sebijak manapun kita dalam bidang yang diceburi, ada lagi yang lebih bijak daripada kita. Inilah lumrahnya yang kadangkala kita lupa apabila merasakan diri kita tahu segala-galanya.

Demi menjaga nama baik UIAM, tindakan penggantungan itu amat kena pada masanya demi menjaga kelangsungan institusi itu daripada terus dilabelkan 'Universiti Pembangkang' di negara ini. Tambahan pula pelajar yang mengikuti pengajian bukan saja dari kalangan anak tempatan bahkan ada pelajar dari luar negara.

Justeru itu, apa yang berlaku menyebabkan kerugian kepada pelajar-pelajar Aziz Bari samada diperingkat pengajian Sarjana Muda hingga ke PhD. Secara tak langsung akan menjejaskan pengajian pelajar-pelajar berkenaan.

Benar apa yang pernah diluahkan oleh rakan karib saya yang merupakan bekas penyokong kuat PAS bahawa pembangkang tidak akan berdiam diri selagi tidak memutarbelitkan fakta meskipun terpaksa membelakangi agama. Tambahnya, jika DAP buat kesalahan dan tidak suka kepada Islam sekalipun, PAS tetap akan bersama-sama DAP demi menjatuhkan kerajaan yang sediada.

“Saya cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza.

“Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang.

“Ini jauh sekali daripada merelaikan setiap masalah yang timbul. Sepatutnya hujah akademik dibalas dengan pandangan yang sama bagi menggambarkan kewibawaan ilmu seseorang,” ujarnya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, apa yang dilakukan UIA terhadap Dr Abdul Aziz sebagai strategi dan proses ke arah 'melenyapkan' golongan intelektual yang berani menyatakan kebenaran. - Harakah

Tuesday, 18 October 2011

Beza antara Profesor tulen dengan Profesor bertaraf tahi ayam candu

Mungkin sesetengah daripada kita sudah sedia maklum apa yang maksudkan dengan Profesor bertaraf tahi ayam candu. Kiasan ini sebenar tepat ditujukan kepada Aziz Bari yang merupakan salah seorang Melayu abad baru kelahiran Anwar Ibrahim diklaskan sebagai pengkhinat kepada negara dan bangsanya sendiri.


Tugas sebagai seorang ahli akademik sepatutnya tidak dicampur aduk dengan politik. Kiranya Aziz Bari bercita-cita ingin menjadi salah seorang ahli politik yang mendapat perhatian, dipersilakan keluar baris dalam bidang akademik seterusnya menceburi bidang politik sepenuh masa. Ini bertepatan dengan saranan yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin bahawa Aziz Bari seorang yang biadap terhadap kesucian institusi Raja.

Cuba anda perhatikan sendiri air muka Aziz Bari adakah sama seperti tahi ayam candu yang dikategorikan tahi ayam paling busuk diantara tahi ayam. Air muka langsung tidak menunjukkan keceriaan di wajahnya dan hampir sama dengan idolanya Anwar Ibrahim al Juburi.

Inilah satu-satunya individu yang telah mencemar nama baik seorang yang bergelar Profesor di negara ini. Sama sepertimana tahi ayam candu apabila terkena sedikit, baunya busuk tak boleh nak tahan lagi.

Justeru itu, dipersilakan Aziz Bari yang dikenali Profesor kangkung menyahut pelawaan YB Zukifli Nordin untuk berdebat berhubung kenyataan kontroversi yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam kes serbuan JAIS ke atas gereja DUMC.

Friday, 16 September 2011

Pembangkang mula gelabah ISA dihapuskan

Pemansuhan undang-undang ISA oleh Perdana Menteri memberi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua mungkin tidak percaya itulah realitinya. Baru semalam PM membuat pengumuman tersebut, bermacam-macam respon yang kita dengar samada yang menerima mahupun yang tidak bersetuju.

Memang itu lumrahnya, setuju atau tidak kerajaan telahpun membuat keputusan dan setakat ini saya tidak bercadang untuk mengupas panjang. Kita tunggu dan lihat sejauh mana reaksi daripada segenap lapisan rakyat mengenai keputusan berkenaan.

Pun begitu, setelah saya menggodek beberapa portal rasmi pembangkang sudah kendengaran suara-suara sumbang yang menyifatkan pengumuman itu satu helah Najib untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Kata mereka, jangan mudah terpedaya dengan kenyataan yang dibuat Najib kerana belum tentu apa yang diperkatakan akan dikotakan. Maksudnya, mereka beranggapan pemansuhan undang-undang ISA ini hanya cerita rekaan yang dibuat oleh Najib tak lain dan tak bukan semata-mata untuk mendapat semula sokongan rakyat.

Nampak sangat pembangkang sudah mula menggelabah apabila ISA akan dihapuskan kerana inilah modal terbesar politik mereka ketika berdepan dengan parti kerajaan pada pilihanraya. Mereka tidak berpeluang untuk mengatakan kerajaan zalim kerana menggunapakai ISA terhadap orang yang tidak bersalah.

Apapaun, keputusan menghapuskan ISA cukup memberi kesan kepada survival keselamatan negara pada masa akan datang kerana undang-undang baru yang akan digubal belum tentu setaraf denga ISA. Bahkan belum tentu akan setanding kerana terpaksa dibahas di parlimen terlebih dahulu mengikut kesesuaian semasa.

Thursday, 15 September 2011

Undang-undang ISA dimansuhkan, apa signifikannya?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia malam ini, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan RTMi, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," katanya.

Najib ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

"Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan," katanya.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.



Golongan menentang perpaduan perlu ditentang, kata Sheikh Dr Sulaiman Saloomi

Amat menarik sekali kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi mengenai golongan yang menolak perpaduan sedangkan dalam masa yang sama mengaku alim. Tambahya, tindakan sesetegah pihak yang menolak perpaduan jelas bertentangan dengan Al Quran dan Hadis yang menyeru umatnya supaya bersatu padu di antara satu sama lain.

Jelasnya lagi, pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya tidak mengikut syariat Islam sebenar dan bermuka-muka demi kepentingan peribadi bukannya kepentingan umat sejagat. Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Baca selanjutnya  DISINI.- Utusan Malaysia

Dalam konteks negara kita, kata-kata ini sebenarnya menjurus kepada PAS yang selama ini mengaku melaksanakan cara Islam dalam pentadbiran. Begitu juga dengan PKR yang merupakan rakan perjuangan yang kononnya ingin membela rakyat tetapi penuh dengan muslihat untuk kepentingan agenda peribadi pemimpin atasan.

Menyokong parti PAS bukan bermakna mendapat tiket untuk ke Syurga seperti yang dimomokan oleh pemimpin mereka. PAS hanya sebuah pertubuhan politik dan secara kebetulan pemimpin mereka majoritinya mempunyai latar belakang agama. Asas itu tidak cukup untuk menggambarkan parti PAS lebih islamik berbanding dengan parti-parti lain yang diwakili majoriti kaum Melayu seperti UMNO.

Islam memang ada kelebihannya dengan sifat agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah SWT.

Monday, 29 August 2011

Gerakan syiah 'aktif' di Terengganu

Gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.


Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Khazan berkata semua yang menerima bahan bacaan berkenaan perlu menyerahkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya fahaman itu tidak tersebar di negeri ini.

Beliau berkata pihak JHEAT telahpun meneliti kandungan beberapa buku yang telah diserahkan kepada mereka untuk mengetahui setakat mana pengaruh yang cuba disebarkan.


"Kita teliti dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya termasuk mengambil tindakan yang perlu," katanya katanya kepada pemberita pada majlis anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) "RTM Sepanjang Jalan 2011" di Besut-Pasir Puteh yang merupakan sempadan Terengganu/Kelantan, di sini, Ahad.

Khazan berkata kerajaan mengekang penyebaran mazhab lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini untuk mengelak perpecahan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri itu.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.

Program RTM Sepanjang Jalan bertujuan memperkenalkan stesen Radio Malaysia Terengganufm dan Radio Malaysia Kelantanfm selain mengadakan kempen keselamatan jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Program RTM Sepanjang Jalan diperkenalkan Jabatan Penyiaran Malaysia sejak tahun 2009.

Sumber : BERNAMA

Friday, 12 August 2011

Apa yang menyebabkan Khalid Ibrahim benci Islam dan sayang Kristian..!

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan bahawa pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis “Thanksgiving Dinner” di sebuah gereja.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

“Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Marzuki berkata: “Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Marzuki berkata, seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAIS pada malam itu.

Katanya, JAIS merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menyatakan pemeriksaan itu dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasa JAIS.

“Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan berkenaan. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja anggota penguatkuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh penganjur,” katanya.

Biarpun tindakan penganjur itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa mereka untuk membuat tangkapan, kata beliau.

Daging khinzir juadah berbuka puasa??..The Star memang saja cari pasal..!

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.


Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Sumber : UM

Wednesday, 10 August 2011

Gereja Methodist Damansara Utama dibina secara haram? Maknanya, Khalib Ibrahim bersekongkol buat aktiviti haram..!

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 di sini. Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Sumber berita : MStar Online

Monday, 8 August 2011

Identiti betina sundal "Makcik hajjah sitt al - wuzara" terbongkar..!

Masih ingat lagikah kepada pemilik facebook yang menggelarkan dirinya "hajjah sit al-wuzara" yang terang-terangan menghina kesucian agama Islam??. Memang sial dan banggang keparat punya manusia yang sanggup berbuat demikian. Mungkin si betina lahanat ni merasakan dia hebat untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar. Namun, lahanat ni tak fikir bahawa ada orang lain yang lebih bijak daripadanya sehingga terbongkarnya idenditi sebenar si lahanat bangsat.

Identiti sebenar betina haramjadah ni akhirnya telah dibongkarkan sekumpulan hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai >Gaysec<.

Gambar ini dipetik daripada blog Panglima harimau...Selanjutnya baca DISNI atau DISINI

pemilik sebenar akaun  FB "hajjah sit al-wuzara"

Bersama Marina Mahathir

Facebook haramjadah must be killed

Kemana duit zakat berjuta-juta ringgit yang dibayar setiap tahun???

Pusat Pungutan Zakat mensasarkan kutipan zakat Fitrah pada tahun ini dianggarkan mencecah RM300 juta daripada umat Islam. Angka yang cukup besar untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.

Namun, persoalan yang timbul adakah hasil kutipan berjuta-juta ringgit itu diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak?. Ini tidak termasuk lagi zakat-zakat yang lain seperti yang dibayar secara individu mahupun syarikat-syarikat korporat.

Apabila berbicara soal duit kutipan zakat dengan salah seorang teman saya yang dikategorikan wajib membayar zakat, secara spontan beliau menjawab mudah bahawa duit yang dibayar itu sampai atau tidak kepada sasaran iaitu mereka yang benar-benar layak.

Saya amat tersentuh apabila membaca luahan seorang wanita berusia 40 tahun terpaksa mendapat bekalan makanan untuk menyara anak-anaknya di sebuah gereja ekoran mengalami kesempitan hidup. Yang peliknya, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh wanita berkenaan bahawa beliau pernah mendapat bantuan daripada Baitulmal dan itupun hany sekali.

Jika benar dakwaan ini, siapa yang patut dipersalahkan sekiranya wanita berkenaan nekad untuk memohon bantuan bekalan makanan daripada gereja bagi menyara keluarganya.

Bahkan, jika tergerak wanita itu untuk memilih kristian sebagai pegangan agamanya, siapa yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak?? Yang pasti pihak yang berkaitan akan bersalah dalam hal ini termasuklah kerajaan yang memerintah yang kononnya mendokong prinsip Islam. Fikir sedalam-dalamnya terutama sekali pihak yang berkaitan seperti Baitulmal yang dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan.

Jangan hanya berfikir soal angka kutipan zakat semata-mata yang akhirnya maruah Islam terabai..


“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

Saturday, 28 May 2011

Penganut Kristian dilengkapi buku panduan bertajuk ‘Doing the right thing’..!

Buku ini diterbitkan pada tahun 2004 hasil tulisan dan kajian Dr Ng Kam Weng, Pengarah Pusat Penyelidikan Kairos Malaysia yang kemudiannya di muatkan di dalam internet menggunakan fail PDF yang mengandungi 99 muka surat.

Gereja-gereja di Malaysia beroperasi di bawah satu undang-undang yang memaksa sekatan kebebasan untuk mengamalkan iman mereka. Masyarakat Kristian seringkali mengalami kerisauan tentang masalah yang berkaitan dengan undang-undang, yang begitu kompleks dan menggerunkan.

Justeru itu, penganut agama Kristian merasa lumpuh kerana mereka tidak yakin jika mereka melakukan sesuatu perkara yang betul. Sebab itu buku ini ditulis supaya penganut Kristian dilengkapi dengan pengetahuan asas undang-undang sehingga boleh menggunakan hak perlembagaan untuk mengakui, amalan dan menyebarkan iman Kristian dengan kebijaksanaan dan keberanian.

Untuk membaca lanjut boleh download  >>DISINI<<


Berikut adalah beberapa artikel yang sempat saya petik daripada helaina buku berkenaan..







Dr Ng Kam Weng, Pengarah Pusat Penyelidikan Kairos Malaysia
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.