"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday 10 August 2011

Gereja Methodist Damansara Utama dibina secara haram? Maknanya, Khalib Ibrahim bersekongkol buat aktiviti haram..!

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 di sini. Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Sumber berita : MStar Online

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.