"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts
Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

Zambry serah kepada polis siasat kes poster dibakar

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.

Beliau berkata, tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).

“Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’. Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan…dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Parit Buntar, hari ini.

Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad, pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian.

- Bernama

Monday, 14 November 2011

11 ditahan polis kerana memiliki dadah bernilai RM20 juta

ALOR SETAR: Polis menahan 11 lelaki termasuk enam warga asing dan merampas dadah jenis ecstasy dan syabu yang bernilai lebih RM20 juta dalam dua operasi di sebuah kilang di sini dan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang dijadikan makmal memproses dadah secara haram pada Jumaat lepas.

Operasi serentak oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Kedah kira-kira pukul 5 pagi itu berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dadah antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Mergong di sini, polis menahan lima lelaki iaitu seorang rakyat Belanda, yang merupakan ketua sindiket, dua warga Singapura dan masing-masing seorang dari Perancis dan Britain.

Katanya seorang lagi rakyat Britain bersama empat rakyat tempatan ditahan di sekitar bandar raya ini susulan serbuan di Mergong itu.


"Seorang lagi lelaki rakyat tempatan ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang turut dijadikan makmal dadah jenis syabu tetapi tidak sebesar makmal di Alor Setar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini. Selanjutnya DISINI.

- SUMBER

Thursday, 3 November 2011

Aktiviti Seksualiti Merdeka 2011 dihentikan serta merta oleh Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengharamkan serta merta segala aktiviti Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan hubungan sejenis, berikutan kebimbangan dan rasa kurang senang pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Khalid Abu Bakar, mengarahkan penganjur berkenaan supaya menghentikannya serta merta program itu atau berdepan tindakan tegas polis.


Beliau berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program berkenaan dan akan memanggil semua penganjur termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, memberi keterangan secepat mungkin. - Berita Harian

Sunday, 23 October 2011

Nilamas Corp akan jadi pesaing baru Astro

PETALING JAYA: Muka baru dalam industri televisyen digital, Nilamas Corp Sdn Bhd khabarnya telah berjaya memperolehi lesen daripada kerajaan untuk membangun dan menawarkan perkhidmatan televisyen digital kepada umum.


Nilamas mensasarkan suku kedua 2012 untuk melancarkan perkhidmatan baru televisyen berbayar.Dengan memperolehi lesen perkhidmatan ini, Nilamas kini akan bersaing dengan Astro dalam menawarkan pakej perkhidmatan televisyen digital berbayar kepada pengguna.

Adalah difahamkan, kos membangunkan rangkaian kabel akan menelan sehingga RM2 bilion untuk tempoh lima tahun dan Nilamas sedang mencari rakan kongsi untuk sama-sama membangunkan projek ini.Nilamas kini sudahpun memperolehi satu bangunan baru di Puchong bagi tujuan projek gergasi ini.

Berdasarkan laman web Nilamas, para pengarahnya adalah terdiri daripada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin. Mereka juga adalah pemegang saham utama syarikat.Adalah difahamkan, perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Nilamas kepada para pelanggannya akan tertumpu kepada hiburan dan pendidikan secara interaktif.

Difahamkan juga, pelancaran penjenamaan projek ini akan dilakukan bulan depan.Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Nilamas memperolehi lesen untuk menawarkan perkhidmatan saluran berbayar televisyen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi pada 11 Ogos lalu.

Mereka turut memperolehi lesen kemudahan rangkaian yang membolehkan mereka membina rangkaian dan menawarkan perkhidmatan kepada umum untuk tempoh lima tahun.Pengambilan kakitangan telah pun bermula sejak dua bulan yang lalu dan berhasrat untuk mengukuhkannya sehingga 200 orang dalam tempoh tiga bulan dan 800 orang pada waktu perkhidmatan dilancarkan sepenuhnya. -MStar Online

Saturday, 22 October 2011

Rompakan kedai emas bernilai setengah juta

KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Chow Kit di sini kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian rompakan bersenjata semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar penuh serta bersenjatakan pistol memasuki premis berkenaan kira-kira 1.45 tengah hari dan mengacukan senjata ke arah dua pekerja.

Mereka kemudian mengarahkan pekerja berkenaan menyerahkan tiga dulang emas dan suspek hanya mengambil masa lima minit menuang barang kemas dari dulang-dulang berkenaan ke dalam beberapa buah beg plastik sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal yang berada berhampiran premis itu.

Premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan, namun dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan ketika kejadian terdapat dua pelanggan di dalamnya, katanya kepada pemberita di sini.

Chin Wah berkata, motosikal jenis Modenas yang digunakan ketiga-tiga suspek, dalam lingkungan 30-an, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, kamera litar tertutup itu berjaya merakam imej ketiga-tiga perompak terbabit. – Bernama

Thursday, 20 October 2011

Trafik sesak masuk ke laman khidmat pelacur di Facebook

Khidmat langgan nombor pelacur di facebook. Sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service 3C Agent menawarkan khidmat seks dan langganan pelacur melalui laman facebook. Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.


Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.

Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.

Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.

- Melvister.com

Thursday, 6 October 2011

Cara terbaru dakyah Kristian terhadap umat Islam

Cara Kristian menyampaikan dakyah mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah asalkan agenda pengkristianan mereka terhadap umat Islam di negara ini tercapai. Kita pernah dikejutkan dengan beberapa kejadian sebelum ini antaranya kes pengkristianan di gereja DUMC di Damansara yang melibatkan orang-orang Melayu beragama Islam yang kemudiannya diikuti cara pemujukan kepada murid-murid sekolah dan tempat tuisyen dengan cara menghadiahkan kita-kita Bible versi bahasa Melayu.

Sejak dua tiga hari ini timbul pula kaedah terbaru sepertimana yang dipaparkan di beberapa blog di mana mereka menggunakan ayat dalam kitab Bible untuk dijadikan bahan perhiasan dalam rumah. Cara dan bentuk tulisan ayat yang tertera memang seakan-akan sama seperti ayat suci Al Quran tetapi bezanya diakhrii dengan ayat " Surah Injilu Matay" (ayat dalam kotak merah).


Justeru, jika sesiapa ada terbeli atau tersimpan gambar yang dimaksudkan, bolehlah dibuang kerana cara ini memang agak mengelirukan jika kita tidak mengamatinya dengan betul. Mudah-mudahan artikel ini berguna untuk semua pembaca agar diri dan keluarga kita sentiasa terlindung dari bisikan syaitan dan iblis yang tidak berputus asa ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad.

Tuesday, 4 October 2011

Cincin berlian bernilai RM24 juta benar milik Rosmah?

Benarkah Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) telah mengesahkan bahawa cincin berlian bernilai RM24 juta dibeli oleh Rosmah Mansor?. Atau sekali lagi Malaysiakini menjadi kaki temberang untuk kepentingan Pakatan Rakyat.

Ayat bagaimanapun yang tertera dalam tulisan Malaysiakini sebenarnya menjadi tanda tanya kerana mereka tidak menyatakan secara jelas laporan JKDM berhubung cincin yang pernah menjadi kontroversi sebelum ini.


Jika benar, sudah tentu terdapat kenyataan atau laporan pengesahan rasmi yang dibuat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia secara terperinci dan bukan hanya sekadar menulis mengikut andaian semata-mata.

Justeru, apa lagi Kastam ayuh jalankan tugas kalian untuk menyiasat perkara ini supaya rakyat tidak tertanya-tanya status cincin berkenaan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.

Akta baru ganti ISA akan lebih seimbang kata Najib

KUALA LUMPUR: Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini pada Isnin. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yangingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA danjaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awammemberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan bersedia menggunakan Akta Pemansuhan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Pembangkang, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan proses penggubalan dua akta baru itu tidak lama lagi.

Baca selebihnya DISINI.

- MStar Online

Sunday, 2 October 2011

Namewee sang babi cibai sekali lagi buat hal

Namewee@ Cina babi cibai sekali lagi buat hal apabila Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis ekoran satu klip video yang telah dimuat naik ke lama youtube mencaci dan mengutuk wartawan Fauziah Arof menggunakan bahasa yang kesat.

Nak tahu selanjutnya baca DISNI.

Ini videonya..



Justeru, kita tengok apa tindakan KDN terhadap laporan yang dibuat Utusan Malaysia terhadap sang cibai babi lahanat ni selepas ini. Sekiranya, Menteri atau yang berkenaan cakap itu sebenarnya salah faham, maknanya kerajaan pun turut bersekongkol dengan si banggang lahanat.

Bahasa mudah, kerajaan pun sama macam pekak badak dan langsung tidak mengambil kira sensitiviti kaum yang pernah dicetuskan di banggang Namewee BABI. Akhir sekali kerajaan akan terima padah pada pilihanraya akan datang.

Benarkah Sang banggang ni menyokong 1 Malaysia??. Atau saja nak bermuka-muka untuk 'memukau' kerajaan supaya bersetuju dengan apa yang dia buat?. Firasat aku tetap mengatakan bahawa sang babi ni tidak akan mengundi kerajaan waima kerajaan selalu bagi muka kepada dia.

Bahasa kesat aku gunakan amat bersesuaian dengan cerita si banggang ini supaya kerajaan tidak lagi berkompromi dengan cibai lahanat bernama Namewee.

Saturday, 1 October 2011

Menarik : Cadangan umur bersara 60 tahun faktor generasi muda semakin benci kepada kerajaan

Benarkah cadangan CUEPACS yang ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya had umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan kepada 60 tahun telah mengundang kemarahan dan kebencian dikalangan generasi muda?. Ada yang berpendapat cadangan ini sebagai jalan pintas untuk menutup peluang generasi muda berkhidmat dengan kerajaan dan terpaksa menunggu masa yang agak lama bagi mengisi kekosongan jawatan.

Cadangan CUEPACS untuk melanjutkan umur bersara 60 tahun ada baik dan buruknya. Jika kakitangan tersebut mempunyai prestasi yang baik, adalah patut beliau ditawarkan umur bersara 60 tahun kerana boleh menyumbang kepada negara. Namun jika sebaliknya, adalah baik tidak ditawarkan kerana hanya merugikan kepada pengganti jawatan tersebut.

Secara peribadi, cadangan umur bersara 60 tahun hanya layak kepada mereka yang berprestasi baik dari segi pencapaian tugas atau dengan kata lain diberi secara kontrak disamping mengambil kira soal kehadiran bertugas serta hubungan antara rakan sekerja. Kakitangan boleh memohon tetapi majikan perlu membuat tapisan kepada yang memohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Selain itu faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia sebenarnya masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki negara maju, walaupun CUEPACS cuba menafikannya. Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi pelupa, merasa diri sudah  tua dan tida fokus. Ianya turut memberi implikasi kepada mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan.

Malah, itu semua belum lagi mengambil kira golongan yang dihinggapi pelbagai penyakit dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun. Senario ini harus diakui oleh CUEPACS dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu jabatan sahaja. Mereka seharusnya mengambil kira jabatan-jabatan kerajaan yang dianggap kritikal seperti polis, hospital, guru yang terdedah kepada risiko dilanda penyakit kronik pada usia 50-an.

Apakah tuntutan itu semata-mata bersandarkan kepada alasan untuk melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam yang rata-rata banyak menanggung beban hutang seperti hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak, insurans kesihatan dan kemalangan dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan. Jika benar, cadangan ini dikhuatiri akan memberi impak kepada sokongan generasi muda kepada kerajaan pada pilihanraya akan datang.

Alasan CUEPACS..

KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan.

CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian.

Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.

Katanya, adalah wajar umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun kerana selain negara maju dan negara serantau juga sudah menaikkan umur persaraan 60 tahun hingga 65 tahun.

“Jadi, harapan CUEPACS supaya kerajaan meneliti sewajarnya perkara ini dan ia bukan untuk kepentingan kakitangan awam sekarang, tetapi untuk generasi akan datang.

Hapus kouta Bumiputera hanya cerita rekaan pembangkang

Cerita bahawa sistem kouta untuk kaum Bumiputera akan dihapuskan kerajaan sebenarnya direka oleh pihak pembangkang. Kata Perdana Menteri, untuk lebih berdaya saing pada masa akan datang, tenaga Bumiputera perlu lebih berdikari dan sanggup bekerja dengan orang lain supaya kaum Bumiputera akan lebih dihormati.

Kenyataan ini dikeluarkan Najib ketika sessi kenyataan akhbar pada petang 30 Sep 2011 di Pejabat UMNO Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Isu penghapusan kouta Bumiputera ini telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang ketika Najib berucap di satu majlis Tindakan Ekonomi Melayu baru-baru ini sehingga ianya mencetuskan keresahan dan kekeliruan rakyat.

KUALA LUMPUR, 30 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kerajaan akan memansuhkan kuota untuk bumiputera dengan menegaskan bahawa apa yang dinyatakan ketika berucap pada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu adalah sebaliknya.

“Saya kata jangan terlalu bersandarkan kuota. Tenaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha dengan orang lain supaya ia akan jadikan kita lebih dihormati. Saya tak sebut sama sekali kuota dimansuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, petang ini.

Najib yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa anggota MT sebulat suara menyokong keputusan kerajaan untuk memansuhkan dua undang-undang baru dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Wednesday, 28 September 2011

Polis antara jabatan kerajaan paling 'stress' dan mudah mendapat penyakit kronik

Memang tidak dinafikan bahawa kerjaya polis memerlukan kekuatan mental yang jitu serta semangat juang yang tinggi untuk terus relevan supaya masyarakat tidak melihat tugas polis dari perspektif yang negatif. Budaya patuh dan taat kepada pegawai atasan sudah menjadi darah daging kepada anggota polis berpangkat bawahan dalam melaksanakan tugas yang diarahkan.

Simptom stress yang dialami setiap anggota dan pegawai polis salah satu daripada implikasi beban penugasan yang tidak boleh dielakkan. Dalam konteks era globalisasi hari ini, bebanan yang terpaksa di hadapi semakin ketara yang ada ketikanya terpaksa bersengkang mata untuk menyelesaikan sesuatu kes. Bahkan terpaksa menghadkan masa untuk bersama-sama dengan keluarga.

Justeru, tidak hairanlah jika statistik menunjukkan bahawa anggota polis terpaksa mengambil risiko berdepan dengan penyakit kronik apabila menjelang usia persaraan dan ada ketiknya tidak sampai di waktu persaraan. Malahan, lebih memberi tekanan kepada anggota polis apabila mereka juga diberi tugasan yang diluar penugasan hakiki demi memenuhi kata-kata keramat polis iaitu, 'Taat dan Patuh' kepada arahan pucuk pimppinan.

Ikuti kupasan di DISINI.

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Monday, 26 September 2011

Gempar ribuan naskah Al Quran di kadang lembu

BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.

Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.


Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.

"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.

Selanjutnya baca DISNI.

Sunday, 25 September 2011

Tak habis-habis babi dajjal ni buat kontroversi

Sampai Ku Li pun dah terkena jerat si banggang ni sekor ni nak buat video klip. Tak payah nak berpesan kepada orang ramai mari mengundi sebab bila dah cukup umur, dah boleh ber fikir mengundi tu satu tanggungjawab kepada negara. Yang si Afdlin tu pu satu hal, dok terhegeh-hegeh melalak dengan cina banggang ni buat apa? Aku gunakan bahasa kesat sebab berbaloi nak bagitahu kepada manusia bernama Namewee bahasa engkau adalah banggang sebangang-bangangya.




Kutuk kakitangan TNB dengan perkataan kesat "F" memang kurang ajar. Yang sedihnya dalam ceramah-ceramah PAS ada disiarkan video ni untuk tatapa hadirin. Kalau DAP aku tak kisah sebab memang sejenis dengannya.



Isu menghina lagu kebangsaan dengan gaya nyanyian hip hop sungguh memalukan dan satu penghinaan kepada negara..



Saturday, 24 September 2011

Mengaku lakukan seks 5 kali seminggu pada usia 14 tahun

Cerita ini amat berguna untuk memberi peringatan kepada ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki yang sama umur di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Kisah ini diceritakan oleh Azy, yang kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur ( Cik Siti Wan Kembang) itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Thursday, 22 September 2011

PM kaji kenaikan gaji kakitangan awam dan bonus dalam Bajet 2012

Kenaikan gaji kakitangan awam atau juga pemberian bonus lumayan telah terdengar sejak beberapa bulan yang lepas. Adakah ini akan memberi khabar berita baik kepada seluruh kakitangan awam atau hanya sekadar cakap-cakap belakang mereka yang amat berharap untuk suatu langkah yang bakal di ambil oleh pihak kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.


Siapa yang tak mahu atau bercit-cita sedemikian? Malah walaupun belum ada hitam putih, telah ada yang memasang angan-angan apa yang bakal di rancang nanti sekiranya perkhabaran tersebut adalah benar. Namun bagi saya, selagi tidak mendengar sendiri perkataan yang keluar dari mulut PM ketika pembentangan bajet atau mana-mana siaran akhbar atau media oleh PM atau wakilnya, ini hanyalah desas desus yang tak boleh untuk di ambil kira sangat. Jangan terlalu berharap, kerana kekecewaan akan lebih besar jika harapannya terlalu tinggi.

Meskipun begitu, sekiranya perkara tersebut benar dan menjadi suatu pilihan mengenai pemberian bonus atau kenaikan gaji, aku lebih berharap kepada kenaikan gaji kerana ini untuk jangka masa panjang. Walaupun kenaikan tidak begitu banyak namun itu lebih utama bagi saya. Buat apa bonus lumayan untuk sekali dapat, tetapi belum sampai hujung tahun pun dah habis. Tak percaya????? Tunguu lah tengok sekiranya perkara ini benar.

Apapun, sebagai kakitangan bawahan yang berpendapatan kecil dan hidup pula di ibukota, sememangnya saya juga menyimpan harapan agar pertimbangan kenaikan gaji ini diberi perhatian oleh PM kepada kakitangan awam bagi menangani krisis kenaikan harga barang & kos sara hidup yang semakin meningkat selepas berlaku beberapa pemotongan subsidi.

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

- Malaysian Insider

Tuesday, 20 September 2011

Satu lagi gejala syaitan dikenali 'emo' mula menular dan perlu dibanteras

Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.

Difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.

Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.


Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.

Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).

Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.

Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.

Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.

“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Monday, 19 September 2011

Pertandingan Miss Bikini Malaysia di Pangkor perlu dihentikan

Kerajaan seharusnya mengambil langkah awal dengan menghentikan penganjuran FULL MOON BEACH PARTY yang turut mempertandingkan MISS BIKINI MALAYSIA di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti. Tambahan pula, kawasan Pangkor merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar yang sudah tentu akan mencemar imej  beliau selaku ADUN di kawasan berkenaan.

Kata EXCO Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman, walaupun pertandingan itu dianjurkan oleh pihak swasta, namun berdasarkan prinsip dan budaya ketimuran yang selama ini dipegang, pihak Kerajaan Negeri akan bertindak mengarahkan penganjur supaya membatalkan acara Miss Bikin.

Menurutnya lagi Kerajaan negeri memang tidak tahu menahu mengenai pertandingan Miss Bikini ini akan diadakan di Perak. Pertandingan seperti ini tidak seharusnya diadakan bukan sahaja di Perak malah di Malaysia kerana sudah tentu akan memberi impak negatif malah memalukan negara. Tambah Hamidah, pertandingan berkenaan adalah sama sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan Timur malah ia bertentangan dengan agama Islam.

Justeru katanya, pihak penganjur seharusnya faham akan kepentingan sensitiviti agama di negara ini sebelum bertindak sewenang-wenangnya mengadakan sebuah pertandingan yang mempersembahkan wanita separuh bogel.

- Perak Today
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.