"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 20 October 2011

Trafik sesak masuk ke laman khidmat pelacur di Facebook

Khidmat langgan nombor pelacur di facebook. Sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service 3C Agent menawarkan khidmat seks dan langganan pelacur melalui laman facebook. Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.


Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.

Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.

Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.

- Melvister.com

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.