"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Kaki pukul bini rupanya ustaz Al Khalwati Badrol Amin

Muka ustaz tapi hati berkarat jenis kaki pukul bini rupanya. Bila depan kamera bukan main mesra kononnya mereka adalah pasangan terhebat. Inilah yang dikatakan 'Bapak Borek Anak Rintik'. Kalau dan sifunya Anwar Juburit sinonim sifat 'depan belakang' tidak hairanlah perangai yang sama akan berjangkit kepada anak murid kesayangann Badrol Amin Al Khalwati.

Bila dah kena batang hidung sendiri, mula nak main wayang kononnya akan meletakkan jawatan dalam PKR bagi membersihkan nama PKR. Huh!!! banyak cantik betui perangai anak didik Anwar sekarang ini. Bila dah buat tahik baru nak letak jawatan dan bersara. Pening Teman!!

Kalau nak tahu lanjut mamat ni kaki pukul bini ke tak, try klik di House PK DISINI.




P/S : Aku agakla lepas ni depa akan kata ini semua konspirasi polis yang  mereka-reka laporan polis untuk menjatuhkan maruah dia. Kalau benar aku harap KAU SAMAN POLIS WAHAI BADROL..

Monday, 27 February 2012

Puihhh..Sial punya Badrol Amin dia makan sedap orang lain nak disalahkan

Tak taula apa nak jadi dengan pakatan haram pembangkang hari ni yang susah nak mengaku bila buat salah. Jika sudah nyata buat salah dan silap apatah lagi melibatkan maruah, balik-balik UMNO yang dipersalahkan. Kenapa mereka tidak pernah menyalahkan Tuhan yang Maha Esa di atas segala musibah yang berlaku.

Contohnya dalam kes Badrul Al Buriti yang didakwa berkhalwat dengan bini orang sekali lagi menyifatkan apa yang berlaku sebagai konspirasi jahat terancang UMNO untuk menjatuhkan maruahnya. Apapun kau dah memang dah tak bermaruah sejak berita ini menjadi hangat dibahas di media-media.


Ustaz kejadah apa macam ni langsung tidak mencerminkan seorang ustaz. Patut atau tidak kita yang masih waras boleh berfikir adakah sesuai jam 2 pagi berdua-duaan di dalam bilik dengan alasan menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan??? Fikila kalau ada otak. Lembu pun dapat fikir hang tu nak berdolak dalih sebab dah terlampau merah muka sebab malu besar. Puihhhh...! Aku ludah muka hang ustaz oiiii..

Petikan MStar Online..

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes khalwatnya.

Wednesday, 7 December 2011

Bilamana 'Bible' menjadi panduan Azmin Ali

Ramai juga di kalangan pemerhati PAS yang hadir di Kongres PKR baru-baru ini keliru dengan arah pemikiran Azmin Ali. Ramai yang perasan. Ramai juga yang tidak. Tapi kebanyakan pemerhati PAS mula memandang sesama sendiri.

Apa ‘reference’ Azmin Ali waktu mengutarakan pandangan bahawa PKR – adalah mereka yang tergolong dalam kelompok – Children of Light; sementara UMNO lebih layak digelar sebagai ‘Children of Darkness’.

Seorang pemerhati PAS, yang juga belajar dalam ‘Comparative Religion’ di IIUM; mula geleng kepala dan tidak bersetuju. Penulis bertanya, apa yang dia tidak sependapat?

Dia mula mengatakan bahawa istilah ‘children of light’ ini hanya terdapat dalam agama Kristian!



Seorang pelajar Phd IIUM mula memberikan arguments bahawa istilah yang digunakan Azmin Ali memang mempunyai konotasi Kristianiti yang sangat nyata.

Apa halatuju Azmin ini sebenarnya? Apakah Azmin sudah terlalu terbuai dengan pemikiran ultra liberal sehingga mula menggunakan istilah Kristian sewaktu membawa argument politik? Ini semua perlu ditegur oleh PAS.

Contoh:-
Believe in the light, that ye may be the children of light.
John 12:36

Isaiah 42:6
“I, the LORD, have called you in righteousness; I will take hold of your hand. I will keep you and will make you to be a covenant for the people and a light for the Gentiles.

Isaiah 42:16
I will lead the blind by ways they have not known, along unfamiliar paths I will guide them; I will turn the darkness into light before them and make the rough places smooth. These are the things I will do; I will not forsake them.

Isaiah 49:6
he says: “It is too small a thing for you to be my servant to restore the tribes of Jacob and bring back those of Israel I have kept. I will also make you a light for the Gentiles, that you may bring my salvation to the ends of the earth.

Apakah ini asas arguments Children of Light yang dinyatakan oleh Azmin Ali???

SUMBER : BLOG DR MIM

Aziz Bari : Mana yang sesuai join PKR atau masuk lubang kubur?

Terpulang kepada kamu Aziz Bari samada nak masuk PKR atau lubang kubur atau masuk apa-apa saja asalkan jangan menjadi penyangak undang-undang di negara ini. Tapi pentas yang dikira sesuai dengan profesor kangkung ni mungkin PKR kerana dengar khabar Anwar sudah menjanjikan tempat untuk Aziz Bari untuk menjadi calon parti itu pada PRU akan datang.


Nak tahu selanjutnya baca DISINI.

Friday, 2 December 2011

Kali ini PKR pula yang menghina India sebagai pemabuk

Masih panas lagi isu MB Perak dihina oleh Nga Kor Ming sebagai 'Hitam Metalik' yang turut mengundang kemarahan kaum India di negara ini. Satu lagi penghinaan ke atas kaum India di negara ini oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengaibkan Gobalakrishnan, AP Padang Serai dengan gelaran, pemabuk dan hanya bertaraf sekolah rendah.



Sumber : AIDC

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan melahirkan kemarahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi gelaran yang menghina sebagai ‘berpendidikan rendah’ dan ‘pemabuk’ ketika beliau meminta laluan untuk bercakap di Dewan Rakyat.

“Pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum” kata Anwar kepada ahli parlimen Bebas itu.

Marah dengan gelaran itu, Gobala meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenakan Tindakan Perintah Tetap kepada Ketua Pembangkang itu.

“Dia kata saya mabuk! Anwar kata saya telah mabuk! Saya minta supaya Perintah Tetap dikenakan kepadanya!”, jerit Gobala.

Thursday, 24 November 2011

Apa motif PAS dan DAP menganaktirikan PKR di Negeri Perak

Apa motif tiga sepupu sepapat pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Ngeh Ko Ham, Nga Kor Ming dan Nizar Jamaluddin mengadakan pertemuan tanpa memanggil seorang pun pemimpin dari kalangan PKR. Pertemuan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan pada PRU-13 akan datang.

Nampak gaya, PAS dan DAP sudah merancang awal untuk membuat percaturan mengenai kedudukan kerusi yang akan dipertandingkan tanpa pengetahuan pemimpin PKR. Apa muslihat mereka berbuat demikian? Sudah tentu, mengenal pasti kawasan yang dianggap selamat untuk diwakili oleh parti PAS dan DAP.


Selebihnya bagi kawasan yang dianggap tidak selamat berkemungkinan akan diberi laluan kepada PKR yang mula diketepikan oleh PAS dan DAP. Sebelum ini pun pernah timbul isu perebutan kawasan pilihanraya melibatkan PAS dan PKR iaitu di kawasan DUN Pangkor.

Kawasan DUN Pangkor yang kini dipegang oleh Dr Zambry Abd Kadir merupakan kawasan yang ditandingi oleh parti PKR tetapi kalah. Namun, selepas PAS membuat keputusan untuk bertanding di kawasan berkenaan, PKR Bahagian Lumut membuat bantahan kerana kawasan Pangkor termasuk dalam kouta parti PKR.

Ketidaksefahaman antara PAS dan PKR bukan hanya dikawasan Lumut bahkan turut melibatkan kawasan-kawasan lain di Negeri Perak. Tetapi mereka (PR) sengaja mencari jalan untuk menutup pergolakan dalaman yang berlaku demi menjaga hubungan baik antara ketiga-tiga parti kerana kita sedia maklum bahawa pilihanraya Umum sudah semakin dekat.

Tuesday, 22 November 2011

Selepas gagal isu NFC kini Saifuddin beralih kepada pakej umrah

Sekadar bercakap ada bukti jelas diperolehi tidak cukup untuk mengaitkan pakej umrah melibatkan pengarah eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran bernilai RM31,580.

Saifuddin sekali lagi cuba untuk mengaitkan Pengarah eksekutif NFC kononnya menggunakan dana NFC untuk pembiayaan pakej mengerjakan umrah bersama anaknya. Jika ada bukti cukup, dipersilakan buat laporan polis atau kepada SPRM untuk disiasat kemudiannya didakwa di mahkamah. ( Sumber : DISINI )


Sebelum ini kita pernah digembar gemburkan dengan isu ladang lembu melibatkan NFC di Gemas, Negeri Sembilan tetapi setelah diselidiki, kawasan ladang itu berjalan seperti biasa dan berjaya mengeluarkan purata daging mengikut piawaian yang ditetapkan.

Dakwaan kononnya ladang yang dibiayai NFC tidak berjaya ternyata meleset dan sekaligus memalukan tiga serangkai yang cuba meneksploitasi isu tersebut termasuk Rafizi dan Zuraida.

Sunday, 20 November 2011

Zuraida Pelesit kambing hitam PR alaf baru

Sekali lagi Zuraida Kamaruddin @ Zuraida Pelesit sanggup dijadikan kambing hitam oleh pembangkang untuk mengaitkan pemberian saguhati kerajaan RM100 kepada pelajar sekolah. Baru saja selesai isu NFC dijawab dengan bernas oleh NFC Corparation yang menyebabkan tiga serangkai bodoh PKR tertonggeng dek kerana kebodohan diri mereka sendiri.

Dalam isu pemberiaan wang saguhati kepada pelajar sekolah berjumlah RM100.00, Zuraida pelesit sekali lagi cuba mencipta 'drama baru' yang kononnya duit itu disalurkan kepada pejabat UMNO sebelum diberikan kepada pelajar sekolah.


Cerita yang dibawa kononnya Zuraida Pelesit setelah menerima panggilan telefon daripada seorang Guru Besar sekolah sekitar Lembah Klang memamklumkan bahawa duit berkenaan ada di Pejabat UMNO Bahagian. Tak pasal-pasal nama Dato Ismail Kijo turut terpalit ekoran cerita palsu yang dibawa oleh Zuraida Pelesit. BACA DISINI

Jika PKR tak mampu untuk menyediakan peruntukan kepada pelajar sekolah, langkah terbaik adalah diam dan berterima kasih kepada kerajaan. Teringat saya kepada isu NFC yang dicetuskan oleh Zuraida Pelesit sebelum ini. Kata mereka projek itu gagal dan merupakan projek pembaziran tetapi setelah diselidik dan tengok sendiri kejayaan projek NFC, terfikir bagaimana orang yang 'berotak udang' seperti ini boleh dipilih menjadi pemimpin? Atau memang hakikatnya, calon PKR mesti terdiri daripada mereka yang otak lembab seperti udang dan berjiwa pembohong yakni sama sifatnya seperti syaitan.

Friday, 23 September 2011

Bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Donald keluar PKR

Jimmy Donald
Keputusan bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Donald bersama –sama rakannya yang bertindak keluar PKR memberi satu lagi tamparan hebat kepada parti PKR yang kini terus dibelengu masalah ketidakpercayaan ahli-ahli parti. Apapun tindakan keluar parti ini sedikitpun tidak memberi kejutan kepada pesaing mereka dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Padungan kerana cawangan PKR di situ memang dilanda masalah.

Keputusan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim (perlu dinyatakan dengan jelas bahawa keputusan dibuat oleh penasihatnya dan bukan oleh presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) mengekalkan Baru Bian sebagai pengerusi PKR Negeri adalah tidak dipersetujui sebilangan besar ahli-ahli parti itu.

Baru Bian bukanlah pemimpin pilihan ahli-ahli parti tetapi hanya menjadi ‘boneka’ penasihat dan bukannnya presiden. Tambahnya lagi, ahli-ahli PKR mahukan pengerusi negeri yang mewakili suara majoriti ahli-ahli dan bukannya menjadi boneka penasihat (Anwar) dan bukannya, presiden.

Tambahan pula Parti PKR kini berdepan dengan pelbagai masalah dan yang paling ketara memberi kesan kepada ahli-ahlinya adalah melibatkan moral Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Malahan, pendekatan menipu yang selalu digunakan pemimpin tertinggi PKR begitu memalukan.

Sumber : Borneo Post

Tuesday, 6 September 2011

Kecoh!! PAS buat keputusan hanya beri satu kerusi untuk PKR bertanding di Terengganu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mendapat satu kerusi sahaja di Terengganu jika benar Pas mahu merujuk pembaha-gian kerusi di negeri ini sebagaimana tahun 1999. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, walaupun tidak menafikan pernah dimaklumkan melalui perbincangan tidak formal, namun beliau menganggap ia bukan keputusan muktamad dari Pakatan Rakyat (PR) di peringkat negeri.

Sehubungan itu, katanya, PKR akan mengadakan perbincangan dengan rakan pakatan terutama Pas berhubung ketetapan pembahagian kerusi bagi mendapatkan satu keputusan yang jelas.


“Kita akan berbincang dengan Pas, mungkin selepas hari raya ini. Oleh sebab Terengganu ada lapan Parlimen dan 32 kerusi DUN, saya rasa kedua-dua pihak berlapang dada untuk melihat yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan keseimbangan pembahagian kerusi memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pilihan raya umum pertama yang menyaksikan PR bertanding melawan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ahli parti juga tertunggu-tunggu berhubung pembahagian kerusi sambil menyifatkan keseimbangan pembahagian kerusi akan menunjukkan satu kerjasama yang baik dalam PR.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun yakin dengan kepimpinan di bawah Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut yang lebih terbuka dalam membincangkan isu itu.

“Kita melihat kepimpinan tertinggi (Pas) di peringkat negeri bersikap terbuka dan berharap walaupun tidak mendapat beberapa kerusi tetapi dapat memenangi, menawan hati rakyat Terengganu,” katanya.

Monday, 5 September 2011

Mulut Latheefa Koya sebusuk "bangkai babi"

Ini memang jenis ahli politik ‘ mulut koyak’.Kawan dengar ramai kawan-kawan orang suratkhabar yang bengang habis dengan gelagat minah PKR Latheefa Koya seorang ni buat komen tentang insiden kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor di Somalia.


Nampaknya dia ikut suka hati cuba nak gambarkan UMNO main pakai wartawan untuk buat liputan satu program yang didakwannya berbentuk propaganda seperti misi kemanusiaan Putera 1 Malaysia ke Somalia.

Putting poor journos and reporters at grave risk to cover their propaganda trip!! Sad state of affairs.Itu kata minah ni dalam mesej twitternya.

“Dah tak ada modal lain ke nak milage berpolitik…please shutuplah,”kata seorang kawan bila bercakap bab ini.

“Awak jangan campurlah kerja kami,”kata seorang kawan lain.

Mereka hairan Latheefa Koya ni nak tunjuk dia ni apa?

“Konon simpati sangat ke…boleh belah?”,kata seorang kawan lain yang geram.

Kata kawan tu tolong bagitau minah tu yang ramai wartawan cukup tidak kisah dan cukup berminat nak buat liputan sesuatu program di kawasan bergolak.

Ramai kawan-kawan bersimpati dengan apa yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.Namun ia tidak langsung mematahkan semangat untuk turun padang di masa akan datang jika diundang untuk membuat liputan.

Untuk liputan di Somalia contohnya.Semua wartawan,jurugambar dan sukarelawan yang turun tahu akan risiko di negara yang terkenal dengan peristiwa yang difilemkan menerusi “ Black Hawk Down’ itu.

Semua orang tahu kisah lanun Somlia yang ganas merompak kapal-kapal dagang.

Begitu juga semua orang tahu kisah pertelegahan bersenjata antara warlord di negara itu.

Apapun semuanya semuanya secara sukarela setuju pergi tanpa paksaan.

Kelab Putera 1 Malaysia sebelum ini pernah bawa wartawan untuk misi menyelamatkan pelajar Malaysia masa pergolakan di Mesir.

Wartawan Agendadaily sendiri turut serta atas dasar sukarela.

Risiko waktu itu memang besar dalam keadaan di Kaherah yang tidak menentu.

Kelab Putera 1 Malaysia juga membawa wartawan serta misi bantu mangsa tsunami dan gempa bumi di Jepun tidak lama dulu.

Wartawan juga dibawa ke misi di bantuan di Gaza.

Setahu Kawan tidak ada seorang wartawan pun yang merungut komplen ‘ kena pakai’ untuk tujuan propaganda.

Misi seperti ini adalah untuk tujuan baik .Tak ada salah dan silapnya.

Apa yang berlaku keatas Allahyarham Noramfaizul adalah suatu takdir yang tidak diduga.

Tugas wartawan adalah seperti mana-mana bidang lain ada risikonya.

Selain menyertai misi ini,sudah menjadi kebiasaan wartawan di hantar buat liputan tak kira bahaya ke tidak situasinya.

Sebelum ini misi liputan anjuran wartawan Malaysia ke Iraq dulu pernah menghadapi kecelakaan .

Kisah serangan tentera Isreal keatas kapal Mavi Marmara yag disertai oleh wartawan Malaysia juga masih segar dalam ingatan.

Jadi Cik Latheefa Koya tak payah nak susah-susah main politik bab kerja wartawan pergi buat liputan.Its none of your business.

Kawan-kawan bukan tak tau…minah ni nak cari point nak tibai UMNO saja.

Hello…ini kerja amal …tak ada salahnya.

PKR tak anjur apa-apa pun untuk kerja amal semacam ini…sebaliknya asyik memekak saja.

Sumber : Agenda Daily

Tuesday, 28 June 2011

Joe Bedul memang suka sedut air liur yang dia ludah...!

Dengar cerita Jo Bedul rasa keluh kesah gelisah dan tak senang duduk setelah pendedahan tentang dirinya yang turut mengaku bahawa Anwar Al Juburi adalah lelaki dalam video seks. Ekoran pendedahan menerusi video yang telah dimuat naik dalam laman youtube dan blogger Papagomo, Joe bedul telah mengeluarkan kenyataan dalam laman web Malaysian Insider menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan bahawa beliau telah diberikan wang pendahuluan berjumlah RM100,000.00 daripada Datuk Eskay untuk membawa  wakil rakyat PKR turut sama menonton video seks berkenaan.


Memang kesian kepada Jo Bedul kerana tidak sampai seminggu berhempas pulas menyiapkan rakaman video menafikan penglibatan Anwar Al Juburi, timbul pula video baru yang mendedahkan edisi pembohongan sebenar yang belaku ke atas dirinya. Memang Jo Bedul ditakdirkan menjadi Wakil Rakyat PKR berstatus malang.

Video yang didedahkan oleh Papagomo memang jelas dan nyata tanpa sebarang keraguan dan jika diserahkan kepada pakar sekalipun, memang sah itu Joe Bedul 1000% bersama Trio Datuk T yang asyik 'melayan' adengan Anwar Ibrahim bersama Cina doll.



Sebab itulah dalam kenyataan penafiannya dalam Malaysian Insider hanya 'berkisar' mengenai jumlah bayaran RM100,000.00 yang diperolehinya daripada Datuk Eskay sebagai bayaran untuk membawa  Wakil Rakyat PKR menonton sama video seks Anwar Ibrahim. Kenapa Joe Bedul tidak menafikan lelaki malang dalam video berkenaan adalah bukannya dirinya? Maknanya, jika dia berkata demikian, sudah pasti akan memakan dirinya balik.

Cara politik yang sama diamalkan oleh Anwar al Juburi di mana tidak akan mengaku dengan mudah meskipun sudah teranag lagi bersuluh bahawa itu memang muka Joe Bedul yang selam ini begitu kuat mempertahankan Anwar Al Juburi.

Skrip yang dicipta tidak berkesan untuk melakonkan watak "penipu tarbus" sehingga memakan diri sendiri. Joe Bedul boleh diibaratkan sebagai manusia yang "JILAT BALIK AIR LIUR YANG DILUDAHNYA". Benar kata-kata Datuk Seri Zahrain Mohamad, bahawa Anwar hari ini dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai otak pembelit sama sepertinya.

Begitu juga dengan jam omega Anwar yang telah ditunjukkan oleh Datuk Eskay kepada Joe Bedul turut merungkai persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya. Anwar dan satu keluarga berjaya menipu rakyat yang akhirnya "menerima musibah" daripada Allah satu persatu. Nauzubillah..!

Berdasarkan pemerhatian saya, 'body langguage' Joe Bedul memang menggambarkan beliau adalah seorang pemimpin kaki penipu dan kaki songlap duit. Memang sesuai menjadi barua Anwar Ibrahim.

Friday, 24 June 2011

Video! Siti Aishah penghasut Bersih 2.0 yang akan "basah" pada 9 Jul 2011

Bercakap ketika dipentas ceramah memang mudah dan berani dengan gaya sombong dan angkuh. Pada tarikh keramat 9 Jul 2011 nanti, baru tahu langit tinggi atau rendah wahai Siti Basah....

Wednesday, 22 June 2011

Nasib baik kena ugutan seks, kalau kena bubuh nak kata apa?

Baru dalam facebook kena ugutan seks sudah melenting tak tentu pasal sehingga membawa kepada laporan Polis. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Serikandi PKR yang kurang laku dikalangan beliawanis muda, iaitu Siti Aishah.


Katanya, pemilik akaun yang menggelarkan dirinya sebagai "Rango Krew" kononnya telah membuat ugutan dengan cerita seks yang amat menakutkan kepada seluruh warga serikandi PKR.

Laporan polis dibuat oleh Siti Aishah di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh semalam. Dalam masa yang sama, turut memberi tempoh kepada polis selama tiga hari untuk menyiasat secara menyeluruh perkara berkenaan.

Memang dasar lenggang kangkung si Ketua Serikandi PKR yang mengarahkan pihak polis. Pihak polis banyak lagi kerja yang lebih penting untuk dilakukan daripada memberi perhatian kepada isu remeh. Lagipun, siapa suruh lantang sangat bersuara kalau dah tahu diri kita hanya seorang wanita.

Dengan hanya menunjukkan sebuah kertas laman facebook tidak mencukupi kerana itu semua tidak boleh menjadi saksi untuk mensabitkan seseorang itu bersalah. Sama sepertimana yang dijelaskan oleh Hj Hadi bahawa video seks Anwar tidak boleh menjadi saksi

Monday, 20 June 2011

Takkan PKR nak bolot semua kawasan kot..!!! Mabuk tuak DAP dan PAS

Jawatankuasa pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenarai pendek hampir 60 peratus calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang menyaksikan beberapa muka baru.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata senarai itu akan diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta biro politik PKR dalam tempoh dua minggu, untuk dipertimbang dan disahkan.


"Mereka yang terpilih namun tidak menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini, tidak akan dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Juga tidak ada jaminan mereka yang menang sebelum ini akan dibenar bertanding semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen pemilihan parti itu.

Azmin berkata calon yang terpilih perlu menjalani tapisan ketat bagi memastikan mereka komited terhadap parti selain mampu berkhidmat untuk rakyat.

"Pengalaman lampau mengajar kita agar lebih berhati-hati memilih calon," katanya sambil menambah parti itu mahu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Bagaimanapun, katanya, akan berlaku pertukaran kerusi dengan rakan pembangkang PAS dan DAP di kawasan PKR kalah.

Beliau juga berkata parti itu akan terus meletakkan calon di kawasan campuran yang mempunyai jumlah pengundi sama rata dari pelbagai kaum.

-- BERNAMA

Tuesday, 24 May 2011

Hairan! Gaji bagi makan anak bini, maki tetap maki..!

Gaji kakitangan kerajaan seperti guru, polis, tentera, jururawat semuanya dibayar oleh kerajaan Pusat tidak kira mereka ini didalam kategori apa sekalipun mahupun daripada Gred A sehingga ke Pembantu Am Rendah di semua jAbatan kerajaan.

Setiap sen duit itu hasil daripada kebijsanaan tadbir urus kerajaan bermula daripada keringat pejuang terdahulu sehingga kepada Perdana Menteri yang ada sekarang ini. Namun, disebalik reliti ini, ramai juga kakitangan kerajaan yang secara jelas dan terang-terangan menjadi pengkritik dan pencaci kerajaan sedangkan dalam masa yang sama hasil gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

Yang paling ketara Cikgu Bard, memang lantang mengkritik dasar kerajaan kononnya semua tak betul padahal beliau lupa bahawa setiap gaji yang diterima itu dibayar oleh kerajaan. Tiap-tiap bulan dapat gaji belanja anak dan isteri makan.

Dengan megah bersuara bahawa PRU-13 akan meyaksikan jatuh bangun karier politik DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Malah apa jua isu yang dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim langsung tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim. Bahkan, mendakwa tahap sokongan kepada Anwar sudah berada pada tahap yang sebenar untuk mencapa misi menakluk Putrajaya.

Nasihat kepada Cikgu Bard, walaupun anda sudah berkecimpung dalam dunia gelap Anwar yang saban hari menunggu masa untuk rebah, perlu juga ada had dan batasnya untuk mengeluarkan kenyataan kerana adakah tidak berasa malu mencaci orang yang bagi makan kepada kamu untuk menyara keluarga.

Satu ketika beriya-iya sangat marah kepada PKR sampai menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu tetapi sejak pulang dari Indonesia bersama Shamsul dan Anwar, lain pula ceritanya. Apa agaknya yang dijampi oleh Anwar sampai Cikgu Bard berubah fikiran dan masih mempertahankan Anwar?.

Apapun itulah realitinya dalam pentas politik, jika apa yang diidamkan itu tidak dapat dipenuhi oleh pucuk pimpinan mereka, on the spot merajuk dan terus ingin meninggalkan parti. Hakikatnya, Kalau tidak mempunyai kepentingan, masakan ada hasrat untuk mencebuti pentas politik..PKR dah nak sampai azab rasanya.
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.