"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 23 September 2011

Bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Donald keluar PKR

Jimmy Donald
Keputusan bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Donald bersama –sama rakannya yang bertindak keluar PKR memberi satu lagi tamparan hebat kepada parti PKR yang kini terus dibelengu masalah ketidakpercayaan ahli-ahli parti. Apapun tindakan keluar parti ini sedikitpun tidak memberi kejutan kepada pesaing mereka dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Padungan kerana cawangan PKR di situ memang dilanda masalah.

Keputusan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim (perlu dinyatakan dengan jelas bahawa keputusan dibuat oleh penasihatnya dan bukan oleh presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) mengekalkan Baru Bian sebagai pengerusi PKR Negeri adalah tidak dipersetujui sebilangan besar ahli-ahli parti itu.

Baru Bian bukanlah pemimpin pilihan ahli-ahli parti tetapi hanya menjadi ‘boneka’ penasihat dan bukannnya presiden. Tambahnya lagi, ahli-ahli PKR mahukan pengerusi negeri yang mewakili suara majoriti ahli-ahli dan bukannya menjadi boneka penasihat (Anwar) dan bukannya, presiden.

Tambahan pula Parti PKR kini berdepan dengan pelbagai masalah dan yang paling ketara memberi kesan kepada ahli-ahlinya adalah melibatkan moral Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Malahan, pendekatan menipu yang selalu digunakan pemimpin tertinggi PKR begitu memalukan.

Sumber : Borneo Post

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.