"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday, 19 September 2011

Pertandingan Miss Bikini Malaysia di Pangkor perlu dihentikan

Kerajaan seharusnya mengambil langkah awal dengan menghentikan penganjuran FULL MOON BEACH PARTY yang turut mempertandingkan MISS BIKINI MALAYSIA di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti. Tambahan pula, kawasan Pangkor merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar yang sudah tentu akan mencemar imej  beliau selaku ADUN di kawasan berkenaan.

Kata EXCO Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman, walaupun pertandingan itu dianjurkan oleh pihak swasta, namun berdasarkan prinsip dan budaya ketimuran yang selama ini dipegang, pihak Kerajaan Negeri akan bertindak mengarahkan penganjur supaya membatalkan acara Miss Bikin.

Menurutnya lagi Kerajaan negeri memang tidak tahu menahu mengenai pertandingan Miss Bikini ini akan diadakan di Perak. Pertandingan seperti ini tidak seharusnya diadakan bukan sahaja di Perak malah di Malaysia kerana sudah tentu akan memberi impak negatif malah memalukan negara. Tambah Hamidah, pertandingan berkenaan adalah sama sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan Timur malah ia bertentangan dengan agama Islam.

Justeru katanya, pihak penganjur seharusnya faham akan kepentingan sensitiviti agama di negara ini sebelum bertindak sewenang-wenangnya mengadakan sebuah pertandingan yang mempersembahkan wanita separuh bogel.

- Perak Today

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.