Namun, persoalan yang timbul adakah hasil kutipan berjuta-juta ringgit itu diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak?. Ini tidak termasuk lagi zakat-zakat yang lain seperti yang dibayar secara individu mahupun syarikat-syarikat korporat.
Apabila berbicara soal duit kutipan zakat dengan salah seorang teman saya yang dikategorikan wajib membayar zakat, secara spontan beliau menjawab mudah bahawa duit yang dibayar itu sampai atau tidak kepada sasaran iaitu mereka yang benar-benar layak.
Saya amat tersentuh apabila membaca luahan seorang wanita berusia 40 tahun terpaksa mendapat bekalan makanan untuk menyara anak-anaknya di sebuah gereja ekoran mengalami kesempitan hidup. Yang peliknya, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh wanita berkenaan bahawa beliau pernah mendapat bantuan daripada Baitulmal dan itupun hany sekali.
Jika benar dakwaan ini, siapa yang patut dipersalahkan sekiranya wanita berkenaan nekad untuk memohon bantuan bekalan makanan daripada gereja bagi menyara keluarganya.
Bahkan, jika tergerak wanita itu untuk memilih kristian sebagai pegangan agamanya, siapa yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak?? Yang pasti pihak yang berkaitan akan bersalah dalam hal ini termasuklah kerajaan yang memerintah yang kononnya mendokong prinsip Islam. Fikir sedalam-dalamnya terutama sekali pihak yang berkaitan seperti Baitulmal yang dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan.
Jangan hanya berfikir soal angka kutipan zakat semata-mata yang akhirnya maruah Islam terabai..
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.
No comments:
Post a Comment