"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 21 October 2011

Tindakan penggantungan Aziz Bari oleh UIAM tidak bertamadun

Samada bertamadun ataupun tidak itu bukan persoalan utama membabitkan isu penggantungan Aziz Bari oleh pihak pengurusan UIAM. Apa yang lebih penting maruah UIAM sebagai institusi pengajian tinggi yang selama ini boleh dianggap berpretij di negara telah tercemar oleh sebab kegilaan Aziz Bari untuk menjadi glamour.

Kenyataan Aziz Bari yang menyanggah titah Sultan Selangor secara terbuka sememangnya tidak boleh diterima oleh sesiapapun melainkan dikalangan penyokong dan pemimpin pembangkang. Pihak pembangkang sudah dijangka akan memainkan isu ini secara meluas untuk mengambarkan bahawa tindakan penggantungan Aziz Bari itu disebabkan desakan kerajaan.


Saya percaya bahawa masih ramai lagi ahli akademik yang cenderung pro kepada parti pembangkang di negara ini tetapi mereka bijak dan tidak sebodoh Aziz Bari. Meskipun kenyataan yang dibuat Aziz Bari tidak boleh disamakan dengan ahli politik, maknanya tetap sama iaitu cuba mencabar kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu yang merupakan payung agama.

Samada Aziz Bari pakar atau tidak, itu semua gelaran yang diberi oleh manusia berdasarkan ilmu yang dipelajari. Tetapi perlu diingat bahawa, sebijak manapun kita dalam bidang yang diceburi, ada lagi yang lebih bijak daripada kita. Inilah lumrahnya yang kadangkala kita lupa apabila merasakan diri kita tahu segala-galanya.

Demi menjaga nama baik UIAM, tindakan penggantungan itu amat kena pada masanya demi menjaga kelangsungan institusi itu daripada terus dilabelkan 'Universiti Pembangkang' di negara ini. Tambahan pula pelajar yang mengikuti pengajian bukan saja dari kalangan anak tempatan bahkan ada pelajar dari luar negara.

Justeru itu, apa yang berlaku menyebabkan kerugian kepada pelajar-pelajar Aziz Bari samada diperingkat pengajian Sarjana Muda hingga ke PhD. Secara tak langsung akan menjejaskan pengajian pelajar-pelajar berkenaan.

Benar apa yang pernah diluahkan oleh rakan karib saya yang merupakan bekas penyokong kuat PAS bahawa pembangkang tidak akan berdiam diri selagi tidak memutarbelitkan fakta meskipun terpaksa membelakangi agama. Tambahnya, jika DAP buat kesalahan dan tidak suka kepada Islam sekalipun, PAS tetap akan bersama-sama DAP demi menjatuhkan kerajaan yang sediada.

“Saya cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza.

“Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang.

“Ini jauh sekali daripada merelaikan setiap masalah yang timbul. Sepatutnya hujah akademik dibalas dengan pandangan yang sama bagi menggambarkan kewibawaan ilmu seseorang,” ujarnya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, apa yang dilakukan UIA terhadap Dr Abdul Aziz sebagai strategi dan proses ke arah 'melenyapkan' golongan intelektual yang berani menyatakan kebenaran. - Harakah

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.