"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 29 October 2011

Mufti Kelantan akui penguatkuasaan murtad amat lemah

Dalam keghairahan PAS yang sentiasa bertubi-tubi mencari kesalahan UMNO, akhirnya getah itu terkena kepada muka mereka. Soal Hudud yang dicanang oleh pemimpin mereka selama ini sudah basi dan tidak laku kerana isu ini memang sengaja diadakan untuk menutup kelemahan diri mereka sendiri. Bila bercerita pasal Hudud, rakyat sengaja tidak didedahkan dengan isu murtad yang paling pokok dan perlu ditangani dengan segera.


Perkara ini turut diakui oleh Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyifatkan kerajaan negeri gagal dalam merangka tindakan penguatkuasaan. Ekoran kelemahan sistem pengutkuasaan, undang-undang yang berkaitan dengan murtad di negeri itu tidak dapat dilaksanakan dengan seawajarnya.

Tambah beliau, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi ia tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi penguatkuasaannya. “Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini walaupun enakmen mengenainya telah lama wujud,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa enakmen mengenainya telah wujud sejak 1980 untuk mendakwa mereka yang melakukan kegiatan itu di Mahkamah Sivil.

Sebenarnya undang-undang berkitan murtad sudah lama wujud di negeri Kelantan tetapi disebabkan kes yang berkaitan tidak banyak menyebabkan undang-undang itu tidak dikaji dan dibiarkan. Sebagai contoh, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi ia tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi penguatkuasaannya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.