Lontaran itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Majlis Kenduri Rakyat bersama hampir 15 ribu orang di Guar Cempedak, Yan. Rakyat Kedah katanya memilih pembangkang pada pilihanraya umum lalu untuk melihat perubahan.
Selepas tiga tahun, kini rakyat perlu menilai sama ada perubahan benar-benar mengambil tempat. Katanya, tidak bermakna jika keputusan itu hanya membawa perubahan parti dan pemimpin. Tetapi yang lebih penting, pengisian pelaksanaan yang mampu dijana di seluruh negeri. Apabila rakyat gagal menghidu angin perubahan, maka keputusan tepat perlu dilakukan pada peluang berikutnya.
DATUK SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Maka kita ada kesempatan untuk lakukan sekali lagi perubahan di bumi Kedah ini untuk kembalikan perubahan itu. Yang lebih penting pelaksanaan. Jadi hampa, ha Kedah panggil hampa kena la pikiaq balik pikiaq balik siapa yang boleh bagi perubahan itu jadi berilah sokongan bulat dan padu kepada BN.Sumbangan Barisan Nasional dalam membangunkan negara sejak merdeka membuktikan BN mempunyai potensi memajukan negeri Kedah sejajar dengan pelan transformasi kerajaan pusat.Justeru, Datuk Seri Najib mengingatkan rakyat Kedah melakukan pilihan yang tepat untuk menetapkan arus pembangunan negeri pada pilihanraya umum akan datang.
No comments:
Post a Comment