"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 23 October 2011

Keadaan fizikal dan perbuatan seakan 'kera'

Samada sumpahan atau tidak itu semua ungkapan yang hanya digelar oleh manusia. Yang pasti, Allah SWT yang lebih berkuasa dan maha mengetahui di atas segala kejadian dan perbuatan seseorang. Inilah yang boleh dikaitkan dengan nasib malang seorang kanak-kanak kawasan Bone Bolango, Gorongtolo Indonsesia yang dilahirkan dalam keadaan fizikal dan perbuatan seakan kera.

Mengikut apa yang diceritakan oleh nenek kepada kanak-kanak malang itu, apa yang berlaku mungkin satu sumpahan kerana sewaktu mengandung, ibunya sentiasa mengidam ingin memakan buah-buahan. Namun, satu ketika bila suaminya tidak mahu memenuhi permintaan itu, ibunya terus menyumpah anak dalam kandungan di mana menyamakan anak dalam kandungan sama seperti kera.


Saksikan video di bawah...

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.