"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday 3 November 2011

Muslihat terancang DAP jika berjaya memerintah Malaysia

Apa sebenarnya motif Pakatan Rakyat untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya berjaya memerintah Malaysia. Macam-macam alasan yang diberikan oleh pelbagai pihak berhubung isu ini kerana perkara ini tidak dijelaskan terperinci kepada rakan pakatan mereka terutama PAS yang majoriti dibarisi oleh orang-orang Melayu.

Isu ini timbul selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua yang mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam di negara selepas Pakatan Rakyat memerinta. Kumpulan sasaran, adalah kakitangan awam yang sudah berusia di mana ketetapan ini akan dilaksanakan setiap tahun.

Ini keratan akhbar Sin Chew Daily pada hari Selasa, 1 November 2011 yang tidak dijelaskan oleh PAS kepada umum kerana takut disergah oleh rakan pakatan mereka DAP...


Alasan lain yang diberikan oleh Tony Pua, bahawa kebiasaannya kakitangan awam yang sudah berusia tidak lagi produktif dan mengambil contoh pendekatan yang dilakukan di negara China. Di negara China, kakitangan awam yang tidak produktif akan disarankan bersara lebih awal dan hanya duduk di rumah menikmati separuh gaji bulanan.

Ekoran itu, apa yang dicadangkan DAP ini disanggah oleh Aziz Muda, Timbalan Presiden CUEPACS kerana alasan pengumuman kenaikan gaji antara 7% hingga 13% semasa Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri adalah relevan. Bahkan dalam keadaan iklim ekonomi semasa, faktor peningkatan kos sara hidup turut diambil kira oleh kerajaan. Sebab itu, kerajaan terpaksa memikirkan jalan untuk meningkatkan punca pendapatan kakitangan awam melalui kenaikan gaji.

Untuk makluman, ketika ini jumlah kakitangan awam sekitar 1.2 juta daripada jumlah populasi rakyat Malaysia 28 juta orang, jumlah kakitangan awam yang ada ketika ini sudah mencakupi 4% daripadanya ataupun bersamaan 10% daripada populasi pekerja yag ada sekarang. Manakala populasi pekerja di Malaysia pula keseluruhannya berjumlah 12 juta.

Berikut adalah statistik jumlah kakitangan awam mengikut kategori perkhidmatan di negara ini:-

1. Guru – 400,000
2. Tentera – 200,000
3. Polis – 150,000
4. Jururawat – 50,000
5. Bomba – 30,000
6. Penguatkuasa lain (JPJ,Kastam, APMM) – 70,000

Dari segi nisbahnya pula, setiap daripada 10 orang pekerja di Malaysia, seorang daripadanya adalah kakitangan awam. Manakala setiap seorang daripada itu, terpaksa memberi perkhidmatan kepada 24 orang rakyat Malaysia. Justeru, bayangkanlah, jika cadangan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam dilaksanakan??.

P/S : Saya cuma merenung sejenak apakah muslihat parti DAP mengenai cadangan ini. Rasanya tidak salah saya katakan bahawa ini salah satu strategi DAP untuk menjadikan Melayu di negara ini sebagai sasaran. Ini kerana, realititnya statistik memang menunjukkan bahawa kaum Melayu majoriti bekerja dalam sektor awam.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.