"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 3 November 2011

Kenapa sekarang baru PAS nak mengaku?

Apabila rakyat mula bercakap soal hubungan PAS dengan rakan pakatan mereka seperti DAP dan PKR yang sudah lama tidak sehaluan, PAS dengan dengan jawapan ego menyifatkan hubungan antara rakatan pakatan masih kuat dan mendapat sokongan akar umbi. Benarkah begitu?

Bukan saya yang jawab tetapi hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR baru saja diulas sendiri oleh Mustapa Ali, S/U Agong PAS yang mengakui hubungan dengan DAP serta PKR sebenarnya tidak lagi disenagi oleh ahli akar umbi. Ramai dikalangan ahli-ahli PAS akar umbi tidak bersetuju PAS berpakat dengan DAP&PKR.

Banyak masalah dan pertikaian antara PAS dengan pakatan tidak mencapai kata sepakat kerana dasar yang cuba dibawa ketiga-tiga parti itu berbeza. Contoh paling mudah dalam isu Hudud, PAS sudah lama main wayang dalam isu ini meskipun rakyat tahu parti itu tidak berkemampuan untuk melaksanakannya. Apatah lagi bila disebut saja tentang Hudud, DAP semestinya bingkas bangun menyanggah apa yang ingin dilaksanakan PAS.

Mereka tidak mempunyai titik persamaan dalam menentukan kata putus berhubung sesuatu perkara yang akhirnya menyebabkan ramai ahli peringkat akar umbi sudah tawar hati dengan perjuangan parti PAS.

Malah, Mustapa juga mengakui agak sukar untuk ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menggunakan satu lambang dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang diamalkan oleh BN. Ini kerana masing-masing mempunyai kepentingan atas sesuatu lambang parti dan situasi ini secara tidak langsung memberi impak kepada sokongan akar umbi.

Konsep tahaluf siyasi yang kononnya dipegang oleh PAS selama ini , adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.