"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday, 14 November 2011

Luahan pembeli rumah PRIMA 1 Malaysia

Khairul Adha Azman begitu teruja apabila mendapat tahu Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan sesuai untuk golongan sepertinya.

Namun apabila diberitahu harga setiap unitnya adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, keterujaannya bertukar suram.

Bagi pegawai bank berusia 29 tahun ini, harga sedemikian masih di luar kemampuannya.

"Pada saya harga yang ditawarkan masih terlalu tinggi, kerana jika dicongak kembali, kos ini tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan," katanya yang sudah berkahwin tetapi menyewa di Petaling Jaya.


Bagi dirinya, jenis hartanah yang wajar dibangunkan bagi kediaman bernilai tidak kurang dari RM150,000 ialah rumah teres, biarpun kecil tetapi selesa terutama bagi mereka yang telah berkeluarga.

"Kita masih banyak tanah terbiar yang boleh dibina rumah teres," tambahnya.

Kerani syarikat swasta, Mohd Najib Shokri, 28, juga tidak mampu memiliki rumah tersebut.

"Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bagi membina lebih banyak rumah teres berbanding pangsapuri," katanya yang kini menyewa di kawasan rumah pangsa yang padat di Jalan San Peng di sini.

Bagi penjawat awam Mohd Iqbal Ikhwandy, 25, beliau mahu kerajaan mengkaji keperluan dan kemampuan rakyat untuk memiliki rumah PR1MA memandangkan kos sara hidup seperti di Kuala Lumpur yang tinggi.

Seorang pegawai agensi kerajaan, Mohd Fiqqrie Yahaya, 26, mencadangkan syarat memiliki rumah itu dilonggarkan seperti mengecualikan bayaran deposit dan mengurangkan ansuran bulanan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Walaupun saya dan isteri sudah menggabungkan gaji kami, namun ia masih tidak mencukupi dan sekaligus tidak melayakkan kami untuk membeli rumah PR1MA, katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Di samping itu, peniaga Asyuat Din, 33 dan isterinya pekerja swasta, Zurin Tahir, 31, mahu syarat pemilikan rumah PR1MA diperketatkan agar mereka yang benar-benar layak sahaja dibenarkan memilikinya.

Sementara itu ejen perumahan swasta, Fazuli Ismail, 32, berkata publisiti mengenai pemilikan rumah tersebut masih tidak meluas.

"Walaupun bekerja sebagai ejen perumahan, namun saya dan rakan-rakan saya pun tidak tahu bagaimana hendak memohon rumah ini.

"Bila ditanya kepada ejen yang mengendalikan projek ini, mereka menjawab rumahnya telah penuh ditempah. Jadi bagaimana kita nak tahu lokasi rumah dan cara untuk menempahnya," katanya yang masih menyewa di Gombak.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.