"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 21 February 2012

Bekas penyanyi kumpulan Shades suspek utama rogol anak tiri

Berita yang agak mengejutkan melibatkan nama Wan salah seorang ahli kumpulan Shades. Mungkin nama Wan Shades tidak begitu gah di persada seni negara kita sekarang ini. Tapi kumpulan Shades dulu pernah mencipta nama dalam industri tanah air. Kita lupakan soal kenal atau tak kenal Kumpulan Shades atau ahli Shades yang bernama Wan ini.

Hari nie kecoh satu Malaysia mengenai isu Penyanyi Kumpulan
R & B Rogol Anak Tiri selama 7 Tahun. Kalau dah sampai 7 tahun nie, rogol ke apa nie? Ke kahwin senyap-senyap dengan anak tiri dia nie?

Yeah, begitulah yang terjadi sekarang nie apabila Wan Shades menjadi suspek utama dalam kes nie. Wan Shades atau nama sebenar, Mohammad Faizal Mohd Ali yang aktif dalam bidang nyanyian turut berlakon dalam filem Embun pada tahun 2002. Berita nie masih samar-samar dan belum tepat 100% seperti yang didakwa di dalam akhbar tempatan hari ini.

Sumber : Rotikaya.com

Monday, 20 February 2012

Himpunan NGO Desak Kerajaan Kelantan serah pengurusan air pada SPAN

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan gabungan beberapa NGO lain akan mengadakan satu perhimpunan aman Sabtu ini bagi melancarkan gerakan mengumpul tandatangan sejuta rakyat mendesak kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Presidennya, Azmi Ali berkata, perhimpunan tersebut adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 4 Januari lalu.

“Kali ini kita akan lancarkan gerakan itu (mengumpul sejuta tandatangan) ke semua jajahan terutamanya kawasan yang terlibat dengan masalah air sebelum menyerahnya kepada pimpinan kerajaan negeri dalam satu himpunan yang lebih besar di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri.


“Tindakan kita bukan berorientasikan politik tetapi berdasarkan aspirasi rakyat. Cukuplah untuk meletakkan rakyat negeri ini dalam kancah penderitaan, sudah lama kami bersabar berhubung masalah air ini,” katanya.

Katanya, Kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan isu rakyat terutama dalam masalah air sedangkan bantuan sebanyak RM600 juta bagi mengatasi masalah tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Pusat.

Beliau mendakwa, tindakan kerajan negeri yang terus berdiam diri daripada menerima cadangan kerajaan Pusat supaya Span mengambil alih urus tadbir air selepas mereka gagal menyelesaikan isu tersebut telah menjadi tanda tanya banyak pihak selain menggambarkan keangkuhan kerajaan itu yang tidak mahu menerima pendapat orang lain.

“Saya kira jika Span mengambil alih urusan ini, sudah lama masalah air akan selesai dan rakyat tidak terus terbelenggu dengan masalah ini,” katanya.

Pada 4 Januari lalu tiga NGO dikepalai MTRK menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Pas Kelantan menerima pelan cadangan Span untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Menerusi memorandum tersebut NGO berkenaan memberi tempoh dua bulan kepada kerajaan Pas Kelantan untuk menyelesaikannya kerana ia isu besar dan melibatkan kepentingan semua pihak terutama rakyat.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, perhimpunan yang bakal diadakan di padang berhampiran pusat beli belah Tesco dekat sini itu akan melibatkan 20 NGO negeri ini.

Beliau menjangkakan, 2,000 rakyat akan keluar pada hari tersebut bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang gagal melaksanakan amanah rakyat terutama dalam isu air walaupun telah diberi amanah sejak 21 tahun lalu.

Sumber : KKB

Wednesday, 8 February 2012

Koleksi video yang menyebabkan Dr Hassan Ali dianggap fasik oleh parasit PAS

Bilamana Dr Hassan Ali membuat keputusan untuk membuat ceramah roadshow di seluruh negara mengenai akidah umat Islam, telah mula kedengaran daripada pemimpin dan ahli-ahli PAS yang fanatik kepada 'tok guru' keramat mereka Nik Aziz yang menyifatkan Dr Hassan Ali tergolong dikalangan orang yang fasik. Apa tidaknya, setiap kali Dr Hassan Ali berceramah sudah tentu akan mengaitkan parti PAS sebagai entiti politik yang saban hari sudah tidak lagi signifikan kepada perjuangan mempertahankan Islam apatah lagi membicarakan soal akidah.

Nampak gaya ramalan pemimpin PAS yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa Dr Hassan Ali tidak akan dilayan oleh pengikut PAS ternyata meleset. Ramai yang mula sedar bahawa perjuangan PAS sekarang ini hanya bermatlamat untuk mendapatkan kuasa semata-mata yang akhirnya membawa kepada kehancuran akidah umat Islam di negara ini. Kumpulan yang dianggap parasit dalam kepimpinan tertinggi PAS hari ini sudah mula gelisah dengan perkembangan muthakir ini begitu juga dengan kelompok pimpinan ulamak yang segelintirnya sudah mula memihak kepada Dr Hassan Ali.

Hidup Islam, Hidup Melayu, Hidup Raja yang berdaulat sepertimana yang dilaungkan oleh Dr Hassan Ali dalam siri ceramah beliau. Saksikan video yang menyebabkan parasit dan penyokong tegar PAS panas punggung hingga menyifatkan Dr Hassan Ali telah fasik.









Sambutan hambar program 'Tolak UMNO' pemuda PAS

Sambutan 'Road Show' Anak Muda Tolak UMNO (AMTU) nampaknya hambar apabila hanya 200 daripada 700 pengunjung pada majlis itu adalah golongan muda. Majlis itu diadakan di di pekarangan pasar Peringat di sini semalam tidak mempunyai unsur "wow" untuk menarik golongan muda, kata seorang pemerhati yang hadir pada majlis tersebut.


Malahan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikan majlis itu tidak lagi mampu memberi tarikan untuk rakyat dan golongan muda untuk hadir pada majlis itu. Ia memberikan gambaran nyata terhadap kedudukan Pas kini.

Lebih dikesali Pas ketandusan modal untuk menghadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mencanang taktik lapuknya dengan memburuk-burukkan parti itu bagi menarik sokongan rakyat.

Sunday, 29 January 2012

Sambutan luar biasa sempena kehadiran PM di Sitiawan Perak

Kehadiran lebih daripada 50 ribu hadirin sempena sambutan rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 peringkat nasinal yang diadakan pada malam tadi di Sitiawan sudah cukup untuk membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya di Negeri Perak 'menyampah' dengan penipuan pakatan pembangkang selama ini. Kehadiran YAB Perdana Menteri bersama isteri serta beberapa menteri kanan dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN sememangnya ditunggu-tunggu warga Sitiawan dan sekitar Seri Manjung yang selama ini 'dimomokkan' dengan cerita dongeng pihak pembangkang melalui siri ceramah Pakatan Rakyat.












Tuesday, 24 January 2012

Anwar hanya ketawa bila tengok RM2 juta dalam akaun seperti ini

Salam..

Jika duit sebanyak itu membuatkan kita terkejut dan tergaman sebenarnya tidak bagi Anwar Ibrahim serta keluarganya. Saya tidak tahu akaun itu milik siapa sekadar berkongsi bahawa dua juta ringgit tidak bermakna kepada Anwar Ibrahim kerana nilai itu hanya cukup sekadar makan besar antara keluarga dan kroni sahaja.


Sumber : DISNI
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.