"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday 8 February 2012

Koleksi video yang menyebabkan Dr Hassan Ali dianggap fasik oleh parasit PAS

Bilamana Dr Hassan Ali membuat keputusan untuk membuat ceramah roadshow di seluruh negara mengenai akidah umat Islam, telah mula kedengaran daripada pemimpin dan ahli-ahli PAS yang fanatik kepada 'tok guru' keramat mereka Nik Aziz yang menyifatkan Dr Hassan Ali tergolong dikalangan orang yang fasik. Apa tidaknya, setiap kali Dr Hassan Ali berceramah sudah tentu akan mengaitkan parti PAS sebagai entiti politik yang saban hari sudah tidak lagi signifikan kepada perjuangan mempertahankan Islam apatah lagi membicarakan soal akidah.

Nampak gaya ramalan pemimpin PAS yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa Dr Hassan Ali tidak akan dilayan oleh pengikut PAS ternyata meleset. Ramai yang mula sedar bahawa perjuangan PAS sekarang ini hanya bermatlamat untuk mendapatkan kuasa semata-mata yang akhirnya membawa kepada kehancuran akidah umat Islam di negara ini. Kumpulan yang dianggap parasit dalam kepimpinan tertinggi PAS hari ini sudah mula gelisah dengan perkembangan muthakir ini begitu juga dengan kelompok pimpinan ulamak yang segelintirnya sudah mula memihak kepada Dr Hassan Ali.

Hidup Islam, Hidup Melayu, Hidup Raja yang berdaulat sepertimana yang dilaungkan oleh Dr Hassan Ali dalam siri ceramah beliau. Saksikan video yang menyebabkan parasit dan penyokong tegar PAS panas punggung hingga menyifatkan Dr Hassan Ali telah fasik.









No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.