"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday 8 February 2012

Sambutan hambar program 'Tolak UMNO' pemuda PAS

Sambutan 'Road Show' Anak Muda Tolak UMNO (AMTU) nampaknya hambar apabila hanya 200 daripada 700 pengunjung pada majlis itu adalah golongan muda. Majlis itu diadakan di di pekarangan pasar Peringat di sini semalam tidak mempunyai unsur "wow" untuk menarik golongan muda, kata seorang pemerhati yang hadir pada majlis tersebut.


Malahan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikan majlis itu tidak lagi mampu memberi tarikan untuk rakyat dan golongan muda untuk hadir pada majlis itu. Ia memberikan gambaran nyata terhadap kedudukan Pas kini.

Lebih dikesali Pas ketandusan modal untuk menghadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mencanang taktik lapuknya dengan memburuk-burukkan parti itu bagi menarik sokongan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.