"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 23 September 2011

Nik Aziz sanggah Karpal Sigh mengenai Hukum Hudud

Nik Aiz mula menunjukkan tanda kecewa kepada parti DAP berhubung hasratnya untuk menjalankan Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah. Nada ini disuarakan dalam kenyataan terbarunya apabila ditanya pendiriannya untuk mendaulatkan Hudud di Malaysia.

Kata Nik Aziz, beliau rela sekiranya DAP bertindak keluar dalam saf Pakatan Rakyat sekiranya enggan menerima Hudud yang akan dilaksanakan PAS. Tambah beliau, sebelum ini banyak rungutan daripada kepimpinan DAP mengenai usaha PAS untuk melaksanakan Hudud dan pemerinatahan mengikut lunas Islam.


Komen terbaru Nik Aziz berkaitan Hudud ini sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Sigh yang tetap dengan keputusannya tidak mahu Hudud dilaksanakan di negara ini. Alasan Karpal bahawa Hudud sebenarnya tidak mengikut Perlembagaan dan bertentangan dengan cara hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

" Saya tetap dengan Islam kerana perkara ini wujud pada tahun 50 an lagi bukannya benda baru, berdialog dah berapa kali berdialog dah ".

" Nak jumpa berapa kali dah jumpa dah dan sebelum ini mereka (DAP) pernah keluar ketika gabungan pakatan pembangkang semasa dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU. Masa tu saya kata pada DAP selamat jalan tapi akhirnya datang balik bergabung, kalau nak keluar dia punya pasal saya tak kisah asalkan dapat tubuhkan undang-undang Hudud"

Selanjut baca DISINI.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.