"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 23 September 2011

Umur 4 tahun memandu di lebuh raya sambil dirakam ibunya

Dunia sekarang macam-macam boleh berlaku dan tidak hairanlah jika budak berumur 4 tahun boleh memandu kereta di lebuh raya sambil ditemani oleh ibunya. Peristiwa ini berlaku di Daerah Sandong, China.

Yang menghairankan, dalam keadaan lebuh raya yang sibuk dengan kenderaan lain, ibunya bertindak mengambil rakaman anaknya yang sedang memandu. Kes ini menjadi perhatian pihak berkuasa negara berkenaan namun, pihaknya berkata kes seumpama itu bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak berlaku kejadian yang sama.

Harap-harap perkara seumpama ini tidak terjadi di negara kita.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.