"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 23 September 2011

PAS dapat untung besar, pemilik tanah kerugian bagi projek pembinaan kondo mewah

Lebih daripada sebahagian 57 pemilik tanah Seksyen 10, Jalan Gajah Mati di sini, tidak rela tanah mereka “dirampas” kerajaan Pas Kelantan semata-mata untuk pembinaan projek mewah kondominium yang akan dijual dengan harga bermula dari RM400,000 seunit.


Bagi mereka keputusan mungkin berbeza jika tanah mereka dibangunkan untuk kepentingan umum seperti pembinaan hospital, sekolah atau rumah murah rakyat.

Malangnya, kerajaan Pas Kelantan berhasrat untuk membina kondominium mewah untuk memperoleh keuntungan selain mengambil balik tanah daripada pemilik tanah Jalan Gajah Mati itu dengan harga yang murah kerana status tanah mereka adalah status kediaman.

Paling menyedihkan apabila lebih 300 penduduk disitu tidak mempunyai tempat berteduh kerana kerajaan Pas tidak menyediakan tempat yang berdekatan. Tanah tersebut akan dibangunkan dengan sebuah pusat komersial yang lengkap dengan ruang niaga, hotel, kondominium dan kawasan rekreasi pesisir sungai oleh K.D. Howa Sing dan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.