Mencari kesalahan orang memang senang. Bila kita tidak dibebankan dengan sebarang tanggungjawab, mudah bagi kita mempersoalkan sesuatu kerana kita tahu bahawa tidak ada apa yang kita perlu bertanggungjawab dikemudian hari.
Jika kita memperkatakan bahawa apa yang berlaku diAmerika atau Britain boleh di implimentasikan di Malaysia, maka kita kena juga mengambil kira bagaimana pemikiran orang barat dengan pemikiran orang Malaysia.
Di Amerika mereka tidak menggunakan budak-budak atau kanak-kanak untuk memburuk-burukkan kerajaan. Mereka tidak masuk ke sekolah agama mengasuh kanak-kanak tadika membenci pemimpin. Mereka tidak membawa kanak-kanak kecil ikut tunjuk perasaan.
Kaedah polis anti perusuh di Malaysia yang masih melaksanakan tugasnya mengikut acuan dan undang-undang sediada..
Bandingkan dengan polis anti perusuh di Negara Britain ketika menyuraikan perhimpunan..
Di Amerika dan Britain mereka tidak mengkafirkan orang ikut sedap mulut. Di Amerika dan di Britain, hanya segelintir sahaja manusia yang menentang perbuatan hubungan sesama sejenis. Di Amerika dan Britain tidak ada dosa pahala dalam bab hubungan seks atau berzina atau perbuatan liwat. Ianya hanya menjadi pandangan serong atau bersalah pada pandangan masyarakat sahaja jika dipaksa, rogol atau skandal.
Di Amerika hanya wujud satu system persekolahan kebangsaan berlatar belakangkan bahasa Inggeris. Bukan seperti di Malaysia di mana kanak-kanak diasingkan mengikut kaum. Walaupun ini Tanah Melayu, tetapi masing-masing bangsa terutamanya Cina dan India bermati-matian mahukan sekolah untuk keturunan masing-masing.
Soal himpunan Bersih, kononnya untuk mendesak SPR agar melaksanakan Pilihanraya lebih telus dan adil. Ianya akan menjadi telus adil dimata pembangkang hanya sekiranya pembangkang dapat menukarkan kerajaan. Sebelum ini, pada setiap PRU/PRK mereka mendakwa tidak pernah telus dan adil walaupun pembangkang menang 5 buah negeri dan BN hilang majority 2/3 di parlimen.
Apa sudah jadi apabila agenda perhimpunan Bersih yang pada mulanya untuk medesak SPR mengendalikan PRU secara lebih telus tetapi bertukar kepada tuntutan refomasi bagi memperjuang kepentingan peribadi seorang pemimpin yang menghadapi tuduhan meliwat.
Apakah insiden sedemikian tidak menunjukkan bahawa sebahagian besar penyokong pembangkang tidak rasional dalam menggunakan kebebasan berdemontrasi. Kita juga perlu ingat bahawa isu perkauman dinegara kita adalah ibarat bom jangka yang perlu di kendalikan dengan sebaik mungkin.
Pengalaman lampau tunjuk perasaan dan perbalahan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan Bersih 2007 telah memberikan pengalaman yang mendalam kepada pasokan keselamatan bagaimana mengendalikan perhimpunan tunjuk perasaan versi Malaysia.
Janganlah berlagak pandai sebaik sahaja sesuatu perkara telah di siapkan dan disempurnakan oleh orang lain. Seperti kata pepatah “RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI”.
Jika semua yang ada di Britain dan Amerika itu amat baik, mengapa semua negara yang pernah dijajah oleh Amerika dan Britain menuntut kemerdekaan masing-masing termasuk negara kita?. Itu menunjukkan bahawa system pemerintahan negara mereka tidak sama dengan kepentingan rakyat negara ini.
Ada benda yang perlu kita pelajari dari Amerika dan Britain seperti sains dan teknologi mereka tetapi bukan dalam budaya mereka yang tidak ada dosa pahala. Kita juga bukan seperti bangsa Eropah dimana bila seseorang pemimpinya di dapati terlibat dalam skandal seks atau berlakun video lucah maka mereka ada harga diri dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah selanjutnya seperti membela diri atau untuk kerjaya dimasa depan. Dinegara kita, videonya telah tersebar diseluruh dunia dan disahkan tulin samada rakaman dan juga pengesahan pelakunnya tetapi masih menafikanya dan masih enggan meletakkan jawatan. Perangai macam inikah yang dikatakan sesuai dilaksakana bersama dengan cara Eropah dan Amerika?.
Yang pentingnya kemajuan negara kita tidak mengundur ke belakang disebabkan huru hara dan pergaduhan kaum. Polis kita tidak perlu belajar dari Britain atau Amerika bagaimana mahu mengendalikan keselamatan negara kita. PDRM telah melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik dimana huruhara dapat dielakkan, keamanan dapat dikekalkan dan tiada kematian atau kecedraan serius terjadi.
Ianya juga merupakan satu pengajaran kepada penganjur perhimpunan haram BERSIH bahawa “ANDALAH SEBENARNYA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT. Bahawa ANDA BUKAN PEMBELA TETAPI MENJADI PENCETUS DAN PUNCA KEPADA KESUSAHAN RAKYAT”.
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Sunday, 10 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment