"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 10 July 2011

Benarkah pihak Polis zalim terhadap perusuh?

Benarkah polis kita bertindak zalim terhadap perusuh yang diistilahkan "tak reti bahasa" ingkar kepada arahan polis?. Berkali-kali pihak berkuasa melarang keras kepada rakyat supaya jangan hadir perhimpunan haram tetapi tidak diendahkan. Malah, sengaja mencari jalan untuk mencetuskan provokasi supaya rakyat melihat pihak polis bertindak zalim dalam menyuraikan perhimpunan.

Heboh satu Malaya mengenai insiden seorang perusuh yang didakwa patah kaki setelah dizalimi oleh pihak polis semasa menyuraikan perhimpunan haram. Bermacam-macam tohmahan telah dilontarkan kepada polis ekoran kejadian tersebut. Mungkin inilah akibatnya kerana terlalu ghairah menyokong pemimpin yang telah fasik dari jalan Allah.






Namun, tidak sedikitpun media pembangkang menceritakan perihal berkaitan komitmen pihak polis terhadap perusuh-perusuh yang ditangkap ketika mereka di bawa ke pusat Latihan Polis. Di sana, selepas selesai manjalani proses dokumentasi, tahanan dilayan begitu istimewa oleh pihak polis dengan menyediakan makanan, tempat teduh serta kemudahan untuk bersolat bagi yang beragama Islam. Adakah ini zalim namanya???




No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.