"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 9 July 2011

Kegagalan Bersih 2 isyarat jelas pembangkang akan kehilangan banyak kerusi pada PRU-13

Perhimpunan haram Bersih 2 yang berlangsung hari ini dianggap gagal dan langsung tidak mendapat restu majoriti rakyat kerana hanya 5,000 hingga ke 6,000 orang penyokong mereka berada di jalanan menjalankan demonstrasi. Jumlah itu hanyalah 0.01 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia dan jumlah itu amat kecil untuk membentuk suara sebenar rakyat.

"26.99 juta lagi rakyat menyokong pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau menerima sistem pentadbiran negara masih telus dan yakin dengan kepimpinan yang sedia ada. Tidak dinafikan bahawa, ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa bagi memberi keyakinan yang lebih kepada dasar-dasar kerajaan.

"Mereka tahu rakyat mempunyai suara dalam pilihan raya umum dan ia sudah terbukti pada pilihan raya umum 2008, lima negeri pergi ke pembangkang, BN hanya peroleh majoriti mudah sahaja.

Memgikut seorang pemerhati politik, apa yang berlaku hari ini memberi gambaran yang cukup untuk rakyat terus setia kepada pemerintahan BN dan tidak mengikut usaha gimik Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan S. Ambiga. Tuntutan plihanraya yang adil dan bersih hanyalah retorik semata-mata yang merupakan gimik untuk menarik sokongan rakyat.

Bersih hanya berlaku di Kuala Lumpur tidak di seluruh negara dan ini cukup memberi kelegaan kepada kerajaan bahawa kegagalan usaha pembangkang untuk meraih simpati rakyat supaya menyokong dasar mereka. Terbukti Bersih 2 begitu gagal dan dalam erti kata lain, ini merupakan isyarat awal bahawa pembangkang akan kehilangan banyak kerus dalam pilihanraya umum -13 akan datang.

Seperkara lagi yang menarik, Anwar ternyata bijak mengatur sandiwara untuk terus berbohong kepada rakyat. Anwar memang pandai dalam soal meraih simpati rakyat supaya terus membelanya. Adakah beliau benar-benar sakit kononnya telah berlaku kekasaran oleh pihak berkuasa sedangkan pihak polis (KPN) sudah membuat kenyataan bahawa Anwar terselamat kali ini.

Kita tidak boleh lagi terpadaya dengan tipu helah Anwar, kerana masanya dilihat hampir tiba iaitu tarikh untuk pembelaan terhadap kes liwat pada yang hanya berbaki seminggu lagi. Agak bernasib baik kali ini, kerana rakyat Malaysia akhirnya akan melihat bagaimana Anwar akan melondehkan dirinya sendiri pada 16 Jul 2011 nanti berhubung kes liwatnya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.