"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday, 11 July 2011

Syahid atau tidak, Nik Aziz bukan penentu..!

“Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid,” kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS. Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat. Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Syahid ataupun tidak itu semua terpulang kepada kehendak pencipta bukan manusia yang dapat menentukannya. Justeru, berpadalah kita mengangkat martabat seseorang seperti taksubnya penyokong PAS kepada Nik Aziz. Adakah dengan mengikut Nik Aziz boleh menjamnin kita ke Syurga Allah? Jawapannya belum tentu lagi.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.