"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 15 July 2011

PAS : Guling kerajaan Malaysia sama seperti pejuang di Palestin...!

Sudahlah merugikan dan memalukan, perhimpunan bersih umpama neraka dunia kepada Pakatan Haprak kali ini kerana tidak mendapat suara rakyat sebenar, malah ramai dikalangan pemerhati politik melihat apa yang berlaku pada 9 Jul 2011 yang lalu sebagai bahan ketawa kerana tidak ramai yang menghormati perjuangan bersih itu. Apa yang digambarkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Harakahdaily hanyalah omong kosong yang sengaja direka untuk menutup kemaluan masing-masing yang sudahpun terlondeh.

Jika begini, maka sikap pembangkang membuat kacau di dalam negara adalah satu perbuatan yang haram. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata pada muktamar Pas 2003 bahawa adalah haram bagi sesiapa yang cuba membuat kacau di negara berdaulat termasuk perbuatan pengganas seperti pengebom berani mati. "Abdul Hadi pernah menyatakan bahawa pengebom berani mati itu boleh bagi negara Islam yang ditindas seperti Palestin kerana ia dibolehkan oleh Islam bagi menunjukkan ketakutan terhadap pihak musuh.

"Ini kerana tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan rejim itu telah melakukan kekejaman terhadap rakyat dan kedaulatan negara Islam itu. Tetapi tidak di negeri berdaulat seperti Indonesia dan Malaysia.

"Ini kerana sistem kedua-dua negara masih berdaulat yang tidak dijajah, aman dan mempunyai sistem pilihan raya untuk rakyat memilih. Maka haram jika mana-mana pihak cuba mengebom mahupun membuat kacau di negara Malaysia dan Indonesia," kata Abdul Hadi.

justeru itu, nasihat saya kepada pemimpin Pas janganlah kita membuat kacau jika perjuangan kita tidak kena dengan pandangan rakyat seperti Bersih yang kononnya ingin membaiki sistem pilihan raya negara. Sedangkan sudah terbukti bahawa mereka telah telah berjaya menguasai Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Kedah dan berjaya mengurangkan kuasa majoriti lawan pada pilihan raya umum 2008.

Perbuatan Bersih benar-benar telah mencalar kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat dan menjadi bahan ketawa rakyat serta ianya haram kerana bersih gagal mencetus revolusi. Alasannya rakyat lebih berminat apakah pakatan pembangkang boleh memberikan khidmat terbaik di negeri-negeri diperintahnya dan bukannya memprovokasi isu-isu kecil.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.