"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 15 July 2011

SUHAKAM vs PDRM..siapa yang benar?

Akhirnya SUHAKAM terpaksa menerima desakan daripada NGO, parti politik pembangkang untuk menjalankan siasatan terhadap laporan kononnya wujud elemen keganasan dan kekasan pihak polis terhadap perusuh dajjal pada 9 jUL 11 yang lalu. Kenyataan ini dibuat oleh Naib Pengerusi SUHAKAM, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee setelah mengambil kira beberapa laporan yang dibuat terhadap badan itu.

Kita sudah sedia maklum bahawa badan ini sejak daripada penubuhannya cenderung untuk membela golongan yang tidak sehaluan dengan dasar-dasar kerajaan. Jika siasatan itu nanti menyebelahi pihak pembangkang, kita tidak akan terkejut kerana dari awal sudah dijangka perkara itu akan berlaku.

Akhirnya kita akan melihat kaedah siasatan yang dijalankan nanti iaitu pertama daripada pihak polis manakala kedua pihak SUHAKAM sendiri. Jika terbukti pihak polis melakukan keganasan seperti yang didakwa, maka sudah tentu pihak polis terpaksa menerima hakikat bahawa itulah keputusan yang seadilnya bagi mereka. Namun, jika keputusan adalah sebaliknya, apakah tindakan SUHAKAM terhapap mereka yang membuat dakwaan palsu dan sengaja mengadu-domba fakta sebenar?

Sepatutnya kita perlu membuat tafsiran secara tepat mengenai istilah keganasan itu sendiri. Adakah ketika menjalankan tugas menyuraikan perusuh, pihak polis hanya menjadi tunggul kayu ditengah-tengah jalan untuk membiarkan huru hara berlaku di kawasan yang telah diistiharkan 'haram' untuk mengadakan demonstrasi?

Amat malang lagi, apabila SUHAKAM cuba mengaitkan kematian seorang peserta Bersih bernama Baharudin Ahmad yang dikatakan mati akibat daripada keganasan polis. Adakah kematian Baharuddin Ahmad disebabkan sepak terajang, peluru hidup, sehingga pecah kepala yang menyebabkan kematian. Fikir secara rasional dan jangan mentafsir kematian arwah Baharuddin Ahmad mengikut hawa nafsu kebencian yang melampau kepada kerajaan.

Justeru, jika SUHAKAM ingin mencari keadilan yang hakiki tanpa menimbulkan prejudis majoriti rakyat yang benar-benar faham niat sebenar Bersih, seharusnya mereka turut mengambil kira bukti-bukti yang ada pada pihak polis. Saya percaya, pihak polis mempunyai bukti yang cukup dari semua sudut samada melalui foto-foto dan video untuk mempertahankan diri mereka. Adakah SUHAKAM tidak melihat hak-hak asasi pihak keselamatan ketika menjalankan tugas menyuraikan perusuh?. Polis terpaksa berada dijalanan berjam-jam ditambah pula dalam keadaan hujan lebat namun tidak sesekali berganjak daripada amanah yang dipikul semasa bertugas? Adakah SUHAKAM pernah melihat perasaan derita, keluarga pihak keselamatan apabila melihat suami dan isteri mereka bersusah payah dalam situasi cemas semata-mata untuk memastikan ketenteraman awam sentiasa terkawal.

Jangan hanya berpandukan bukti yang dikemukakan oleh pembangkang semata-mata kerana kita tahu bukti yang dikemukakan mereka hanya bersifat berat sebelah dan konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti pihak keselamatan di mata masyarakat. Jika tidak, saya hanya mentafsirkan bahawa SUHAKAM merupaka sebuah badan yang tidak bernyawa seperti patung yang boleh dicucuk hidung oleh pakatan dajjal pembangkang untuk mengelirukan persepsi masyarakat. Malah, lebih bagus kiranya badan ini dikuburkan dari negara ini daripada terus menjadi badan yang paling tidak berwibawa untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

Naib Pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, keputusan dibuat semalam mengambil kira beberapa aduan diterima daripada individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Pihaknya sedang mengumpul bukti dan saksi berhubung kejadian itu dan sekiranya berjalan lancar siasatan akan diadakan bulan depan.

“Suhakam menerima pelbagai aduan sejak Selalu lalu, kebanyakannya berkaitan keganasan dan kekasaran polis selain daripada dakwaan wujudnya pencabulan hak asasi terhadap peserta menyertai perhimpunan terbabit, termasuk tembakan gas pemedih mata ke arah Hospital Ting Shing.

“Keputusan diambil pagi ini (semalam) turut menimbang tentang kematian seorang peserta perhimpu-nan, Baharuddin Ahmad dan siasatan dijalankan itu merangkumi semua aspek kerana kami tidak mahu ada pihak teraniaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.