"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 14 July 2011

Janganlah jadi penderhaka kepada Melayu dan Sultan wahai Nik Aziz..!

Sudahlah perhimpunan haram Bersih gagal mencapai matlamatnya dalam membaiki sistem pilihan raya negara setelah hanya 10,000 penyokong pembangkang yang hadir di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Kini, mahu diadakan lagi perhimpunan haram yang sama dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula menyokong penuh sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Sikap Nik Aziz kini lebih kepada menderhaka kepada orang Melayu dan Yang DiPertuan Agong kerana melanggar amaran yang dititahkan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin mengenai lebih banyak keburukan daripada kebaikan dalam mengadakan perhimpunan haram. Nik Aziz langsung tidak menendahkan titah YDP Agong supaya jangan menjadikan jalanraya dan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

Pendirian Nik Aziz ini jelas meletakkan orang-orang Melayu di tempat yang tidak sepatutnya. Apa yang menyebabkan Nik Aziz tidak menghormati kedaulatan institusi kesultanan Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu. Inilah ujian sebenar kepada Nik Aziz yang masih dipanjangkan umur (bonus)oleh Allah SWT. Tersilap bawa, menyebabkan pegangan agama sentiasa diuji oleh syaitan dan Iblis supaya mengikut telunjuk melakukan kemungkaran. Nauzubillah..

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Hingga ada yang mempersoal kenapa isu ini tidak di bawa ke Parlimen untuk dibahas kerana pembangkang sudah mempunyai banyak kerusi. Justeru, tidak menjadi masalah sekiranya isu memperbaiki sistem pilihanraya di negara ini dibahas di dewan Rakyat?. Itulah tempat yang dikira sesuai untuk menyelesaikan isu ini dan bukan melalui cara demonstrasi haram yang banyak mengundang kesusahan kepada rakyat.

Jsuteru itu, lebih elok membawa perkara itu di Parlimen daripada menjaja isu itu di jalanan kerana yang ruginya adalah rakyat, yang sakit juga rakyat. Seperti 9 julai lepas, di mana Nik Aziz tetap memberi sokongan dari Mekah bersama menantu korupnya.

Ya Allah..ampunilah dosa-dosa aku sebelum roh aku dicabut daripada badan dan kembali kepada-Mu dalam keadaan hamba-Mu yang mendapat syafaat..

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.