"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 31 May 2011

Kenaikan tarif elektrik : Bagaimana pula soalan lazim untuk TNB dan kerajaan?

Jika Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan beberapa soalan lazim mengenai kenaikan tarif elektrik baru sebanyak 7%, kenapa rakyat tidak mempunyai soalan lazim yang simple untuk ditujukan balik kepada kementerian ataupun kerajaan. Kementerian semestinya telah mengemukakan cadangan ini terlebih dahulu kepada kerajaan untuk diteliti sebelum diluluskan.

Justeru, nak tak nak kerajaan terpaksa memberi jawapan yang konkrit untuk menyakinkan rakyat mengenai kenaikan tarif ini. Jika tidak momentum sokongan rakyat kepada kerajaan berkemungkinan akan berbelah bagi sekaligus menjadikan 'tsunami politik' tahun 2008 yang menyaksikan beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. Ini adalah realiti bukannya mimpi kerana kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu disebabkan rakyat tidak berpuas hati terhadap kerajaan lantas melakukan undi protes. Justeru itu, adakah kerajaan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa itu ketika kita digembar gemburkan mengenai tarikh pilihanraya umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Persoalannya adakah angka-angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan soalan lazim di bawah difahami dengan begitu jelas oleh semua lapisan rakyat? Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan tahap kedudukan kemampuan kewangan mereka bermula daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri-menteri, kakitangan swasta, kakitangan kerajaan dari Gred A sehingga ke pembantu Am Rendah. Begitu juga golongan peniaga yang berstatus kelas A sehingga kelas rendah. Ini tidak termasuk MAJORITI rakyat biasa yang hidup di kampung-kampung yang menjadi sasaran kerajaan ketika berkempen pilihanraya untuk mengundi parti kerajaan.

Untuk itu, cuba kita bezakan jurang kemampuan kewangan di antara semua golongan di atas bermula daripada golongan atasan yang mewah sehingga kepada rakyat biasa yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika yang berjawatan tinggi, mereka diberi banyak kemudahan pendek kata tidak banyak memikirkan soal beban kewangan untuk perbelanjaan sara hidup. Namun jika, golongan rakyat biasa yang mempunyai putara pendapatan rm2000.00 ke bawah, semestinya perlu membuat 'bajet' yang secukupnya bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah beban kewangan setiap bulan.

Malah, satu perkara perlu dijelaskan kepada kerajaan bahawa adakah soalan lazim itu diambil peduli oleh rakyat biasa yang berpedapatan rendah? Saya percaya isu kenaikan tarif ini akan 'DIMANIPULASI' seluas-luasnya oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi rakyat. Yang pasti, soalan itu harus ditujukan kepada golongan tertentu sahaja untuk difahami sejelasnya seperti, profesional, pakar ekonomi, ahli akademik, pegawai-pegawai di kementerian berkaitan, serta tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan ekonomi.

Bagi rakyat biasa, sudah tentu kenaikan tarif ini akan memberi beban kepada mereka. Ini tidak termasuk lagi rungutan daripada pemilik-pemilik industri yang rata-rata mengguna pakai tenaga elektrik secara maksima dalam menjana operasi syarikat masing-masing.Pengumuman ini dilihat memberi kelebihan kepada pembangkang untuk 'manipulate' yang sudah tentu menjejaskan momentum sokongan rakyat kepada kerajaan. Untuk itu, kerajaan pelu mengkaji semula kenaikan tarif ini jika tidak mahu 'gelombang' kemarahan rakyat kepada kerajaan berulang kembali sepertimana yang berlaku dalam Plihanraya Umum yang ke-12 tahun 2008.


SOALAN LAZIM

Sebelum itu, tengok dulu gaji 'orang-orang kuat TNB' untuk tontonan umum dan kerajaan seharusnya menerima hakikat ini. Rakyat sudah cerdik dan bukannya macam dulu lagi. Maklumat hari ini dihujung jari. Kerajaan perlu ingat...gambar diperik dari blog >> Sungai Rapat online 



KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan satu senarai soalan-soalan lazim ditanya mengenai tarif baru elektrik:

1. Bilakah tarif baru ini akan berkuat kuasa?

Tarif baru elektrik akan berkuat kuasa pada 2 Jun 2011.

2.Berapakah jumlah peningkatan tarif elektrik yang disemak semula?

a)Purata tarif elektrik akan bertambah sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj.

Peningkatan 7.12 peratus ini terdiri daripada:

*5.12 peratus atau 1.60sen/kWj akibat peningkatan harga gas asli bagi sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU sejajar dengan peningkatan harga-harga tenaga global; serta
*2.0 peratus atau 0.63sen/kWj bagi TNB memperolehi semula sebahagian daripada peningkatan kos bekalan elektrik sejak semakan semula tarif asas pada Jun 2006.

b)1.0 peratus yang dikenakan ke atas bil bulanan pengguna sebagai "Feed-in-Tariff (FiT)" untuk mempromosikan Tenaga Boleh Baharu RE). Pengguna-pengguna domestik dengan penggunaan kurang daripada 300kWj/bulan akan dikecualikan.

3.Apakah kadar-kadar khas atau diskaun yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna?

Pakej semakan semula tarif juga memberikan kadar-kadar khas dan diskaun seperti berikut:

*Diskaun 10 peratus ke atas bil-bil elektrik yang kini dinikmati oleh sekolah-sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi kerajaan, tempat-tempat ibadat serta rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan telah dikekalkan. Diskaun 10 peratus tersebut akan merangkumi juga institusi-institusi pendidikan yang dibiayai separuh oleh kerajaan;

*Pengguna-pengguna Pengstoran Tenaga Termal(TES) akan menikmati dskaun yang lebih tinggi bagi penggunaan elektrik bukan waktu kemuncak;

*Pengurangan caj "standby" bagi penjana bersama untuk menggalakan inisiatif-inisiatif Teknologi Hijau, Keberkesanan Tenaga serta Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM); dan

*Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air serta pembentungan dikategorikan di bawah Tarif Industri.

4.Berapakah purata peningkatan bil elektrik bagi setiap segmen pengguna?

Pengguna-pengguna industri akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus hingga 10.3 peratus). Sementara pengguna-pengguna komersil akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus kepada 10.3 peratus).

Bagaimanapun, semua pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sehingga 200kWj (jaluran penggunaan asas) dan 100kWj berikutnya tidak akan terjejas dengan peningkatan tarif. Pengguna domestik dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj dan 33.4 sen/kWj masing-masing.
Pengguna domestik dalam jaluran 301 hingga 400 kWj sebulan akan mengalami kenaikan minima bil elektrik (iaitu 0.1 -6.0 peratus atau RM0.07 – RM6.60).

5.Apakah kesan terhadap pengguna Jaluran Penggunaan Asas?

Jaluran Penggunaan Asas dikekalkan pada 200kWj/bulan. Pengguna Domestik dalam jaluran penggunaan asas tidak pernah mengalami sebarang peningkatan tarif elektrik sepanjang pengubahsuaian tarif yang lalu sejak 1997. Kira-kira 3.3 juta isi rumah akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj. Bilangan isi rumah ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah golongan miskin (iaitu pendapatan kurang daripada RM750 sebulan).

6.Apakah tujuan utama semakan semula tarif elektrik?

Kenaikan tarif elektrik adalah sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan harga gas asli terhadap sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU (28 peratus) berkuat kuasa daripada 1 Jun 1 2011.

Peningkatan harga gas asli tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga-harga tenaga global sejak 2009 dan ianya berdasarkan mekanisme harga gas asli oleh kerajaan di mana harga tersebut disemak semula secara bertempoh sejajar dengan tren harga pasaran Minyak Bahanapi Medium (MFO).

Oleh kerana kos gas asli menyumbang kira-kira 54.2 peratus daripada jumlah kos campuran bahanapi (tahun kewangan 2010), kos tambahan bahanapi yang disebabkan oleh semakan semula harga gas diterjemahkan dalam bentuk peningkatan tarif elektrik pengguna.

7.Bagaimanakah harga gas ditentukan?

Harga-harga gas ditentukan berasaskan harga bahanapi alternatif. Sebagai contoh, jika minyak bahanapi digunakan dalam penjanaan tenaga dan jika gas digunakan untuk menggantikan minyak bahanapi sebagai sumber tenaga maka harga gas akan menjadi sama seperti minyak bahanapi. Kebiasaan penggunaan harga gas secara relatif kepada bahanapi alternatif (contoh harga-harga minyak bahanapi) ini telah digunapakai di semua negara-negara di rantau ini.

Mengikut sejarah, sektor tenaga di Malaysia telah menggunakan minyak bahanapi untuk menjana elektrik. Bagi menawarkan insentif-insentif kepada sektor tenaga supaya menukarkan daripada minyak bahanapi kepada gas, sejajar dengan yang dipraktikkan secara antarabangsa, harga-harga gas ditambatkan kepada harga-harga minyak bahanapi, yang didagangkan dan disiarkan secara meluas.

Oleh itu, harga-harga minyak bahanapi telah digunakan sebagai rujukan untuk menentukan harga gas di Malaysia untuk menjana tenaga.

Formula harga gas yang telah dipersetujui antara pembeli dan penjual telah disebutkan di dalam perjanjian-perjanjian penjualan gas (GSA).

Ia memberikan ketelusan antara kedua-dua pihak. Harga-harga gas yang ditentukan berasaskan formula harga gas yang dipersetujui akan bergerak mengikut harga-harga pasaran minyak bahanapi.

8.Bagaimanakah subsidi gas ditentukan?

Subsidi dirumuskan sebagai perbezaan antara harga pasaran (iaitu harga yang ditentukan daripada formula harga yang dipersetujui) dan Harga Tetap Kerajaan (harga subsidi).

Buat masa ini harga pasaran untuk gas bagi sektor tenaga adalah kira-kira RM 47.42 setiap MMBTU sementara harga subsidi ialah RM 10.70 per MMBTU. Oleh itu, perbezaan antara harga pasaran dan harga subsidi, adalah RM36.72 setiap MMBTU.

9.Apakah kesan kos subsidi gas terhadap negara?

Sehingga akhir 2010, PETRONAS telah membelanjakan kira-kira RM131.3 bilion untuk subsidi gas kepada kedua-dua sektor tenaga dan bukan-tenaga.

Sekiranya harga-harga gas kekal tidak berubah (iaitu RM 10.70 setiap MMBTU untuk sektor tenaga; RM 15.35 setiap MMBTU untuk sektor bukan tenaga), ini akan melibatkan kira-kira RM27 bilion subsidi pada 2011. Oleh kerana keadaan tersebut tidak tertanggung lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menstruktur semula subsidi gas. (Nota: Anggaran subsidi gas adalah berasaskan harga minyak bahanapi sebanyak USD 93.98 se tong dan kadar pertukaran sebanyak RM3.0467/AS$).

Memikul beban subsidi akan menghadkan keupayaan PETRONAS untuk menyumbang dalam bentuk dividen dan cukai-cukai korporat. Ia juga menghadkan keupayaan PETRONAS untuk melabur semula bagi mengekalkan aliran pulangan pendapatan di masa hadapan. - BERNAMA

Sumber :   > BERITA HARIAN <

Monday, 30 May 2011

Jerat Anwarisme hampir mengena untuk menendang ulamak PAS dalam pimpinan pusat..!

Mampukah para perwakilan Pas menolak gerakan “Anwariyyun” pada pemilihan parti berkenaan yang berlangsung Sabtu ini dan apakah Pas masih boleh mendendangkan bersama kepimpinan Ulama. Persoalan berkenaan cukup menarik untuk dilihat berdasarkan suasana pemilihan yang diwarnai pertandingan beberapa penjuru membabitkan golongan yang dikatakan condong kepada Anwar dan ulama.

Mengulas perkara itu, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata perwakilan perlu memilih dan membuat penilaian sebaik mungkin jika ingin melihat parti itu bermaruah dan pemimpin yang berwibawa.

Menurut beliau mereka jangan sesekali memilih pemimpin yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika ingin melihat Pas terus maju ke hadapan dan bukannya sekadar parti yang menjadi jurucakap kepada Ketua Umum PKR yang terpalit dengan pelbagai skandal.

“Percayalah Anwar bukannya ikhlas dalam persahabatan. Beliau hanya mahu memperalatkan Pas untuk kepentingan dirinya dan jika perwakilan tersalah pilih golongan ‘Anwariyyun’ tunggulah saat dan ketika bagaimana Pas akan menjadi benteng berterusan kepada Anwar.

“Apakah mereka mahu menjadi sebahagian penyumbang kepada pemimpin yang tegar kepada mereka yang bermasalah dan pengkhianat itu. Dan janganlah sesekali termakan dengan pujuk rayu kerana natijahnya amat dahsyat kelak.

“Saya sudah lama berkawan dengan Anwar dan tahu segala gerak gerinya. Dan saya juga tahu terdapat segelintir pemimpin dijanjikan dengan bulan dan bintang oleh Ketua Pembangkang berkenaan. Sya tahu segala-galanya sebab itulah saya menyeru perwakilan Pas memilih dengan bijak nanti,“ katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemilihan Pas pada Jun depan yang menyaksikan pertandingan sengit di beberapa jawatan utama khususnya kerusi Timbalan Presiden Pas.Penyandang sebelum ini, Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan ditentang oleh Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kedengaran kali ini bahawa Pas memerlukan pemimpin yang bersikap keras dalam berpolitik terutamanya apabila berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Manakala untuk Naib Presiden, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan.

Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan berkenaan. Terbaru, Datuk Mohd Amar Abdullah turut menyatakan kesediaan yang sama.

Tambah Fairus, Pas perlu sedar dan tahu bahawa mereka adalah sebuah parti yang kuat dan sehubungan itu, mereka perlu bijak dan tidak terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh golongan ‘Anwariyyun’ itu.

“Mereka kena ingat…dibahu mereka terletak tanggungjawab untuk memastikan golongan ulama atau golongan mereka yang condong kepada Anwar untuk berada di atas. Renung-renungkanlah,

Sunday, 29 May 2011

Pertarungan sengit dalam sejarah pemilihan PAS Pusat..!

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk kepimpinan Pas pada Muktamar ke-57 awal bulan depan diakui oleh pemimpinnya sendiri sebagai pertandingan paling sengit sejak parti tersebut ditubuhkan pada tahun 1956.

Pengerusi Jawatankuasa Pemi­lihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pertandingan ini sengit kerana kesemua calon bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditandingi oleh calon-calon ‘heavy weight’.

Calon Timbalan Presiden ditandingi oleh penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja, Mohamad Sabu manakala bagi jawatan Naib Presiden, ia ditandingi oleh Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Da­tuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengumumkan calon secara rasmi semalam, Abdul Halim menjelaskan, kesemua pemimpin-pemimpin Pas ini mempunyai sokongan tersendiri di peringkat akar umbi dan beliau tidak risau dengan perjalanan pemilihan nanti.

“Sehingga kini hati saya tenang kerana saya tahu semua calon ada sifat dan akhlak yang tersendiri, saya juga tidak bimbang adanya pergeseran walaupun pertandingan kali ini sangat sengit,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan parti pada kali ini turut mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Dewan Ulama tidak ada pertandingan dan barisan kepimpinannya nanti akan diumumkan secara rasmi pada Muktamar nanti.

Pada pemilihan Pas kali ini, dianggarkan seramai 1,100 perwakilan mengundi untuk penggal 2011-2013 pada 3 hingga 5 Jun nanti.

Sumber : Sinar online

Saturday, 28 May 2011

Kemeriahan Himpunan Sejuta Belia..!

PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.

Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.

Belia bukan sahaja berpeluang berhibur, tetapi juga meneroka pelbagai bidang serta menyerlahkan kebolehan masing-masing.

Aktiviti yang dianjurkan terbahagi kepada beberapa segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus), persembahan dan pertunjukan pula adalah sebanyak 20 acara (10.4 peratus).

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa meninjau pelbagai aktiviti yang diadakan di Putrajaya semalam.

Beliau turut hadir pada pelancaran Info On Wheel Crime Awareness Team (CAT) dan Y-Avenue iaitu program yang bertujuan menarik minat belia dalam membanteras jenayah.

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sumber : Kosmo online

Penganut Kristian dilengkapi buku panduan bertajuk ‘Doing the right thing’..!

Buku ini diterbitkan pada tahun 2004 hasil tulisan dan kajian Dr Ng Kam Weng, Pengarah Pusat Penyelidikan Kairos Malaysia yang kemudiannya di muatkan di dalam internet menggunakan fail PDF yang mengandungi 99 muka surat.

Gereja-gereja di Malaysia beroperasi di bawah satu undang-undang yang memaksa sekatan kebebasan untuk mengamalkan iman mereka. Masyarakat Kristian seringkali mengalami kerisauan tentang masalah yang berkaitan dengan undang-undang, yang begitu kompleks dan menggerunkan.

Justeru itu, penganut agama Kristian merasa lumpuh kerana mereka tidak yakin jika mereka melakukan sesuatu perkara yang betul. Sebab itu buku ini ditulis supaya penganut Kristian dilengkapi dengan pengetahuan asas undang-undang sehingga boleh menggunakan hak perlembagaan untuk mengakui, amalan dan menyebarkan iman Kristian dengan kebijaksanaan dan keberanian.

Untuk membaca lanjut boleh download  >>DISINI<<


Berikut adalah beberapa artikel yang sempat saya petik daripada helaina buku berkenaan..







Dr Ng Kam Weng, Pengarah Pusat Penyelidikan Kairos Malaysia

DAP : Mungkinkah peristiwa hitam 13 Mei akan berulang?

Pembongkaran taktik kotor DAP untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang Melayu dengan meletakkan mereka sebagai calon mewakili DAP pada Pilihan Raya Umum akan datang amat memalukan. Semua pihak menunding jari menyalahkan parti terbabit yang begitu hina ekoran kedangkalannya mempersenda kaum Melayu dan etnik bumiputera tanpa memikirkan sentimen perpaduan yang telah terpasak dalam masyarakat.

Sememangnya, jika diamati dan diimbas dari aspek sejarah dan perjalanan politik tempatan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. DAP ibarat duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang akan mengambil peluang atas kedamaian dan kesejahteraan dalam negara.

Barangkali tentunya para pemimpin DAP ini sedar bahawa perancangan mereka selama ini asyik menghadapi jalan buntu untuk menimbulkan kekacauan termasuklah antaranya mempersendakan agama Islam, menindas golongan bumiputera di negeri yang mereka kuasai dan mempolitikkan Perlembagaan Persekutuan yang terasnya Fasal 152 dan Fasal 153.

Benarlah bahawa ini bukan yang pertama kali dilakukan malah ‘dosa’ paling besar yang tidak mungkin terpadam adalah tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Fakta sejarah tidak pernah menipu malahan secara jelas bahawa tragedi tersebut berlaku ekoran DAP yang lahir daripada serpihan PAP mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu, tanah simpanan orang Melayu, dasar bahasa kebangsaan dan sekolah kebangsaan yang secara jelas mendokong dasar “Malaysian Malaysia”.

Pada 29 Julai 1967, DAP telah mengeluarkan “ Setapak Declaration” dan mereka berikrar untuk menuntut: “The ideal of free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial equality and social and economic juctice and founded on institutions of parliamentary democracy”

Antara faktor lain yang menyumbang kepada peristiwa 13 Mei adalah Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 yang telah disalahguna oleh pembangkang ekoran keterbukaan kerajaan. Ketika ini, parti-parti berkempen dibenarkan berkempen secara terbuka yang kemudiannya dimanipulasi oleh DAP menwujudkan sentimen kebencian dalam masyarakat.

Dalam pilihan raya tersebut, secara teknikal parti pembangkang DAP telah menang besar. Lantaran itu, pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di Kuala Lumpur dan Kampung Baru yang didiami lebih 30,000 orang Melayu termasuklah rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut rujukan oleh Ramlah Adam (dipetik oleh Ramlah Adam dalam Democartic Action Party,1969, Dap General Elactions Manifesto, Out Triple objektif Toward a Malaysian Malaysia), DAP berarak sambil mengeluarkan kata-kata yang menghina orang Melayu seperti Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu.

Dikatakan DAP telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.

Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan ’menyapu’ (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut sementara dalam masyarakat Melayu pula penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Lebih teruk lagi, dilaporkan ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Ekoran tragedi tersebut, bukan hanya darurat diisytuharkan malah angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan selain 211 kenderaan musnah.

Justeru, berdasarkan fenomena hari ini dilihat bahawa DAP mahu mempergunakan orang Melayu dan etnik peribumi demi kepentingan mereka maka secara tidak langsung ia adalah komplot untuk mendapatkan kuasa dan mengembalikan idealogi ‘Malaysian Malaysia.’

Lebih dari itu, dilaporkan juga bahawa terdapat penulis-penulis termasuk wartawan akhbar-akbar Cina yang diupah oleh golongan pembangkang untuk terus menanamkan sentimen kebencian dan menyemarakkan api perkauman agar sikap prajudis terus terpahat dalam masyarakat.

Apa yang pasti, permuafakatan dan kesejahteraan berteraskan perpaduan adalah benteng utama dalam memastikan kelestarian dalam negara. Waspadalah tingkah DAP!


Friday, 27 May 2011

Gempak..! Anwar tekad untuk meracun pemikiran peneroka FELDA?

Taktik terbaru pembangkang akan menyusup secara berkala di kawasan-kawasan FELDA seluruh negara untuk mempengaruhi peneroka FELDA dengan omokan fitnah dan tuduhan ke atas kerajaan.

Terbaru, Pakatan Rakyat akan menganjurkan 'Himpunan Kebangkitan Rakyat FELDA Pahang' yang akan diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau bermula 27hb Mei 2011 hingga 29hb Mei 2011. Banyak aktiviti dan program yang akan diadakan penganjur dan tidak asing lagi bagi PAS yang sudah menjadi tradisi menganjurkan ceramah. Atucara sepertimana di bawah....

FELDA merupakan kawasan yang majoritinya dikuasai oleh penyokong kuat kerajaan sejak bertahun lamanya dan sehingga hari ini, pembangkang hanya berjaya menguasai sebahagiannya di kawasan Pahang khususnya di FELDA Jengka yang merupakan kawasan yang diwakili Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili parti PAS.

Mereka sentiasa merancag pelbagai strategi bagaimana untuk memecahkan kekuatan kerajaan di kawasan FELDA termasuk menganjurkan akiviti seumpama ini. Bagaimana pula dengan strategi pimpinan kerajaan untuk menyerang balas hasutan yang dibuat oleh pembangkang? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO setempat sudah bersedia dengan perancangan tersusun untuk 'membasikan' isu-isu yang diketengahkan oleh pihak pembangkang kepada masyarakat FELDA.

Inilah yang perlu difikirkan oleh pimpinan UMNO setempat untuk memastikan sokongan masyarakat FELDA tidak berbelah bagi kepada kerajaan. Begitu juga dengan nasib generasi kedua FELDA yang dilihat agak terpinggir untuk dibela oleh kerajaan. Ini sudah tentu berkaitan dengan pemberian lot tapak rumah kepada generasi ke-2 FELDA yang tidak dititik beratkan oleh kerajaan.

Perkara ini harus dipandang serius oleh kerajaan kerana rata-rata pengundi muda menjadi sasaran pembangkang untuk menyebelahi parti mereka. Pembangkang khususnya PAS akan berusaha sedaya upaya menanam sentimen kebencian golongan muda FELDA kepada kerajaan. Ini yang harus diberi keutamaan.

Macam ni nak jadi muffi? mulut celupar bodoh banggang..!

Salam..tengah dok kalut nak bercerita pasal pertandingan assabiyyah pimpinan PAS Pusat, akhirnya terselit juga nama Nizar yang berpeluang untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS Pusat. Nampaknya, bertepuk sorak kumpulan penyokong Nizar di Negeri Perak kerana idola kambing hitam DAP ini layak bertanding.


Kalau PAS menganjurkan ceramah di kawasan Negeri Perak, khabarnya dua sepupu Cina DAP mesti turut serta dalam program ceramah tersebut. Kenapa jadi begitu? Fikir sendiri sebab sekarang ini semua orang bijak berfikir bukan macam dulu lagi.

Kata Ngeh Ko Ham dan Ngar Ko Ming, sekiranya Pakatan Rakyat menang di Perak, kita akan memberi laluan sekali lagi Datuk Nizar untuk menjadi Menteri Besar PERAK. Begitu teruja Nizar bila mendengar kata-kata ini bahkan disambut dengan laungan takbir oleh pendengar-pendengar.

Begitu bijak sepupu Cina DAP ini memberi gula-gula manis kepada penyokong PAS. Saya berharap sangat supaya Ngeh Ko Ham mengemukakan calon Melayu bertanding atas tiket DAP di negeri ini. Nanti kita akan dapat menyaksikan sendiri apa pendirian orang-orang PAS yang juga ada keinginan meletakkan calon mereka bagi mewakili masyarakat Melayu.

Adakah PAS akan mengundi calon Melayu berkenaan sedangkan masih ramai lagi pimpinan PAS di Perak yang layak untuk diketengahkan sebagai calon. Pendek kata, berbuih mulut orang-orang PAS termakan umpan berbisa dua sepupu DAP ini.

Bagaiaman pula dengan nasib Mufti jika PR menang di Perak? Siapa agaknya yang layak menduduki kerusi Mursidul Negeri yang kini dipegang oleh Tan Sri Harussani Zakaria. Ada kemungkinan Norazli Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Azli Taleban menjadi pilihan kepada PAS untuk menyandang jawatan berkenaan.

Kalau benar, layakah si Taleban ini menjadi Mufti? satu-satunya jawatan yang menjadi rujukan dalam hal ehwal berkaitan dengan agama. Masih ingat, istilah makan duit hasil babi dan duit hasil judi yang ditujukan kepada TS Harussani.

Jom kita saksikan sendiri kata-kata kesat mulut celupar bodoh banggang Azli Taleban.....

Kedudukan ulamak PAS ibarat ‘telur dihujung tanduk' gara-gara proksi Anwar..!

Kedudukan golongan Ulama di dalam Pas hari ini umpama bagai telur di hujung tanduk dan ahli Pas di seluruh negara perlu mempersiapkan diri mereka untuk bersama-sama membawa parti itu ‘bersama kepimpinan Anwar’ dan bukannya lagi bersama kepimpinan ulama. Perkara ini ditegaskan oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berhubung Muktamar Agung Pas pada Jun depan yang bakal menyaksikan pertandingan sengit beberapa jawatan utama khususnya kerusi Timbalan Presiden.

Menurut beliau, timbul desas-desus bahawa ombak besar yang dibawa oleh kumpulan yang berkiblatkan Anwar seolah-olah tidak lagi mampu ditampung oleh kumpulan yang setia kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mereka mungkin lemas di dalam golongan ombak berkenaan.

“Jika benar itu berlaku, saya ingin menyarankan kepada pengikut ’totok’ Pas, bersedialah untuk menjunjung kepimpinan yang berkiblatkan Anwar yang begitu rakus kononnya untuk membawa perubahan di dalam parti berkenaan dengan pelbagai muslihat dan tipu daya yang lain.

“Percayalah ’nawaitu’ sebenar mereka bukannya untuk membawa pembaharuan dalam konteks sebenar Pas tetapi pembaharuan untuk memuja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini terpalit dengan pelbagai skandal.

“Pada ketika dan waktu itu, tunggulah saat kehancuran parti berkenaan yang makin hari makin menyimpang daripada landasan perjuangan sebenar dalam usaha mengejar kemenangan politik bersama sekutu ’Ahzab’ mereka iaitu DAP dan PKR,”

Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar awal bulan depan dijangka akan dihadiri 1,100 perwakilan dari 179 kawasan dengan 15 Mei lalu ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk perwakilan mengemukakan pencalonan. Setakat hari ini, tiga calon sudah mengesahkan merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu penyandang, Nasharudin Mat Isa, Mohamad Sabu dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan terbaru Datuk Nizar Jamaluddin yang menyatakan hasrat untuk bertanding.

“Sebagai bekas ahli parti, saya cukup sedih melihat apa yang berlaku hari ini yang mana pemimpin yang ingin melonjak naik di dalam parti berkenaan mempunyai ’nawaitu’ yang bukannya untuk parti tetapi ada sebaliknya,

Macam mana agaknya kalau CT Nurhaliza berkawad...!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.


"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.

Baca selanjuntnya > DISINI <

Kami bukan 'pak turut' macam PAS yang ikut telunjuk DAP kata Chua Soi Lek..!

MCA bukan parti 'pak turut' yang dengan mudah menyertai sebarang demonstrasi atas nama demokrasi, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sebaliknya kata beliau, MCA akan mendalami makna 'demokrasi' yang dimaksudkan penganjur serta matlamat sebenar mereka.
"Saya mesti fahami terlebih dahulu demokrasi yang bagaimana dimaksudkan mereka kerana demokrasi satu pemilih satu undi kita sudah ada, undi itu sulit pun kita sudah ada. Kita mesti faham secara jelas, kita tak boleh jadi pak turut," katanya pada sidang media, di sini hari Khamis.

Dr Chua mengulas pelawaan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan agar parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Ditanya sama ada pihak berkuasa wajar menghalang demonstrasi itu, Dr Chua berkata perhimpunan tersebut harus dibiarkan berlangsung bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan bersikap terbuka selain menutup ruang ia dipolitikkan.

Mengulas perkembangan lain, Presiden MCA itu mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika mereka ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya walaupun pendirian itu menimbulkan kebimbangan pada kalangan badan bukan kerajaan dan persatuan masyarakat Cina, MCA tetap tegas dengan keputusan tersebut.

"Saya tekankan ini adalah keputusan sebulat suara yang dibuat oleh pucuk pimpinan MCA pusat yang mana kita buat rumusan bahawa kita hendak menghormati keputusan pengundi, kalau tidak menyokong kita maka kita tidak ada maruah, tidak ada hak untuk menjadi anggota pentadbiran," katanya.

Bagaimanapun katanya, MCA akan kekal sebagai komponen BN kerana parti itu yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"BN walaupun tidak sempurna sekurang-kurangnya kita nyata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah giat menjalankan aktiviti dari segi transformasi ekonomi dan kerajaan untuk mencapai Gagasan 1Malaysia, sebaliknya di sebelah sana bakal perdana menteri pun kita tak tahu siapa," katanya.

Berkenaan isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beliau berkata MCA menerima sepenuhnya formula yang diputuskan kerajaan, namun berpandangan kuota 60 peratus untuk bumiputera itu perlu diteliti semula dan isu tersebut harus dibincangkan bersama rakan komponen.

Sumber berita : BERNAMA

Thursday, 26 May 2011

Memang dah agak emosi Anwar dah 'kacau bilau'..!

Bila kita ditimpa sesuatu musibah atau kecelakaan, banyak-banyakanlah menunaikan solat dan membaca Al Quran supaya dijauhkan musibah itu menimpa diri kita. Ini lain jadinya kepada Anwar Ibrahim apabila, begitu tertekan oleh kerana kesilapan diri sendiri, lagu yang menjadi pilihan...Tengokla sendiri.

Lim Guang Eng mungkin naik berang dengan pendirian mutakhir Nik Aziz..!

Pelik tetapi benar apabila Nik Aziz dikatakan kurang berminat dengan cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang mencadangkan supaya empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor tidak membubarkan DUN sekiranya PRU-13 diadakan tahun ini.

Katanya PAS setakat ini masih belum bersedia dengan cadangan itu dan menyifatkan ianya pandangan peribadi Guang Eng tanpa persefahaman yang dicapai melalui pimpinan Pakatan Rakyat. Agak berbeza nada suara Nik Aziz berhubung perkara ini kerana kebiasaannya, Nik Aziz akan menerima bulat-bulat apa yang dicadangkan oleh DAP yang ‘menjadi duri dalam daging’ kepada Parti PAS.

Menteri Besar Kelantan itu berkata belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu. Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.

"Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.

"Itu adalah pendapat peribadi beliau, saya tidak tahu bila cadangan ini diputuskan sama ada di peringkat pucuk pimpinan parti, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi dan mungkin apa yang diperkatakan Lim Guang Eng itu belum diputuskan dalam pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Kami juga belum bersedia menerima cadangan yang dikemukakan" katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini.

Bagaimana pula dengan Khalid Gagap dan Azizan di Selangor dan Kedah? Adakah mereka berdua sependapat dengan Nik Aziz ataupun menerima cadangan yang diutarakan oleh Lim uang Eng? Saya rasa jika di Kedah, mungkin DS Azizan akan menerima buah fikiran Nik Aziz manakala di Selangor pula mungkin akan kedengara nada suara yang berbeza.


Lihat sendiri di Selangor hari ini siapa yang lebih berkuasa jika tidak DAP yang menjadi tongak utama dalam mencatur hala tuju kepimpinan TS Khalid. Malah, dasar-dasar tadbir urus Kerajaan Negeri Selangor juga dikuasai sepenuhnya oleh Parti DAP. Tambahan pula, hubungan Anwar Ibrahim dengan Lim Guang Eng yang begitu akrab merencana agenda parti masing-masing dilihat mampu mencapai kata sepakat.

"Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini".

Wednesday, 25 May 2011

Editor Malaysiakini kena 'belasah' dengan pembangkang?

Sejak sekian lama pembangkang asyik mengutuk media arus pedana seperti Utusan Malaysia yang dikatakan menjadi senjata kepada kerajaan dan UMNO, sejak akhir-akhir ini kita melihat media altenatif yang menjadi senjata pembangkang seperti Malaysiakini dilihat dikecam oleh peminat setia mereka sendiri. Banyak berita-berita yang dimuatkan oleh Malaysiakini tidak disenangi oleh pembaca pembangkang seolah-olah memberi kelebihan kepada kerajaan.

Terbaru dalam isu kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di Nibong Tebal yang telah disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan. Berdasarkan laporan polis, kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi.

Berikutan berita yang dipaparkan, banyak komen-komen yang mengecam editor Malaysiakini yang mana ada diantaranya menyifatkan editor tidak cukup tidur dan sengaja ingin memperbesarkan isu ini bagi tujuan mencetuskan sentimen perkauman.
Siapa yang tidak berang jika kepala babi disangkut di gerai yang dimiliki oleh peniaga muslim, malah dalam konteks Islam sekalipun, apabila disebut babi sudah menjadi isu sensitif dan meloyakan bahkan ianya secara sengaja menghina kesucian agama Islam.

Yang paling muak didengar, ada yang mengatakan kejadian itu segaja dirancang oleh BN dan UMNO untuk mencetuskan ketegangan antara kaum di negeri itu khususnya mahupun di Malaysia amnya.

Pembangkang selalu berkata bahawa media arus perdana selalu bersikap ‘double standard’ dan hanya menjadi boneka kepada kerajaan. Namun, jika diamati kecaman yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap Malaysiakini sejak akhir-akhir ini, ibarat meludah jatuh ke muka sendiri.

Sebab apa saya berkata demikian? Jawapannya mudah, jika sesuatu berita itu tidak berpihak kepada mereka (pembangkang) dan memberi kelebihan kepada kerajaan, dengan lantang pembaca tegar haprak pembangkang terus menyalahkan editor tersebut kerana tidak menyunting secara teliti sebelum berita dikeluarkan. Atau dengan kata lain, Malaysiakini seharusnya memuatkan berita-berita yang mengentam kerajaan dan jangan sesekali pro kepada kerajaan.

Sila perhatikan komen-komen pembaca setia Malaysiakini yang tidak berpuas hati terhadap editor yang memuatkan berita tentang kejadian simbah cat dan gantung kepala babi di Pulau Pinang....

Bob Lokman 'ejen' PAS menarik pengundi muda..!

Salam perjuangan..

Hari ini disegenap ceruk kawasan Bob Lokman atau panggilan terbaru beliau Al Fadhil Ustaz Bob diberi peluang oleh PAS untuk berceramah di pentas politik dengan satu tujuan iaitu memberi inspirasi kepada generasi muda supaya mengikut jejak yang sama seperti Bob.

Nama Bob tidak asing lagi di pentas PAS sejak akhir-akhir ini jika dibandingkan satu ketika di mana insan yang pernah dinobatkan pelawak tanahair pernah mengalami zaman kejatuhan populariti. Ketika dijemput berceramah, insan yang dikatakan cicit kepada Tok Kenali ini begitu dipandang tinggi oleh pimpinan PAS yang sanggup meninggalkan dunia glamour semata-mata ingin bersama dengan perjuangan PAS.


FAKTA

Pada 19 Februari 2011, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar,

Terbaru ketika berceramah di Pantai Remis, Perak, Bob Lokman begitu rakus dan sinis memperlekehkan UMNO dan Kerajaan Pusat yang disifatkannya sebagai kerajaan yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata. Katanya, penyertaan di pentas PAS adalah atas sifat ingin mempertahankan agama Islam yang kini didakwa tidak diberi keutamaan oleh Kerajaan Pusat. Adakah pandangan dan kenyataan ini boleh diterima pakai oleh rakyat Malaysia?.

Cuba kita renung menggunakan akal yang waras kenapa Bob Lokman memilih PAS untuk meneruskan penghidupannya yang sudah ditelan zaman ketika menjadi pujaan peminatnya satu ketika dulu? Adakah Bob Lokman menjadi aktivis PAS sukarela melalak ke sana kemari atas sebab keikhlasan memperjuangan agama Islam?

Jika benar Bob ingin bermujahadah dengan agama Islam yang suci, kenapa parti PAS menjadi pilihan? Ini persoalan yang perlu dirungkai bagi menjawab hujah Bob Lokman ketika menyampaikan ceramah. Dalam masa yang sama, lantang mempersoalkan sistem pentadbiran kerajaan yang sudah sekian lama diterima pakai oleh rakyat di negara ini (kecuali pembangkang).

Agaknya berapa pendapatan yang diperolehi oleh Bob Lokman sebagai agen untuk menarik perhatian generasi muda supaya bersimpati dengan perjuangan parti PAS? Rata-rata sudah sedia maklum bahawa, setiap penceramah yang diundang dalam majlis ceramah PAS bukannya tidak berbayar. Perkara ini turut diakui oleh beberapa bekas penyokong tegas PAS yang saya kenali ketika di bekerja di Terengganu satu ketika dulu.

Katanya, pentas ceramah PAS menjanjikan pendapatan yang agak lumayan kerana kita akan di jemput berceramah melibatkan kawasan di seluruh negara. Bayangkan berapa hasil yang diperolehi oleh Bob Lokman ketika dijemput berceramah oleh parti PAS di seluruh negara.

Agak menghairankan dalam tempoh yang begitu singkat, penampilan Bob Lokman begitu drastik dengan gaya penampilan berserban, berjanggut, berjubah dan bertongkat sepertimana yang di sunnahkan oleh Rasulullah. Cuba bayangkan jika ada artis yang menyertai UMNO seperti AC Mizal dan isterinya, bertubi-tubi kenyataan dikeluarkan oleh media pembangkang bahawa kemasukan mereka ke dalam UMNO telah dibeli dan sebagainya. Adilkah PAS ketika membuat penilaian terhadap seseorang yang seagama dengan mereka.

Justeru itu, jangan terlalu terbawa-bawa dengan aliran pemikiran jumud yang dibawa oleh parti PAS, yang kononnya parti saja yang alim dan layak memperjuangkan Islam di negara ini.

PAS dah jadi parti 'syok sendiri' kata Prof Abdul Aziz Bari..

PAS jangan jangan jadi parti syok sendiri asyik memikirkan siapa yang layak mengemudi parti itu. Agenda yang lebih besar adalah memastikan bagaimana kaedah terbaik menyatukan orang-orang Melayu. Ikuti kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari ketika berucap Forum anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) dengan kerjasama ILHAM Centre dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).


Pakar perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mengingatkan PAS agar tidak terlalu 'syok sendiri' jika serius mahu menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Sebaliknya PAS, katanya perlu melakukan lebih banyak perubahan dalam parti.

“Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri.

“PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa?

"Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno," katanya yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Apa salah Nik Aziz kepada orang asli hingga merayu minta maaf..!

Apakah kesalahan orang asli sehingga Nik Aziz merayu kepada mereka supaya memberi sokongan kepada parti PAS pada PRU-13 nanti. Adakah Nik Aziz begitu bersalah kepada penduduk orang asli khususnya di Gua Musang hingga terpaksa berbuat demikian?. Dalam masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan pemikiran orang asli yang menyebut sekiranya orang asli tidak menyokong parti PAS sama seperti tidak menyokong Islam. Islamkah PAS selama ini ? Atau kerajaan BN yang diterajui UMNO selama ini tidak Islam?


”Kita minta Orang Asli sokonglah Pas kerana tiada sebab mereka tidak sokong kerana kita perjuangkan Islam.

”Tidak sokong Pas seperti tidak sokong Islam. Program hari ini juga semata-mata mahu raikan pasangan Orang Asli yang baru berkahwin,” katanya selepas hadir Jamuan Meraikan Pasangan Kahwin Perdana Masyarakat Orang Asal bersama MB Kelantan di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini, semalam.

Kenyataan Nik Aziz semasa berceramah di hadapan orang asli ini dilihat pendekatan terdesak PAS Kelantan untuk memulihkan sokongan masyarakat orang asli yang selama ini tidak diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Sudah menjangkau 21 tahun pemerintahan PAS di negeri itu, apakah pembangunan dilaksanakan untuk orang asli. Malah, projek mega ladang rakyat yang agongkan selama ini sudah tentu mendapat tentangan dan rungutan dari kalangan orang asil khususnya di Gua Musang.

PAS seharusnya mengambil kira kepentingan orang asli yang sejak sekian lama mengusahakan tanah mereka walaupun pada dasarnya tidak diberikan status hak milik kekal. Projek yang dilihat sebagai gula-gula kepada rakyat Kelantan ini hingga sekarang belum menampakkan hasilnya sehingga membawa kepada kebencian rakyat Kelantan khususunya orang asli terhadap kepimpinnan PAS di negeri itu.

Dalam pada itu, ungkapan Nik Aziz yang menyifatkan jika tidak menyokong parti PAS seperti menolak Islam adalah kenyataan yang boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam di negara ini. Persoalan yang perlu ditanya, adakah di Malaysia hari ini ditadbir oleh orang bukan Islam dan hanya parti PAS yang lebih islamik berbanding dengan parti-parti yang mewakili masyarakat Melayu yang lain.

Nik Aziz tidak restu Timbalannya Ustaz Halim yang disifatkan erdogan..!

Awal bulan depan Pas akan adakan pemilihan pemimpin yang mana enam calon akan bertanding jawatan Timbalan Presiden terdiri daripada penyandang yang ada Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Ustaz Azizan), Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Walaupun Datuk Abdul Hadi Awang (Ustaz Hadi) Presidennya menang tanpa bertanding, tetapi orang nombor dua parti itu amat penting, kerana apapun yang berlaku, kepada presiden, orang nombor dua yang akan mengendalikan bahtera partinya. Oleh itu pemilihan kali ini adalah begitu serius dalam menentukan masa depan Pas.

Dari kebiasaannya yang menjadi tradisi PAS, orang nombor duanya adalah terdiri daripada orang yang berkelulusan tinggi dalam bidang agama secara rasmi, yang disebut 'Aliran Arab' dari Timur Tengah atau mana-mana Universiti Islam di Indonesia, yang berbeda dengan 'Aliran Kebangsaan' termasuk dari yang berkelulusan IPT tempatan.

Contohnya, semasa Dr.Burhanuddin Al Helmi menjadi Presiden Pas dulu, timbalannya Dato' Zulkifli Mohammad (Ustaz Zul) dari Perak berkelulusan Universiti Al Azhar Mersir. Semasa Ustaz Zul menjadi Presiden Pas, Timbalannya ialah Dato' Mohd.Asri Haji Muda (Dato' Asri) dari Pengajian Agama/Arab di Gunung Semanggul Perak dan mendapat Ijazah dari Universiri Islam Sumatera Utara

Semasa Dato' Asri menjadi Presiden, timbalannya ialah Dato' Yusof Rawa (Ustaz Yusof Rawa) berpelajaran dari Timur Tengah manakala, Yusof Rawa menjadi Presiden, Timbalannya Dato' Mohd Fadzil Nor (Ustaz Fadzil Nor) berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir.

Ustaz Fadzil Nor menjadi Presiden pula timbalannya ialah Ustaz Hadi Awang berkelulusan dari Universiti Madinah hinggalah bila Ustaz Hadi menjadi Presiden pula, timbalannya Nasharuddin Mat Isa lepasan Universiti Islam di Timur Tengah iaitu Iraq dan Yaman.

Kini ahli-ahli Pas benar-benar berada dipersimpangan, iaitu mahu mengikuti jalan biasa iaitu Timbalan Presidennya diambil dari calon yang berlatarbelakangkan kelulusan bidang agama atau mencuba menukar haluan kepada calon dari aliran kebangsaan pula.

Sekiranya Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menang, ertinya ahli Pas mahu kekalkan cara tradisi pemilihan parti itu.

Tetapi sekiraanya Nasharuddin dikalahkan, ertinya Pas menuju jalan baru iaitu memilih Timbalan Presidennya dari calon yang bukan dari 'Aliran Agama' yang mengakibatkan Pas akan menghadapi kesulitan bertentang dengan orang-orang yang dari 'Aliran Agama' yang hebat-hebat dalam UMNO/Barisan Nasional.

Ertinya kalau tersalah pilih, boleh mengakibatkan kehancuran parti itu pada masa hadapan..sungguhpun begitu, tokoh-tokoh aliran Kebangsaan itu, tidak dinafikan adalah orang hebat belaka dan mempunyai kewibawaan yang tersendiri!

Sejauh pemerhatian antara kelima-lima calon Timbalan Presiden Pas itu, selain dari penyandangnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, hanya Dato' Azizan Razak (Ustaz Azizan) Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man sahaja, yang datang dari aliran agama lepasan Timur Tengah, manakala calon lain adalah dari aliran kebangsaan .

Bagaimanapun kedua-dua calon aliran agama itu telah menyatakan hasrat menarik diri dari pertandingan maka tinggallah tiga calon yang bukan dari aliran agaama/Arab yang tidak menyatakan mahu menarik diri dari pertandingan.

Mereka ialah Husam Musa, Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Mat Sabu (tokoh pidato Pas yang ganas) dan Salahuddin Ayub, bekas Ketua Pemuda Pas Pusat dan kini Ahli Parlimen Kubang Kerian Kelantan.

Saya yakin dan percaya, sekiranya Nasharuddin berhasrat menarik diri, tentulah salah seorang dari Tuan Ibrahim Bin Tuan Man atau Ustaz Azizan Razak akan kekal bertanding..bagi mengekalkan tradisi Pas yang mahukan orang nombor duanya datang dari calon yang berlatarbelakangkan aliran agama biasalah 'orang warak' tidak suka menonjol diri, apalagi bertanding sengit sesama sendiri.

Tetapi yang menghairankan saya dan ramai wartawan seangkatan dengan saya, merasa sungguh tidak menyangka melihat gelagat dalam Pas dimana kadang-kadang jelas kelihatan, calon yang dirastui oleh Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Tok Guru Nik Aziz) sahaja, terutamanya di Kelantan, yang sering mendapat tempat, dan calon yang tidak dirastuinya tidak akan bertanding, walaupun calon berkenaan sangat berketerampilan dan berwibawa.

Lihat saja contohnya apa yang berlaka kepada Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (Ustaz Halim) bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan. Mengikut sumber dalaman Pas yang layak dipercayai, oleh kerana ada perbedaan cara atau pendekatan antara Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Halim mengenai perkara tertentu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, dia dikatakan tidak direstui oleh Nik Aziz untuk naik keatas memimpin Pas..dan kebetulannya tokoh yang berwibawa itu terus kelihatan padam dalam senarai pimpinan tertinggi parti tersebut.

Bagaimanapun beliau dipilih/dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti itu hingga kini. Semasa beliau meninggalkan institusi pendidikan agama yang masyhur di Kelantan, iaitu Maahad Al Muhammadi serta Maktab Pengajian Islam Kota Bharu, untuk menyertai Pas, ramai pemerhati politik terutama di Kelantan berpendapat 'inilah calon pemimpin Pas akan datang'..

Ustaz Halim menjadi kegemaran para wartawan terutama dari media arus perdana kerana kebijaksanaannya menjawab semua soalan wartawan serta kemesraan dan layanan yang semulajadi merendahdiri dan sering tersenyum walaupun dikeritik pedas (mengenai Pas) oleh wartawan bukan Melayu dan wartawan dari luar negara .

Berlaku dihadapan saya, beliau amat fasih menggunakan bahasa Inggeris dan Arab semasa menjawab balik soalan-soalan berbentuk sindiran serta kritikan para wartawan dari Teluk (Arab) dan para wartawan Barat...sehingga para wartawan tersebut meminta maaf beberapa kali ..dan disambut mesra oleh Ustaz Halim.

" Kereta Timbalan Menteri Besar Kelantan (Ustaz' Halim) boleh ditahan atau disekat bila-bila masa oleh orangramai termasuk wartawan , dan dia terus berhenti untuk menyelesaikan persoalan dengan ramahtamah dan senyuman mesra" demikian kata seorang bekas wartawan arus perdana dari akhbar berbahasa Inggeris, yang pernah bertugas di Kelantan beberapa tahun dulu.

"Tapi kerana bos Pas Kelantan tak suka, tokoh yang hebat itu terus digelapkan.." tambahnya lagi.

Dipetik daripada blog yazidothman (Datuk Yazid Othman @ Che Yazid Bin Seman)

Tuesday, 24 May 2011

Temubual eksklusif bersama Datuk Eskay : Anwar ke Thailand untuk mencari agenda ‘tidak bermoral’...!

Rupa-rupanya Datuk Shazryl Askay Abbullah bukanlah calang-calang individu samada di Malaysia mahupun di Thailand. Namanya turut terpahat dalam senarai salah seorang individu yang diberi kepercayaan oleh Raja Thailand iaitu Raja Bhumibol Adulyadej yang mana telah dilantik sebagai Konsul Kehormat Diraja Thailand pada tahun 2004 yang ketika itu dibawah pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Sinawatra. Ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Shazryl Askay semasa tembual eksklusif berasama wartawa Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Malah, hari ini juga ramai rakyat yang masih belum mengenali siapa dia Datuk Shazryl Askay Abdullah pasti akan terpegun dengan kejayaan insan mualaf ini yang berjaya dalam dunia perniagaan.

“ Sesiapa sahaja yang berkunjung ke kediamannya di Naka, Kedah yang turut menempatkan pejabat dan kilang baja mineralnya pasti trepegun dengan kejayaan lelaki ini”

Jika diimbas kembali keberanian Datuk Askay mendedahkan video yang dikatakan Anwar Ibrahim sedang melakukan hubungan seks bersama wanita Cina bersama dua lagi rakan karibnya, semestinya kita hairan kerana pendedahan yang dilakukan itu bukannya perkara remeh kerana ianya melibatkan soal maruah bahkan melibatkan pengaiban sebuah keluarga yang pada asasnya begitu dipandang tinggi pada pandangan mata pihak pembangkang.

Tambahnya lagi, tugas sebagai konsul antara lain sentiasa memberi kerjasama kepada semua pemimpin politik untuk berurusan dengan kerajaan Thailand dilihat amat berisiko memandangkan Negara gajah putih itu yang sering dilanda krisis pemberontakan yang tiada kesudahannya.

Apa yang menarik, berdasarkan kenyataan Datuk Shazryl Askay semasa temubual bersama Utusan Malaysia, beliau banyak menerima kunjungan dari kalangan pemimpin kerajaan khususnya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan serantau terutama sekali mengenai aktiviti pemberontakan yang berlaku di selatan Thailand.

Sementara itu, pada tahun 2005, Raja Thailand telah merestui penglibatan Tun Dr Mahathir ( Pengerusi PGPO) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memulihkan keamanan yang melibatkan antara kerajaan Thailand dengan kumpulan pemisah bersenjata selatan Thai.

“Datuk Shazryl memberitahu, dialog tersebut akhirnya berjaya menghasilkan peta keamanan (Peace road map) melibatkan kesemua wakil puak pemisah dibawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk Pertubuhan Pembebasn Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasinal Kongres (BRN)”

Dalam pada itu, agak menarik apabila Datuk Eskay menjelaskan bahawa kebanyakan semua pemimpin kerajaan yang datang ke Thailand yang diringinya tidak mencari agenda yang tidak bermoral kecuali hanya seorang pemimpin pembangkang. Dengan nada sinis kenyataan ini tepat ditujukan khas kepada Anwar Ibrahim.

Yang anehnya, Anwar Ibrahim ke Thailand hanya berseorangan tanpa kenalan yang lain. Apa sebenarnya niat Anwar Ibrahim ke Thailand tanpa ditemani oleh Wan Azizah mahupun keluarga. Malahan, Azizah selaku Presiden PKR sepatutnya mempunyai akses untuk bersama-sama dengan Anwar ke Thailand sekiranya tujuan ke sana bagi membincangkan hala tuju berkaitan agenda politik mahupun nasional.

Ini yang menjadi persoalan kepada rakyat Malaysia hari ini yang masih ‘skeptikal’ untuk membuat penilaian sebenar tentang watak Anwar Ibrahim yang pada zahirnya dilihat warak dan mementingkan agama sebagai wadah perjuangan. Walhal, persepsi ini tidak benar sama sekali berdasarkan apa yang diceritakan oleh Datuk Shazryl Eskay. Mungkin banyak lagi pendedahan yang akan dilakukan oleh individu yang pernah rapat dengan Anwar Ibrahim. Untuk itu, sama-sama kita tunggu sampai bila Anwar akan berbohong kepada rakyat Malaysia.

“TERINGAT PEPATAH DAN PESANAN ORANG-ORANG TUA YANG SENTIASA BERPESAN SUPAYA JANGAN SESEKALI KITA BERBOHONG KERANA JIKA SEKALI ANDA BERBOHONG SUDAH PASTI ANDA AKAN BERBOHONG KALI KEDUA, KETIGA DAN SETERUSNYA UNTUK MENUTUP PEMBOHONGAN YANG PERTAMA. DAN BEGITULAH YANG SETERUSNYA SEHINGGA IANYA AKAN TERBONGKAR SATU PERSATU OLEH SEBAB SATU PEMBOHONGAN YANG PERTAMA TADI”........AJ

Syabas PAS Selangor membenarkan DAP jual arak dengan harga murah..!

Tahniah Selangor menjadi negeri utama pengeluar arak terbesar di negara ini. Mana pemimpin PAS yang dulunya beriya-iya berjanji dalam pilihanraya untuk mengurangkan pengeluaran arak sekiranya berjaya mentadbir? Janji tinggal janji yang sedap hanya kepada bukan Islam kafir laknatullah yang sedap melahap air setan ini.


Bagaimana pula dengan negeri Kelantan? Adakah negeri itu bebas dan bersih daripada arak? persoalan yang perlu ditanya, adakah anak-anak muda yang terdiri dari kalangan anak ulamak PAS langsung tidak pernah minum arak? Adakah di Kelantan tidak ada kaum Cina mahupun India yang sememangnya sudah sinonim dengan minum keras?

Begitu juga dengan negeri Kedah? Jika nak bercakap tilik dulu setakat mana pencapaian pimpinan Pakatan Rakyat khususnya pemimpin yang mengaku Islam dalam membanteras penyalahgunaan arak dikalangan umat Islam.

Tahniah sekali lagi kepada pimpinan PAS Selangor yang berjaya 'dikuarintin' oleh DAP yang sedang bermahraja lela untuk menjadikan negeri itu negeri bebas untuk berbuat apa saja. Kepada sesiapa yang ingin membeli arak dengan harga yang lebih murah, silakan berkunjung di Negeri Selangor kerana anda berpeluang untuk memilih apa saja jenis arak pelbagai jenama dengan harga yang begitu murah. Malah, harga yang tawarkan terus dari kilang terbesar mereka di Shah Alam.

Bila Hassan Ali bersuara pasal isu arak yang berleluasa di jual di kedai serbaneka 24 jam di Negeri Selangor, DAP campur tangan tidak mahu perkara itu diperbesarkan malah langsung tidak mempedulikan saranan Hasaan Ali. Adakah ini yang dikatakan kerjasama dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Di mana pendirian PAS yang selama ini menyifatkan DAP sanggup menerima dasar Islam dalam pemerintahan.

Jika ini diperstujui, maka saya boleh katakan PAS juga berperanan dalam memberi kebenaran penjualan arak malah turut mendapat 'saham' alkohol yang sememangnya di haram dalam Islam..

KENYATAAN DR HASSAN ALI
BERHUBUNG ISU PENJUALAN ARAK DI SELANGOR.

"Pas selangor hari ini mendesak kerajaan negeri mengugurkan Ronnie Liu sebagai ahli Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada orang ramai.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata ahli Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri Selangor itu sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, antara tindakan Ronnie yang dipertikaikan ialah mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan"

BAGAIMANA JAWAPAN RONIE LIU..

"Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu menyifatkan isu arak di negeri itu sengaja ditimbulkan bagi mensabotaj kredibiliti beliau dan menghina integritinya dalam menjalankan tugas pengurusan kerajaan tempatan".

Ronnie Liu juga menyangkal dakwaan PAS Selangor bahawa beliau mencampuri urusan dalam satu operasi membanteras aktiviti penjualan arak di Bandar Sunway baru-baru ini.

"Saya tak tahu mengenai perkara ini, ia tidak seperti itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam reaksi segera berhubung desakan PAS Selangor supaya kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ditukar dan digantikan.

Malah PAS Selangor juga mencadangkan agar Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

PAS Selangor mendakwa gesaan mereka itu berikutan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini yang menimbulkan masalah.

Khamis lalu, Ronnie Liu juga mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 di sini setelah merampasnya dalam satu operasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ronnie Liu berkata, sebagai seorang exco beliau mempunyai hak untuk mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Tidak ada PBT yang lebih besar kedudukannya daripada seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," katanya.

FIKIRLA SENDIRI.....

Hairan! Gaji bagi makan anak bini, maki tetap maki..!

Gaji kakitangan kerajaan seperti guru, polis, tentera, jururawat semuanya dibayar oleh kerajaan Pusat tidak kira mereka ini didalam kategori apa sekalipun mahupun daripada Gred A sehingga ke Pembantu Am Rendah di semua jAbatan kerajaan.

Setiap sen duit itu hasil daripada kebijsanaan tadbir urus kerajaan bermula daripada keringat pejuang terdahulu sehingga kepada Perdana Menteri yang ada sekarang ini. Namun, disebalik reliti ini, ramai juga kakitangan kerajaan yang secara jelas dan terang-terangan menjadi pengkritik dan pencaci kerajaan sedangkan dalam masa yang sama hasil gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

Yang paling ketara Cikgu Bard, memang lantang mengkritik dasar kerajaan kononnya semua tak betul padahal beliau lupa bahawa setiap gaji yang diterima itu dibayar oleh kerajaan. Tiap-tiap bulan dapat gaji belanja anak dan isteri makan.

Dengan megah bersuara bahawa PRU-13 akan meyaksikan jatuh bangun karier politik DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Malah apa jua isu yang dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim langsung tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim. Bahkan, mendakwa tahap sokongan kepada Anwar sudah berada pada tahap yang sebenar untuk mencapa misi menakluk Putrajaya.

Nasihat kepada Cikgu Bard, walaupun anda sudah berkecimpung dalam dunia gelap Anwar yang saban hari menunggu masa untuk rebah, perlu juga ada had dan batasnya untuk mengeluarkan kenyataan kerana adakah tidak berasa malu mencaci orang yang bagi makan kepada kamu untuk menyara keluarga.

Satu ketika beriya-iya sangat marah kepada PKR sampai menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu tetapi sejak pulang dari Indonesia bersama Shamsul dan Anwar, lain pula ceritanya. Apa agaknya yang dijampi oleh Anwar sampai Cikgu Bard berubah fikiran dan masih mempertahankan Anwar?.

Apapun itulah realitinya dalam pentas politik, jika apa yang diidamkan itu tidak dapat dipenuhi oleh pucuk pimpinan mereka, on the spot merajuk dan terus ingin meninggalkan parti. Hakikatnya, Kalau tidak mempunyai kepentingan, masakan ada hasrat untuk mencebuti pentas politik..PKR dah nak sampai azab rasanya.

Monday, 23 May 2011

Perjuangan 'Islam' hanya pada nama bila dunia akhir zaman..!

Alangkah bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah.

Zaman baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah SWT sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah SWT.

Inilah generasi yang telah mencipta sejarah kerana membantu baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar-luaskan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti para sahabat?
Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar, Othman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya, tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi para sahabat dalam mendepani segenap isu agama.

Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Inilah yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana baginda sentiasa menerima ilham/wahyu daripada Allah SWT selaku Pencipta kita, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya, benarlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.

Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus ke sana. Apa yang baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan baginda itu.

1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
4. Lahirnya ulama su’ yang mementingkan periuk nasi dan kuasa sahaja daripada Islam.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan dan kedegilan ulama-ulama su’ yang hanya mementingkan kuasa.

1. Islam hanya tinggal namanya sahaja

Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.

Sembahyang mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.

Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang merubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.

Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana sahabat nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab: "Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya". (Masnad ar-Rabi’)

2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya

Dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan al-Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit cintakan dunia secara berlebihan.

Tujuan al-Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal akidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.

Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, al-Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa al-Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.

3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah

Inilah kebenaran kenyataan baginda Rasulullah s.a.w. bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.

Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, kadang-kadang kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.

4. Lahirnya ulama su’ yang mementingkan periuk nasi dan kuasa daripada bercakap tentang Islam . 

Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh baginda, justeru itulah yang diingatkan oleh baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah al-‘Araf.

Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.

5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama suyang hanya melihat kuasa sebagai pendorong

Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama su’ mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup mereka lagi.


OLEH : USTAZ ZAINUDIN HASHIM, PendakwaH PERKIM
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.