Awal bulan depan Pas akan adakan pemilihan pemimpin yang mana enam calon akan bertanding jawatan Timbalan Presiden terdiri daripada penyandang yang ada Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Ustaz Azizan), Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
Walaupun Datuk Abdul Hadi Awang (Ustaz Hadi) Presidennya menang tanpa bertanding, tetapi orang nombor dua parti itu amat penting, kerana apapun yang berlaku, kepada presiden, orang nombor dua yang akan mengendalikan bahtera partinya. Oleh itu pemilihan kali ini adalah begitu serius dalam menentukan masa depan Pas.
Dari kebiasaannya yang menjadi tradisi PAS, orang nombor duanya adalah terdiri daripada orang yang berkelulusan tinggi dalam bidang agama secara rasmi, yang disebut 'Aliran Arab' dari Timur Tengah atau mana-mana Universiti Islam di Indonesia, yang berbeda dengan 'Aliran Kebangsaan' termasuk dari yang berkelulusan IPT tempatan.
Contohnya, semasa Dr.Burhanuddin Al Helmi menjadi Presiden Pas dulu, timbalannya Dato' Zulkifli Mohammad (Ustaz Zul) dari Perak berkelulusan Universiti Al Azhar Mersir. Semasa Ustaz Zul menjadi Presiden Pas, Timbalannya ialah Dato' Mohd.Asri Haji Muda (Dato' Asri) dari Pengajian Agama/Arab di Gunung Semanggul Perak dan mendapat Ijazah dari Universiri Islam Sumatera Utara
Semasa Dato' Asri menjadi Presiden, timbalannya ialah Dato' Yusof Rawa (Ustaz Yusof Rawa) berpelajaran dari Timur Tengah manakala, Yusof Rawa menjadi Presiden, Timbalannya Dato' Mohd Fadzil Nor (Ustaz Fadzil Nor) berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir.
Ustaz Fadzil Nor menjadi Presiden pula timbalannya ialah Ustaz Hadi Awang berkelulusan dari Universiti Madinah hinggalah bila Ustaz Hadi menjadi Presiden pula, timbalannya Nasharuddin Mat Isa lepasan Universiti Islam di Timur Tengah iaitu Iraq dan Yaman.
Kini ahli-ahli Pas benar-benar berada dipersimpangan, iaitu mahu mengikuti jalan biasa iaitu Timbalan Presidennya diambil dari calon yang berlatarbelakangkan kelulusan bidang agama atau mencuba menukar haluan kepada calon dari aliran kebangsaan pula.
Sekiranya Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menang, ertinya ahli Pas mahu kekalkan cara tradisi pemilihan parti itu.
Tetapi sekiraanya Nasharuddin dikalahkan, ertinya Pas menuju jalan baru iaitu memilih Timbalan Presidennya dari calon yang bukan dari 'Aliran Agama' yang mengakibatkan Pas akan menghadapi kesulitan bertentang dengan orang-orang yang dari 'Aliran Agama' yang hebat-hebat dalam UMNO/Barisan Nasional.
Ertinya kalau tersalah pilih, boleh mengakibatkan kehancuran parti itu pada masa hadapan..sungguhpun begitu, tokoh-tokoh aliran Kebangsaan itu, tidak dinafikan adalah orang hebat belaka dan mempunyai kewibawaan yang tersendiri!
Sejauh pemerhatian antara kelima-lima calon Timbalan Presiden Pas itu, selain dari penyandangnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, hanya Dato' Azizan Razak (Ustaz Azizan) Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man sahaja, yang datang dari aliran agama lepasan Timur Tengah, manakala calon lain adalah dari aliran kebangsaan .
Bagaimanapun kedua-dua calon aliran agama itu telah menyatakan hasrat menarik diri dari pertandingan maka tinggallah tiga calon yang bukan dari aliran agaama/Arab yang tidak menyatakan mahu menarik diri dari pertandingan.
Mereka ialah Husam Musa, Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Mat Sabu (tokoh pidato Pas yang ganas) dan Salahuddin Ayub, bekas Ketua Pemuda Pas Pusat dan kini Ahli Parlimen Kubang Kerian Kelantan.
Saya yakin dan percaya, sekiranya Nasharuddin berhasrat menarik diri, tentulah salah seorang dari Tuan Ibrahim Bin Tuan Man atau Ustaz Azizan Razak akan kekal bertanding..bagi mengekalkan tradisi Pas yang mahukan orang nombor duanya datang dari calon yang berlatarbelakangkan aliran agama biasalah 'orang warak' tidak suka menonjol diri, apalagi bertanding sengit sesama sendiri.
Tetapi yang menghairankan saya dan ramai wartawan seangkatan dengan saya, merasa sungguh tidak menyangka melihat gelagat dalam Pas dimana kadang-kadang jelas kelihatan, calon yang dirastui oleh Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Tok Guru Nik Aziz) sahaja, terutamanya di Kelantan, yang sering mendapat tempat, dan calon yang tidak dirastuinya tidak akan bertanding, walaupun calon berkenaan sangat berketerampilan dan berwibawa.
Lihat saja contohnya apa yang berlaka kepada Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (Ustaz Halim) bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan. Mengikut sumber dalaman Pas yang layak dipercayai, oleh kerana ada perbedaan cara atau pendekatan antara Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Halim mengenai perkara tertentu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, dia dikatakan tidak direstui oleh Nik Aziz untuk naik keatas memimpin Pas..dan kebetulannya tokoh yang berwibawa itu terus kelihatan padam dalam senarai pimpinan tertinggi parti tersebut.
Bagaimanapun beliau dipilih/dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti itu hingga kini. Semasa beliau meninggalkan institusi pendidikan agama yang masyhur di Kelantan, iaitu Maahad Al Muhammadi serta Maktab Pengajian Islam Kota Bharu, untuk menyertai Pas, ramai pemerhati politik terutama di Kelantan berpendapat 'inilah calon pemimpin Pas akan datang'..
Ustaz Halim menjadi kegemaran para wartawan terutama dari media arus perdana kerana kebijaksanaannya menjawab semua soalan wartawan serta kemesraan dan layanan yang semulajadi merendahdiri dan sering tersenyum walaupun dikeritik pedas (mengenai Pas) oleh wartawan bukan Melayu dan wartawan dari luar negara .
Berlaku dihadapan saya, beliau amat fasih menggunakan bahasa Inggeris dan Arab semasa menjawab balik soalan-soalan berbentuk sindiran serta kritikan para wartawan dari Teluk (Arab) dan para wartawan Barat...sehingga para wartawan tersebut meminta maaf beberapa kali ..dan disambut mesra oleh Ustaz Halim.
" Kereta Timbalan Menteri Besar Kelantan (Ustaz' Halim) boleh ditahan atau disekat bila-bila masa oleh orangramai termasuk wartawan , dan dia terus berhenti untuk menyelesaikan persoalan dengan ramahtamah dan senyuman mesra" demikian kata seorang bekas wartawan arus perdana dari akhbar berbahasa Inggeris, yang pernah bertugas di Kelantan beberapa tahun dulu.
"Tapi kerana bos Pas Kelantan tak suka, tokoh yang hebat itu terus digelapkan.." tambahnya lagi.
Dipetik daripada blog yazidothman (Datuk Yazid Othman @ Che Yazid Bin Seman)
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment