"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday, 25 May 2011

Editor Malaysiakini kena 'belasah' dengan pembangkang?

Sejak sekian lama pembangkang asyik mengutuk media arus pedana seperti Utusan Malaysia yang dikatakan menjadi senjata kepada kerajaan dan UMNO, sejak akhir-akhir ini kita melihat media altenatif yang menjadi senjata pembangkang seperti Malaysiakini dilihat dikecam oleh peminat setia mereka sendiri. Banyak berita-berita yang dimuatkan oleh Malaysiakini tidak disenangi oleh pembaca pembangkang seolah-olah memberi kelebihan kepada kerajaan.

Terbaru dalam isu kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di Nibong Tebal yang telah disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan. Berdasarkan laporan polis, kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi.

Berikutan berita yang dipaparkan, banyak komen-komen yang mengecam editor Malaysiakini yang mana ada diantaranya menyifatkan editor tidak cukup tidur dan sengaja ingin memperbesarkan isu ini bagi tujuan mencetuskan sentimen perkauman.
Siapa yang tidak berang jika kepala babi disangkut di gerai yang dimiliki oleh peniaga muslim, malah dalam konteks Islam sekalipun, apabila disebut babi sudah menjadi isu sensitif dan meloyakan bahkan ianya secara sengaja menghina kesucian agama Islam.

Yang paling muak didengar, ada yang mengatakan kejadian itu segaja dirancang oleh BN dan UMNO untuk mencetuskan ketegangan antara kaum di negeri itu khususnya mahupun di Malaysia amnya.

Pembangkang selalu berkata bahawa media arus perdana selalu bersikap ‘double standard’ dan hanya menjadi boneka kepada kerajaan. Namun, jika diamati kecaman yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap Malaysiakini sejak akhir-akhir ini, ibarat meludah jatuh ke muka sendiri.

Sebab apa saya berkata demikian? Jawapannya mudah, jika sesuatu berita itu tidak berpihak kepada mereka (pembangkang) dan memberi kelebihan kepada kerajaan, dengan lantang pembaca tegar haprak pembangkang terus menyalahkan editor tersebut kerana tidak menyunting secara teliti sebelum berita dikeluarkan. Atau dengan kata lain, Malaysiakini seharusnya memuatkan berita-berita yang mengentam kerajaan dan jangan sesekali pro kepada kerajaan.

Sila perhatikan komen-komen pembaca setia Malaysiakini yang tidak berpuas hati terhadap editor yang memuatkan berita tentang kejadian simbah cat dan gantung kepala babi di Pulau Pinang....

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.