"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday, 21 September 2011

Gelagat pelajar pro mahasiswa yang berotak lembu

Inilah sebahagian sikap pelajar-pelajar kita (bukan majoriti) yang tidak mengenal erti syukur dapat menimba ilmu di menara gading hasil usaha kerajaan melalui dasar-dasar yang lebih terbuka.

Tuntutan utama sebagai seorang pelajar adalah menimba ilmu seberapa banyak yang boleh sehingga berjaya mencapai kecemerlangan sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Berlainan pula dengan pelajar pro mahasiswa yang mengadakan demo dengan memperlekehkan pendirian kerajaan memansuhkan ISA.


Dakwaan mereka bahawa keputusan kerajaan memansuhkan ISA adalah hasil perjuangan badan-badan NGO'S dan pemimpin Pakatan Rakyat langsung tidak masuk akal. Bahkan tuduhan mengatakan keputusan memansuhkan ISA bagi tujuan membina semula populariti Dato Seri Najib bersifat kebudak-budakan.

PUTRAJAYA, 20 Sept: Pro Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional) menuntut kerajaan BN memberi jaminan penubuhan undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengutamakan hak asasi rakyat.

Menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA sebagai tindakan populis bagi menyelamatkan kedudukan parti pemerintah, Pro M Nasional menempelak sikap ego Najib yang enggan mengaku pemansuhan itu hasil perjuangan rakyat.

Pro M Nasional berpandangan tindakan Najib itu lebih kepada menjawab desakan Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang menentang ISA.

Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, Najib seharusnya menggunakan sambutan Hari Malaysia untuk mengutamakan kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan parti.

"Pemansuhan ISA dilihat sebagai perisai BN dalam menepis serangan pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.