"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday, 21 September 2011

Benarkah dakwaan PAS pengganti ISA bersifat lebih kejam

Spekulasi membuta tuli yang dibuat oleh Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS berkenaan dua akta baru yang akan digubal menggantikan ISA boleh disifatkan keterlaluan. Mereka kononnya memang arif dalam perundangan antarabangsa sehingga membuat perbandingan dengan undang-undang pencegahan yang diamalkan oleh beberapa negara barat.

Walaupun dengan nada sinis menyambut baik tindakan kerajaan memansuhkan ISA, perasaan curiga kepada kerajaan masih mendalam sehingga membuat andaian melulu. Kenyataan Hishamuddin yang menyebut bahawa dua undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA akan berpandukan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom belum tentu digunapakai 100%.

Ini berdasarkan kepada persekitaran di antara negara kita berbanding Amerika dan England yang memang jauh berbeza termasuk iklim politik, sosial dan ekonomi. Ini belum lagi dikira berdasarkan komposisi kaum yang majmuk serta sistem pemerintahan.

Pendekatan PAS yang cuba membuat andaian dan perbandingan negara kita dengan negara barat boleh ditafsirkan sebagai helah untuk membina semula kenyakinan rakyat kepada parti itu yang kian menggelabah disebabkan populariti Najib sudah menampakkan keberhasilan.

USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.

Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing.

Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan.Perlaksanaan akta ini telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifat akta ini yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah.

Harus dinyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh Kerajaan kira-kira dua bulan selepas serangan September 11, 2001, Kerajaan telah memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta ini adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.