"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 18 August 2011

Tuduh, fitnah semakin menjadi-jadi dalam pimpinan parti PAS..!

Bukti kepala hotak hang pencacai pembangkang yang masih tak jemu memfitnah kepada agensi kerajaan dan SPR mengenai status pengundi berdasarkan nombor kad pengenalan. Baru saja selesai isu Mismah yang dituduh mendapatkan status warganegara dalam masa 4 jam kini, PAS sekali cuba memperdaya rakyat kononnya wujud penyelewengan berlaku dalam daftar pemilih. Tidak sampai dua minggu, Mismah muncul di depan kaca tv dengan kenyataan yang telah membuatkan PAS dan pakatan lahanat terdiam dan terpaku. Inilah berkatnya bulan Ramadhan kepada mereka yang suka melakukan kerja fitnah kepada orang yang tidak bersalah.

SHAH ALAM - Pemuda Pas menemui tiga lagi ‘bukti’ yang didakwa penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu, dua di Perlis dan seorang di Kedah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya curiga apabila mendapati dua individu bernama sama, Azhar Bin Ahmad de-ngan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir, didaftarkan sebagai pengundi di tempat yang berbeza di kawasan Parlimen Padang Besar, Perlis.

“Selain Azhar Ahmad, ada dua lagi individu iaitu Besah Mat dan Mansor Ahmad kita temui dengan ciri-ciri yang sama,” katanya.

Suhaizan berkata, apa yang mencurigakan pihaknya ialah identiti setiap individu itu hanya dibezakan dengan dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka.

“Nama, tarikh lahir, kod negeri, digit kesembilan dan digit ke-10 adalah serupa. Ini membuktikan ia bukan kebetulan, sebaliknya lebih mirip kepada suatu manipulasi pilihan raya,” katanya.

Lebih daripada itu, Suhaizan mendakwa, ketiga-tiga individu terbabit masing-masing mungkin mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihan raya.

“Mereka juga masing-masing mempunyai dua keahlian UMNO cawangan dan boleh mengundi dua kali pada mesyuarat UMNO,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR dan JPN memberikan penjelasan segera berhubung perkara itu yang disifatkan satu manipulasi yang sangat serius.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.